wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN KERTAS 1 TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

"Aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna".


Apakah konsep asas perniagaan tersebut?

a)

Nilai

b)

Barang

c)

Keuntungan

d)

Perkhidmatan

2.

Apakah tujuan organisasi bermotifkan untung dan organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

Menjaga kebajikan ahli

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Menjalankan tanggungjawab sosial

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

3.

"Encik Hazwan memiliki dan mengawal sepenuhnya kedai makanannya". Apakah kelebihan perniagaan Encik Hazwan?

a)

Bebas membuat keputusan

b)

Modal yang lebih besar

c)

Menanggung liabiliti terhad

d)

Dapat berkongsi kepakaran

4.

Puan Azura merupakan seorang rakan kongsi biasa di dalam Klinik Faizal dan Rakan-Rakan. Apakah jenis liabiliti yang perlu ditanggung oleh Puan Azura?

a)

Liabiliti terhad

b)

Liabiliti berhad

c)

Liabiliti pelaburan

d)

Liabiliti tidak terhad

5.

Mempunyai bilangan rakan kongsi dibenarkan minimum 2 orang dan tiada had maksimum.


Apakah jenis rakan kongsi tersebut?

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi berhad

c)

Rakan kongsi liabiliti terhad

d)

Rakan kongsi nominal (namaan)

6.

Mempunyai bilangan pemilik 2 hingga 50 orang dan saham tidak boleh diurus niaga di bursa saham.


Apakah perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tersebut?

a)

Klinik Rajen

b)

Kedai Florist Lynn

c)

Syarikat Maju Sdn. Bhd.

d)

Syarikat Sinaran Berhad

7.

> Pendidikan, latihan, dan maklumat

> Prihatin terhadap komuniti

> Kebebasan autonomi


Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip sejenis pemilikan perniagaan. Apakah pemilikan perniagaan berkaitan?

a)

Syarikat

b)

Koperasi

c)

Perkongsian

d)

Milikan tunggal

8.

Encik Irfan menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Encik Razin.


Apakah peranan Encik Razin kepada Encik Irfan?

a)

Menyediakan bantuan kewangan

b)

Menyediakan lokasi premis perniagaan

c)

Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi

d)

Menyediakan bantuan latihan pengurusan kedai

9.

- Jualan tahunan : RM500 000

- Pekerja tetap : 25 orang


Apakah cabaran yang mungkin dihadapi perniagaan berkenaan?

a)

Masalah birokrasi

b)

Masalah aliran tunai

c)

Masalah ketidakpastian pasaran

d)

Masalah pengambilan pekerja

10.

Perniagaan manakah merupakan perniagaan berskala global?

a)

Klinik Meng

b)

Koperasi Pekebun Kecil

c)

Syarikat Penerbangan Air Asia

d)

Pasaraya The Store

11.

~ keselamatan pengguna dalam aspek makanan dan ubat-ubatan

~ Hak pengguna mendapatkan ganti rugi


Apakah tujuan peranan kerajaan dalam aspek perundangan di atas?

a)

Memberi pelepasan cukai

b)

Mengembangkan aktiviti perniagaan

c)

Menyediakan pembiayaan perniagaan

d)

Memberikan perlindungan kepada pengguna

12.

Apakah tujuan penubuhan Majlis Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)?

a)

Memastikan produk bermutu

b)

Menjalankan penyelidikan produk

c)

Mengendalikan kursus keusahawanan

d)

Membangunkan kawasan perdagangan baharu

13.

Pihak manakah yang akan menggubal undang-undang kecil?

a)

Kerajaan pusat

b)

Kerajaan negeri

c)

Pihak berkuasa tempatan

d)

Dewan Undangan Negeri

14.

"Pelaksanaan Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan".


Apakah tujuan tindakan kerajaan tersebut?

a)

Pembangunan setempat

b)

Mencapai guna tenaga penuh

c)

Penyediaan kemudahan infrastruktur

d)

Memperkukuh pertumbuhan ekonomi

15.

"Perubahan dalam industri secara keseluruhan yang tidak memerlukan kemahiran pekerja".


Apakah jenis pengangguran tersebut?

a)

Pengangguran kitaran

b)

Pengangguran struktur

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran bermusim

16.

"Kenaikan harga perkhidmatan secara berterusan".


Antara yang berikut, yang manakah menerangkan fenomena di atas?

a)

Inflasi

b)

Deflasi

c)

Fasa Kemelesetan

d)

Fasa Melambung

17.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan yang menggambarkan keadaan konsisten dalam perniagaan?

a)

Trend menurun

b)

Trend mendatar

c)

Trend meningkat

d)

Trend melambung

18.

Mengapakah fasa kemelesetan berlaku?

a)

Peningkatan pengeluaran

b)

Kadar guna tenaga meningkat

c)

Pendapatan penduduk menurun

d)

Kadar pengangguran berkurangan

19.

"Satu pernyataan ringkas yang menjelaskan tujuan utama sesebuah perniagaan".


Apakah pernyataan tersebut?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Prosedur

20.

"Pembentukan matlamat yang lebih khusus".


Apakah pernyataan tersebut?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Prosedur

21.

X perlu didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran pertubuhan Malaysia (ROS) atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).


Apakah objektif bagi X?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Menjaga kebajikan ahli dan orang ramai

c)

Menjual barangan pada harga yang lebih murah

d)

Menawarkan barang yang diperlukan oleh pengguna

22.

