Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA BM T3

Total questions: 60

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kata nama am daripada senarai di bawah :

a)

kerani

b)

Manihot Utilissima

c)

Anand

d)

Sang kancil

2.

Kambing dari Australia sihat-sihat belaka.

Kata nama am pada ayat di atas ialah...

a)

Australia

b)

sihat-sihat

c)

Kambing

d)

belaka

3.

Sekolah itu mengadakan perhimpunan pada setiap hari Isnin.

Kata nama am pada ayat di atas ialah...

a)

Sekolah

b)

perhimpunan

c)

Isnin

d)

mengadakan

4.

Gurbacan Singh sangat tinggi.

Kata nama khas pada ayat di atas ialah...

a)

tinggi

b)

Gurbachan

c)

Gurbachan Singh

d)

sangat tinggi

5.

Pilih kata nama khas pada senarai di bawah:

a)

Proton Exora

b)

kucing

c)

bunga

d)

persatuan

6.

Jalur Gemilang adalah lambang negara kita.

Kata nama khas pada ayat di atas ialah...

a)

lambang

b)

Jalur Gemilang

c)

negara

d)

kita

7.

Pelajar ini daripada universiti tempatan.

Kata nama am tak hidup institusi pada ayat di atas ialah...

a)

Pelajar

b)

universiti tempatan

c)

universiti

d)

tempatan

8.

Pelajar ini daripada universiti tempatan.

Kata nama am tak hidup institusi pada ayat di atas ialah...

a)

Pelajar

b)

universiti tempatan

c)

universiti

d)

tempatan

9.

Askar yang mendapat pingat itu sungguh berani.

Kata nama am hidup dalam ayat di atas ialah...

a)

Askar

b)

pingat

c)

berani

d)

sungguh

10.

Pada tahun ini, para petani di luar bandar mendapat hasil yang lumayan.

Kata nama am hidup dalam ayat di atas ialah...

a)

tahun

b)

petani

c)

luar bandar

d)

hasil

11.
"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar,"Aidil memberitahu pegawai polis itu.
a)
Dia
b)
Aku
c)
Saya
d)
Kami
12.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

13.

"Boleh _________letakkan buku ini di bilik guru?" tanya Cikgu Wong.

a)

saya

b)

mereka

c)

kamu

d)

dia

14.

Halim selalu ponteng sekolah. __________telah dirotan oleh guru besar.

a)

Dia

b)

Kamu

c)

Mereka

d)

Saya

15.

Nelayan itu gembira kerana dapat menangkap ________ikan

a)

sikit

b)

ramai

c)

kurang

d)

banyak

16.

Mereka _______perpustakaan setiap hari Jumaat.

a)

dari

b)

di

c)

dengan

d)

ke

17.

Cikgu Aminah bersahabat baik ________Cikgu Natrah.

a)

dengan

b)

bagi

c)

kepada

d)

dari

18.

1) ................. merupakan seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Beliau

d)

Kami

19.

2) Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul

a)

Dia, Kami, Kita

b)

Mereka, Beliau, Baginda

c)

Saya, Kami, Beta

d)

Baginda, Dia, Kalian

20.

3) “......... mohon maaf atas kesalahan ..........,” kata Paduka Ali kepada Sultan Shah.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Kami

21.

4) “............ tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.

a)

Kami

b)

Saya

c)

Mereka

d)

Kita

22.

5) Beliau digunakan untuk .............................

a)

Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

b)

Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.

c)

Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

d)

Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

23.

6) "........... belum mandi lagi, man?” tanya ibu kepada Rosman.

a)

Engkau

b)

Aku

c)

Kalian

d)

Tuanku

24.

7) ............. telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kolej Vokasional Kuala Klawang.

a)

Beliau

b)

Mereka

c)

Baginda

d)

Dia

25.

8) “........... ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda

a)

Aku

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Tuanku

26.

9) Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama diri yang betul

a)

Baqi dihukum kerana beliau ponteng sekolah.

b)

“Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Mugesh kepada Harith.

c)

Kereta baharu itu dibeli oleh Ayah semalam

d)

Basikal itu dibeli oleh saya semalam

27.

10) Pilih pasangan kata ganti nama diri yang betul

a)

Pertama : Saya, Kamu, Kita

b)

Kedua : Kamu, Kalian, Tuanku

c)

Ketiga : Mereka, Baginda, Kita

d)

Keempat : Nya, Mu, Ku

28.
Masyarakat di negara kita amat beruntung kerana dapat menikmati pelbagai jenis buah........... musim buah-buahan.
a)
di
b)
pada
c)
daripada
d)
dari
29.
Laksamana Megat Seri Rama telah menerima anugerah................Sultan Mahmud Syah atas kejayaan beliau mengalahkan lanun di laut.
a)
daripada
b)
dari
c)
pada
d)
ke
30.
Pihak berkuasa berjanji akan menyelesaikan................
pencemaran air itu dengan segera.
a)
tentang masalah
b)
tentang
c)
akan
d)
terhadap
31.
Jangan biarkan kanak-kanak bermain............ musim banjir untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
a)
daripada
b)
di
c)
pada
d)
kepada
32.
"Ayah dan ibu berkirim salam............. Pak teh dan Mak Teh,”kata Irfan.
a)
ke
b)
pada
c)
kepada
d)
di
33.
Perahu nelayan itu tertambat ...........sebatang kayu bakau di tepi jeti.
a)
kepada
b)
di
c)
daripada
d)
pada
34.
“Saya ingin membeli dua keping tiket bas ekspress.................. Segamat,”kata Pak Hasyim.
a)
ke
b)
dari
c)
pada
d)
hingga
35.
Kemerosotan akhlak...........kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
a)
di
b)
dalam
c)
antara
d)
pada
36.
Pertandingan pidato itu berlangsung...................pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.
a)
daripada
b)
pada
c)
dari
d)
ke
37.
Harga kasut sukan yang dipakainya lebih mahal...................harga kasut yang dipakai oleh abangnya.
a)
dari
b)
kepada
c)
daripada
38.
Kak Munirah memasukkan buku-buku itu..............dalam kotak.
a)
di
b)
ke
c)
pada
d)
kepada
39.

