wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kenal pasti ayat yang tidak tergolong dalam jenis ayat perintah.

a)

Harap anda semua bersabar, makanan akan tiba sebentar lagi.

b)

Jangan besarkan hal yang remeh-temeh.

c)

Nah, ambil baju ini dan basuh!

d)

Anda pangkah semua yang tidak berkenaan dalam borang ini.

2.

Berikut merupakan kata majmuk yang telah mantap, kecuali...

a)

tandantangan

b)

tanggungjawab

c)

setiausaha

d)

ibu bapa

3.

Tujar ayat songsang di bawah menjadi ayat bersusunan biasa.


Untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid, kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan.

a)

Gejala buli dalam kalangan murid amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat

b)

Amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid

c)

Kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid

4.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

Dokumentari

c)

dokumentary

d)

dokkumentari

5.

Nyatakan pola ayat berikut:


Bakul bulat di atas meja itu daripada daun mengkuang.

a)

FN+FSN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FN

6.

Nyatakan kesalahan perkataan bergaris.


Walaupun lelaki itu berhasil menjadi pegawai tinggi kerajaan, beliau masih bersikap peramah dan tidak sombong.

a)

kesalahan ejaan

b)

kesalahan imbuhan

c)

kesalahan tatabahasa

d)

kesalahan istilah

7.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:


Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.

a)

Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.

b)

Maklumat tentang wabak denggi sedang ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas.

c)

Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.

8.

Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka mendapat ________ tentang program itu.

a)

kata dua

b)

kata sepakat

c)

hitam putih

d)

jalan keluar

9.

Pilih ayat yang menjelaskan maksud perkataan homograf berikut. Jawapan anda boleh lebih daripada satu.


rendang- rendang

a)

Anak kedua Encik Muiz berbadan sedikit rendang berbanding anak yang lain.

b)

Juadah wajib pada hari raya di rumah saya ialah rendang ayam dan ketupat palas buatan nenek.

c)

Tanah perkuburan itu kelihatan sangat redup kerana terdapat banyak pokok yang rendang di sekitarnya.

d)

Keadaan di pasar malam itu sangat rendang dengan kepadatan pengunjung yang mengunjunginya.

10.

Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:


Persembahan teater Anak Ibu akan bermula pada pukul 8.30 malam.

a)

Apakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

b)

Manakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

c)

Bilakah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

d)

Jadikah persembahan teater Anak Ibu akan bermula?

11.

Manakah yang betul?

a)

dua jam setengah

b)

dua setengah jam

c)

jam dua setengah

12.

Betulkan kesalahan perkataan bergaris di bawah:


Gunung Everest merupakan gunung yang teramat tinggi sekali di dunia

a)

teramat tinggi

b)

tinggi sangat

c)

tinggi sekali

d)

sungguh tinggi

13.

Pilih ayat yang gramatis.

a)

Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.

b)

Peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah

c)

Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan kepada penceramah,

d)

Para peserta kursus kepimpinan itu menanyakan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.

14.

Pilih perkataan yang menjelaskan hukum D-M dengan tepat.

a)

pendingin hawa

b)

cili sos

c)

Ali Restoran

d)

mini zoo

15.

Pilih ejaan yang betul

a)

Resepi

b)

Resipi

16.

Pilih perkataan yang betul ejaannya.

a)

kuetiau

b)

kueyteow

17.

Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.


Anak Mak Limah yang cantik itu menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Agama Tajung Kling.

a)

Anak Mak Limah

b)

Anak

c)

Mak Limah yang cantik itu

d)

Anak Mak Limah yang cantik itu

18.

Pilih penyataan ayat yang gramatis.

a)

Buku itu telah dihantar oleh saya kepada pengirimnya semalam.

b)

kepada pengirimnya, buku itu telah dihantar oleh saya

c)

Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam.

19.

Pilih ejaan yang betul.

a)

kraf tangan

b)

keraf tangan

c)

kraftangan

20.

Pilih ejaan yang betul.

a)

delegasi

b)

deligasi

c)

diligasi

d)

delegesi