NEW
Font size
WorksheetsImbuhan beR-an,beR-kan
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Lelaki yang _________ (lumur)darah itu dibawa ke hospital dengan segera.
berlumuran
berlumurkan
Kita akan merentas hutan itu dengan _______(pandu) peta.
berpanduan
berpandukan
Kakak dimarahi ibu kerana membiarkan kain baju ________ (serak)di atas lantai.
berserakkan
berserakan
Rumah Sufian terletak _________ (dekat) dengan rumah Musa.
berdekatan
berdekatkan
Seorang pencuri yang _______(senjata) sebilah pisau telah ditangkap polis malam semalam.
bersenjataan
bersenjatakan
Rosli kecewa kerana hasratnya untuk _________ (isteri) anak Pak Ali tidak tercapai.
beristerian
beristerikan
Dengan air mata yang ______(cucur), ibu dan anak itu saling _______ (peluk) sesudah sekian lama berpisah.
bercucuran, berpelukan
bercucurkan, berpelukkan
bercucuran,berpelukkan
bercucurkan, berpelukan
Di kampung saya terdapat sebuah rumah yang _______(dinding) dan __________(lantai) buluh.
berdindingan, berlantaian
berdindingan,berlantaikan
berdindingkan, berlantaian
berdindingkan, berlantaikan
Dia berhijrah ke Kuala Lumpur dengan ________(bekal) kemahiran bertukang tiga puluh tahun yang lalu.
berbekalkan
berbekalan
Pak Amir sering __________(tanya) khabar anak gadisnya yang sedang menuntut di Jepun.
bertanyaan
bertanyakan
Kera-kera itu _______(gayut) dari sebatang pokok ke sebatang pokok yang lain.
bergayutkan
bergayutan
Pemandu bas itu menegur sikap orang ramai yang ________(tolak-tolak) ketika menaiki bas.
bertolak-tolakkan
bertolak-tolakan
Hubungan antara Rina dan adiknya begitu rapat sehingga mereka tidak boleh ________(jauh) walau untuk sehari.
berjauhan
berjauhkan
Hari Kebangsaan yang _________(tema) Bersatu ke Alaf Baru disambut dengan meriah.
bertemakan
bertemaan
Upah yang diterima oleh Fariz tidak _________(padan) dengan kerja-kerjanya.
berpadankan
berpadanan
