WorksheetsLATIHAN AYAT TANYA
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Di manakah awak letak buku-buku latihan itu?
Buku-buku latihan itu saya letak di atas meja cikgu.
Letak buku-buku latihan itu di situ.
Saya akan letak buku-buku latihan itu kemudian.
Buku-buku latihan itu akan saya letakkan di sana.
Bilakah awak boleh menyiapkan kerja sekolah ini?
Ya, saya telah menyiapkan kerja sekolah itu semalam.
Saya pasti kerja sekolah itu telah siap.
Saya akan siapkannya seberapa cepat yang boleh.
Kerja sekolah itu susah dan saya tidak pasti boleh menghantarnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "bagai aur dengan tebing"?
Janganlah kita hidup mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.
Ya, kita perlulah sentiasa berusaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
KIta mestilah hidup sepakat, bersatu padu dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh perlulah kita jadikan amalan.
Bagaimanakah keadaan Ali selepas mendapat rawatan di hospital?
Bawa dahulu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Itulah yang kita perlu beri perhatian sebelum ke hospital.
Makan makanan yang berkhasiat agar tidak keracunan makanan.
Ali bertambah sihat dan sudah boleh pulang ke rumah.
Siapakah yang tidak hadir ke sekolah pada hari ini?
Mungkin esok semuanya akan hadir ke sekolah,cikgu.
Badrul tidak hadir hari ini, cikgu kerana dia demam.
Semalam semuanya hadir ke sekolah,cikgu.
Esok cuti, cikgu dan mungkin ramai yang tidak hadir hari ini.
Pernahkah kamu melawat Putrajaya?
Putrajaya sangat cantik dan saya akan ke sini lagi.
Tidak, inilah kali pertama saya ke Putrajaya. Sungguh cantik.
Keindahan Putrajaya amat mengagumkan saya.
Pastinya keindahan Putrajaya akan sentiasa menjadi kenangan.
Timbangkan gula ini dan berapakah harga satu kilogram?
Terima kasih encik. Lain kali jangan lupa datang lagi.
Baik encik dan harganya macam biasa lebih kurang RM 1.70 satu kilogram.
Macam-macam ada encik, harganya memang berpatutan.
Tidak mahal harganya encik, tempat lain belum pasti harganya begini.
Mengapakah Puan Salmiah mengambil upah menjahit pakaian?
Puan Salmiah gemar mengambil upah menjahit dengan mengenakan bayaran yang berpatutan.
Puan Salmiah mengambil upah menjahit pakaian pada musim perayaan sahaja.
Puan Salmiah akan mengambil upah menjahit apabila mendapat permintaan daripada pelanggannya.
Puan Salmiah mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan lagi pendapatan keluarganya.
Di manakah saya boleh berjumpa dengan awak pada petang ini?
Saya akan menunggu awak di perpustakaan petang ini.
Pastikan petang ini awak menunggu saya.
Saya akan bersama-sama awak petang ini di perpustakaan.
Bila-bila masa awak boleh menemui saya di sini.
Adakah buku ini kepunyaan awak berdua?
Tidak, buku ini bukan kepunyaan kami.
Buku ini memang kami beli semalam.
Kami letakkan buku itu di sini semalam.
Ya, ceritanya sungguh menarik hati.
Bagaimanakah persediaan saudari menghadapi peperiksaan SPM yang akan diadakah pada hujung tahun ini?
Saya bercadang untuk tidak ke mana-mana pada hujung tahun nanti.
Saya telah pun mengatur rancangan untuk mengisi masa yang ada ketika cuti nanti.
Setakat ini saya lebih memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru di dalam bilik darjah dan menghadiri kelas tambahan.
Saya akan berbincang dengan rakan-rakan apakah persediaan yang boleh sata lakukan pada hujung tahun nanti.
Siapakah yang boleh membantu cikgu membersihkan bilik Sains ini?
Maaf, cikgu, saya hendak keluar sebentar.
Sesiapa yang berminat amatlah digalakkan.
Cikgu jangan risau, biarkan kami yang melaksanakannya.
Izinkan kami menggunakan bilik tersebut cikgu.
Mengapakah penduduk kampung amat menghormati Faiz?
Kami memang menghormati sikapnya yang berfikiran terbuka.
Orang kampung memang telah lama memerhati tingkah lakunya.
Biarkan Faiz yang menentukan siapa yang menghormatinya.
Sikapnya yang berfikiran terbuka dan ringan tulang.
Adik, bukankah perbuatan kamu itu boleh mengundang bahaya?
Izinkan saya melakukannya sebaik mungkin yang boleh.
Yakin boleh, saya pasti boleh mengatasinya.
Lihat kejayaan yang akan saya peroleh.
Berhati-hati agar kamu tidak ditimpa kemalangan.
Siapakah yang akan menolong saya menulis di papan hitam?
Tulis nama penuh kamu dengan segera.
Kertas yang mana satu,puan.
Nama saya Mohammad Danial,puan.
Saya akan tolong puan menulis.
Mengapakah kamu tidak hadir semalam?
Saya ketinggalan bas dan tidak sempat hendak memaklumkan kepada cikgu.
Esok saya akan hadir seperti biasa, cikgu.
Saya akan hadir seperti biasa.
Nanti saya akan beritahu ayah saya.
Mengapakah kami tidak dibenarkan bermain di pantai itu?
Pemandangan pantai itu tidak menarik sama sekali.
Tidak ramai orang yang bermain di pantai itu.
Cuaca tidak menentu dan sekarang musim tengkujuh.
Kebersihan pantai iitu tercemar.
Mengapakah kamu menitiskan air mata?
Nanti saya akan lapkannya.
Mata saya pedih.
Saya gembira atas kejayaan saya.
Biarkan saya menangis.
Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
Kita perlu menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat.
Jadikan gaya hidup sihat sebagai amalan harian.
Menjaga pemakanan, bersenam dan rehat yang cukup.
Jaga sikap dan budi bahasa kita.
Adakah buku cerita ini kepunyaan awak?
Ini buku Aida dan saya meminjamnya semalam.
Bukan saya yang mengambil buku cerita itu.
Tidak, saya tidak membaca buku cerita itu.
Rahimah memang mempunyai buku cerita itu.