Berikut merupakan ciri-ciri objektif sesebuah perniagaan KECUALI

a)

mudah diukur

b)

boleh dicapai

c)

secara umum

d)

munasabah

23.

"Menjadi pengeluar pakaian yang terkemuka di Malaysia".


Pihak manakah yang menetapkan objektif tersebut?

a)

Pekerja

b)

Penyelia

c)

Pengurus besar

d)

Pengurus jabatan

24.

Kos tetap : RM140 000

Kos berubah seunit : RM0.80

Harga sebotol air mineral : RM2.20


Berapa botolkah yang perlu dijual untuk mendapat pulangan modal?

a)

46 666 botol

b)

100 000 botol

c)

112 000 botol

d)

175 000 botol

25.

Jualan : RM9 800

Belian : RM5 300

Kos operasi : RM1 400

Sewa diterima : RM 600


Hitungkan untung bersih bagi organisasi perniagaan tersebut.

a)

RM 2500

b)

RM3700

c)

RM4300

d)

RM4500

26.

Syarikat A mempunyai teknologi moden, sumber kewangan yang kukuh dan sumber manusia yang berkemahiran tinggi.


Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan tersebut?

a)

Syer pasaran

b)

Jaringan perniagaan

c)

Daya saing perniagaan

d)

Penyediaan perkhidmatan

27.

- Jualan merosot

- Tidak mampu membayar kos perniagaan


Apakah kegagalan yang dihadapi oleh perniagaan tersebut?

a)

Gagal dalam pemasaran

b)

Gagal mencapai matlamat dan objektif

c)

Gagal mendapat keuntungan

d)

Gagal dalam mengembangkan perniagaan

28.

"Melibatkan aktiviti perancangan sumber manusia, pengrekrutan dan pemilihan".


Peranan manakah yang berkaitan dengan bahagian fungsian tersebut?

a)

Menjalankan aktiviti pentadbir

b)

Membangunkan sumber manusia

c)

Mengukuhkan sumber kewangan

d)

Menjalankan penyelidikan produk

29.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan aspek penting yang ditunjukkan dalam sesebuah carta organisasi?

a)

Jenis tugas

b)

Akauntabiliti

c)

Hierarki pengurusan

d)

Pembahagian kerja

30.

Bahagian fungsian manakah yang menguruskan perbelanjaan dan pembiayaan dalam perniagaan?

a)

Bahagian fungsian kewangan

b)

Bahagian fungsian pengeluaran

c)

Bahagian fungsian pengagihan

d)

Bahagian fungsian pemasaran

31.

Hafizuddin perlu menentukan kuantiti barang dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat. Selain itu, beliau perlu memastikan syarikatnya membayar pada jumlah yang berpatutan kepada pembekal.


Apakah bahagian fungsian yang dimaksudkan?

a)

Bahagian fungsian pembelian

b)

Bahagian fungsian pengagihan

c)

Bahagian fungsian pemasaran

d)

Bahagian fungsian pengeluaran

32.

Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Mengurangkan bilangan pekerja

c)

Meminimumkan kos pengeluaran

d)

Anggota organisasi mengetahui tugas masing-masing

33.

Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi perniagaan?

a)

pemasaran produk yang terhad

b)

mempercepatkan proses pengeluaran produk

c)

membangunkan poduk baharu dan berkualiti tinggi

d)

memastikan pengeluaran barang yang maksimum

34.

Mengapakah kawalan selepas pengeluaran perlu dilakukan oleh staf bahagian fungsian pengeluaran?

a)

Mengawal penggunaan sumber secara efektif

b)

Memastikan peralatan dan mesin dalam keadaan baik

c)

mengatasi setiap masalah yang timbul dalam pengeluaran dengan segera

d)

Memastikan produk yang dihasilkan mengikut standard yang betul

35.

Encik Azmi bertugas dalam melengkapkan dokumen penghantaran dan menyediakan jadual pergerakan kenderaan. Apakah bahagian fungsian yang diwakili oleh Encik Azmi?

a)

Bahagian fungsian jualan

b)

Bahagian fungsian pengeluaran

c)

Bahagian fungsian pembelian

d)

Bahagian fungsian pengagihan

36.

Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran yang tepat?

a)

Aktiviti menjual barang kepada pengguna

b)

Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pengguna

c)

Ativiti memperkenalkan barang oleh penjual kepada pengguna

d)

Aktiviti pertukaran barang yang dapat memberi nilai kepada pengguna

37.

Pertanyaan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?

a)

Mudah dipenuhi

b)

Hidup lebih selesa

c)

Mempunyai batasan

d)

Sama untuk semua individu

38.

Tepung, beras dan minyak masak adalah antara barang keperluan asas yang dijual pada harga subsidi.


Hal ini bermakna, barang tersebut

a)

diberikan secara percuma

b)

dijual pada harga kos

c)

dijual di atas harga kos

d)

dijual di bawah harga kos

39.

Pentadbiran sebuah Syarikat Sendirian Berhad dikawal dan diuruskan oleh

a)

pekerja syarikat

b)

ahli lembaga pengarah

c)

pemegang-pemegang syer

d)

pemiutang-pemiutang syarikat

40.

Usaha sama ialah

a)

bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya

b)

hak yang diberi untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis

c)

perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna

d)

dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang baharu