Ming Yi __________ warna pada kertas lukisannya.

a)

mencakar

b)

mencelup

c)

mencalit

d)

menggarisi

40.

Keindahan sawah yang luas terbentang itu __________ sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ.

a)

memukau

b)

menghijau

c)

merisaukan

d)

membosankan

41.

Ayah ____________ bahu adik sambil memujinya.

a)

menumbuk-numbuk

b)

mengetuk-ngetuk

c)

memijak-mijak

d)

menepuk-nepuk

42.

Cikgu Asmah _______________ senyuman yang manis kepada Laily Lee.

a)

menyampaikan

b)

menunjukkan

c)

menghulurkan

d)

mengukirkan

43.

Mak Minah _______ kuih pau di dalam sebuah periuk.

a)

menanak

b)

merebus

c)

mengukus

d)

menggoreng

44.

Ibu ayam sedang ____________ telur di dalam reban ayam.

a)

melulur

b)

mengeram

c)

menternak

d)

menduduki

45.

Bagi memudahkannya memanjat pokok kelapa itu, Amri __________batangnya dengan parang.

a)

menakik

b)

mengerat

c)

menghiris

d)

menggaris

46.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk __________kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya.

a)

menghalang

b)

membuang

c)

membasmi

d)

membaiki

47.

“Daging ini hendaklah...............................sehingga lumat, “ kata ibu kepada Suzana.

a)

ditetak

b)

dihiris

c)

dikerat

d)

dicencang

48.

______________yang dilakukan oleh pemain bola sepak itu sungguh menarik.

a)

Jaring

b)

Jaringan

c)

Penjaring

d)

Menjaringkan

49.

4. Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

a)

A. sediakan payung sebelum hujan

b)

B. ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis

c)

C. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain

d)

D. sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

50.

5. Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

Pekerja itu menurut segala perintah majikannya secara membuta tuli. Sikapnya itu kurang disenangi oleh rakan-rakannya. Sikapnya itu samalah seperti

a)

A. lalang ditiup angin

b)

B. abu di atas tunggul

c)

C. kerbau dicucuk hidung

d)

D. tiada kerja cari kerja

51.

6. Ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa di atas bermaksud apabila melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah

a)

A. dengan berhati-hati

b)

B. mengikut keupayaan diri

c)

C. berdasarkan pengalaman

d)

D. mengikut arahan dan peraturan

52.

7. Walaupun harga perabot yang dibeli oleh Puan Noor Linda amat mahal, beliau tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun.

a)

A. Ukur baju di badan sendiri

b)

B. Besar periuk besarlah keraknya

c)

C. Alah membeli menang memakai

d)

D. Ada rupa ada gaya

53.

Nenek berasa _____ apabila mendapat tahu cucu kesayangannya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

bagai dihiris sembilu

c)

seperti halilintar membelah bumi

d)

seperti ikan dalam belat

54.

Rumah yang dimiliki oleh Tuan Mustafa _____ dibandingkan dengan rumah pekerjanya.

a)

bagai cincin dengan permata

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai bumi dengan langit

d)

seperti bertih digoreng

55.

Jessie tidak tahan melalui Jalan Ranau-Tamparuli kerana jalannya _____ .

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

seperti bertih jagung

c)

seperti murai tercabut ekor

d)

seperti ular kena palu

56.

Walaupun penduduk Kampung Muhibah berbilang kaum dan agama, namun mereka hidup _____ kerana selalu melakukan gotong-royong bersama-sama.

a)

seperti bertih digoreng

b)

bagai aur dengan tebing

c)

seperti isi dengan kuku

d)

air dicencang tak akan putus

57.

Mak Cik Saleha kerap naik angin dengan perangai anak-anaknya yang _____ .

a)

seperti anjing dengan kucing

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

alah membeli menang memakai

d)

bagai dihiris dengan sembilu

58.

Apabila Cikgu Rose marah, suaranya _____ .

a)

seperti melukut di tepi gantang

b)

seperti halilintar membelah bumi

c)

bagai ayam berak kapur

d)

bagai pinang dibelah dua

59.

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

a)

SENTIASA BERSYUKUR

b)

SENTIASA INGAT ASAL USUL

c)

SENTIASA MERENDAH DIRI

60.

Maksud peribahasa gunung sama didaki, lurah sama dituruni ialah ...

a)

bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara

b)

jika ada azam , apa-apa yang dihajati boleh tercapai

c)

melakukan perkara yang sangat susah

d)

susah senang bersama-sama