WorksheetsKATA ADJEKTIF TAHUN 4
Total questions: 25
Worksheet time: 10mins
Zhi You tidak dapat belajar dengan tenang kerana terganggu dengan bunyi __________ di luar rumahnya.
bising
licin
sedap
Azrin tidak mahu menyiang ikan itu kerana berbau __________.
wangi
hanyir
masam
Suara penyanyi Kpop itu sungguh __________ dan memikat hati para penonton.
merdu
nyaring
bising
Makanan yang dimasak oleh Aireen ________ kerana dia lupa menambah garam.
masin
manis
tawar
Peserta Miss Universe dari Malaysia itu kelihatan sungguh _____________ apabila memakai gaun tersebut.
lembut
kacak
anggun
Baju Chuan Xiang __________ kerana ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.
kering
basah
kasar
Pilih ayat yang menunjukkan kata adjektif jenis waktu.
Harga kain sutera itu sangat mahal
Mohandas dan rakannya berjaya mendaki gunung yang paling tinggi
Rumah Encik Ali sangat besar
Ayah pergi ke pejabat pada awal pagi
Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.
masin
pahit
manis
masam
Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang ___________ dan tidak mendengar nasihat mereka.
gembira
berani
peramah
degil
Kata adjektif dikenali sebagai :
Kata tanya
Kata sifat
Kata kerja
Kata ganti nama
Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun Lebai Malau
sarat
berat
ketat
muat
Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
gopoh
lampat
cepat
cermat
Pilih contoh jenis kata adjektif perasaan yang betul.
jelita, baik, jahat, baik
biru, merah, kuning, hitam
marah, sayang, cemburu, sedih
bulat, bujur, segi tiga, bengkok
Ayah memandu kereta agak ___ semasa hujan lebat.
deras
perlahan
ligat
cemas
Chua Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________________________ apabila diumumkan sebagai pemenang pertandingan mendeklamasikan sajak.
manja
sayu
gembira
hairan
Siti teringat zaman ___________.
esok
kelmarin
silam
lusa
Kita akan berasa _________ sekiranya tubuh kita kekurangan sumber karbohidrat.
lemau
lemah
lembik
tenat
Encik Kai Leong memasukkan buah rambutan yang dikaitnya di dalam sebuah bakul ____________.
bujur
lonjong
tirus
bulat
Sup ayam kampung ini agak _________ kerana terlebih garam.
manis
masam
masin
payau
Ladang buah-buahan Encik Lim sangat _________ dan ditanami dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan.
luas
lapang
lebar
sempit
Ramuna dan rakan-rakannya berasa sungguh gembira apabila gerai nasi lemak mereka mencatat jualan paling
laju
deras
pantas
laris
Encik Wong mengasingkan makanan dalam tin yang telah ___________ dan tamat tarikh luputnya.
hancur
bocor
kemik
tiris
Julia yang tidak pernah berniaga berasa _____________ untuk mempelawa pelanggan berkunjung ke gerainya.
segan
marah
takut
sedih
"Burger ini rasanya sungguh ____________ dan harganya berpatutan," kata Ben Kiat.
segar
besar
enak
unik
May Li dan rakan-rakannya menghias gerai jualan mereka dengan _________.
segak
indah
meriah
cantik
