wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Syair Burung Nuri

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan video yang anda tontoni sebentar tadi, apakah jenis puisi yang ditayangkan pada video tersebut?

a)

Pantun

b)

Gurindam

c)

Syair

d)

Sajak

2.

Apakah tema yang paling tepat bagi Syair Burung Nuri?

a)

Adab yang perlu dijaga oleh setiap orang

b)

Adab dalam kehidupan seseorang

c)

Kepentingan ilmu pengetahuan

d)

Sentiasa berfikir dalam sesuatu tindakan

3.

Apakah yang dimaksudkan dalam rangkap berikut?


Gerangan sungguh amatlah leta,

Perinya akal gelap-gelita,

Hemat pun rendah daif berserta,

Tambahan badan miskin dan nista.

a)

Penyair memberitahu bahawa jangan risau jika kehidupan kita amat miskin

b)

Penyair memberitahu bahawa berfikirlah sebelum melakukan sesuatu tindakan

c)

Penyair memberitahu bahawa hidup menjadi hina jika tidak beradab

d)

Penyair memberitahu bahawa janganlah menghina jika seseorang hidup dalam kemiskinan

4.

Berapakah jumlah rangkap dalam Syair Burung nuri?

a)

4

b)

6

c)

8

d)

10

5.

Persoalan-persoalan yang terkandung dalam puisi ini adalah seperti berikut KECUALI

a)

Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia

b)

Persoalan kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta

c)

Persoalan kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang

d)

Persoalan bermuafakat dalam setiap pekerjaan yang dilakukan

6.

Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.


Rangkap yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Dituliskan sahifah supaya nyata,

Barang yang ghairah di dalam cinta,

Terfikir-fikir bukan menderita,

Dakwat dan kertas tempat berkata

b)

Sudahlah nasib untung yang malang,

Mengambah lautan berulang-ulang,

Mudaratnya bukan lagi kepalang,

Senantiasa di dalam nasib dan walang.

c)

Hanyutlah badan ke sana ke mari,

Segenap pesisir desa negeri,

Bertambahlah pula sopan dan negeri,

Santap nan tidak minum pun kari.

d)

Bangun terjunun badan suatu,

Gundahlah fikir tiada tertentu,

Laksana cermin jatuh ke batu,

Remuk dan redam hancur di situ.

7.

Bermula warkah surat rencana,

Ikatan fakir yang sangat hina,

Sajak dan nazam banyak tak kena,

Daripada pendapat kurang sempurna.


Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap di atas?

a)

Metafora

b)

Anafora

c)

Simile

d)

Sinkope

8.

Berikut merupakan gaya bahasa yang betul yang terdapat dalam puisi ini KECUALI

a)

Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena

b)

Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata

c)

Epifora. Contohnya, Segenap pesisir desa negeri,

Bertambahlah pula sopan dan negeri,

d)

Simile. Contohnya, Mengambah lautan berulang-ulang

9.

Berikut merupakan bentuk dan ciri-ciri Syair Burung Nuri KECUALI

a)

Terdiri daripada lapan rangkap

b)

Berisi empat baris dalam setiap rangkap

c)

Bentuknya tidak terikat

d)

Semua baris merupakan maksud

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata redam hancur?

a)

Kehalusan

b)

Kecilan

c)

Serpihan

d)

Hancur lerai

11.

Berikut merupakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam puisi ini KECUALI

a)

Ketabahan

b)

Kebijaksanaan

c)

Rasional

d)

Hormat-menghormati

12.

Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang hendak disampaikan oleh penyair melalui puisi ini?

a)

Kita seharusnya berpuas hati dengan kehidupan kita ini

b)

Kita hendaklah melakukan sesuatu tindakan mengikut cara sendiri

c)

Kita haruslah tabah dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan

d)

Kita perlulah menuntut ilmu pengetahuan agar berjaya dalam hidup

13.

Bangun terjunun badan suatu,

Gundahlah fikir tiada tertentu,

Laksana cermin jatuh ke batu,

Remuk dan redam hancur di situ.


Apakah gaya bahasa bagi perkataan yang bergaris?

a)

Anafora

b)

Epifora

c)

Simile

d)

Sinkope

14.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,

Segenap pesisir desa negeri,

Bertambahlah pula sopan dan negeri,

Santap nan tidak minum pun kari.


Apakah gaya bahasa bagi perkataan yang bergaris dalam rangkap puisi di atas?

a)

Repitisi

b)

Paradoks

c)

Hiperbola

d)

Epifora

15.

Apakah rima akhir bagi puisi ini?

a)

a-a-a-a

b)

b-b-b-b

c)

a-b-a-b

d)

a-b-c-a