Font size
WorksheetsKuiz Perniagaan Penggal 1 Bab 1 2024
Total questions: 40
Worksheet time: 42mins
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis aktiviti.
Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Apakah aktiviti tersebut?
Pemasaran
Perniagaan
Pengeluaran
Pengangkutan
Apakah contoh aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Pembuatan
Penternakan
Pemasangan
Pengangkutan
Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
Menambah kos perbelanjaan
Meningkatkan imej perniagaan
Meningkatkan kadar bayaran cukai
Dapat mengurangkan pengangguran
Kerajaaan memberikan subsidi minyakagar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
secara percuma
jualan pada harga kos
jualan pada harga di atas kos
jualan pada harga di bawah kos
Gambar 1 berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?
Liabiliti terhad
cukai perniagaan yang tinggi
bebas menguruskan perniagaan
hayat perniagaan yang berterusan
Gambar 2 berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Mengapakan Encik Ali memilih penubuhan perniagaan tersebut?
Liabiliti terhad
Proses penubuhan adalah rumit
Bilangan pemilik ialah antara 2 - 20 orang
Pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
- liabiliti tidak terhad
- berkongsi kepakaran
- modal dikongsi bersama
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
Usaha sama
Perkongsian
Milikan Tunggal
Syarikat Berhad
Gambar 3 berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Apakah yang menerangkan ciri-ciri pemilikan perniagaan di atas?
Liabiliti tidak terhad
Beban cukai tinggi
Jangka hayat adalah kekal
Bilangan pemilik tidak terhad
Yang manakah menerangkan ciri-ciri Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?
kos rendah
entiti berasingan
hayat tidak berterusan
liabiliti tidak terhad
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
perkongsian
syarikat awam berhad
syarikat jaminan berhad
syarikat sendirian berhad
Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan.
- liabiliti perniagaan yang terhad
- tertakluk kepad Akta Syarikat 2016
Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut?
Abdul Malek Enterprise
Kedai Runcit Vent Lee
Syarikat BKK Sdn Bhd
Perniagaan Reena dan Rakan-rakan
Pernyataan manakah yang merupakan kekurangan penubuhan koperasi?
kewujudan yang tidak kekal
kepakaran sukar dikongsikan
syer tidak boleh dipindah milik
anggota tidak ada hak dalam membuat keputusan
Encik Arif berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Arif dengan menjalankan perniagaan tersebut?
tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual
risiko kegagalan dalam perniagaan rendah
perniagaan boleh dijalankan secara berterusan
kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.
Syarikat Maju Berhad membuat perikatan dengan Syarikat Inovasi Berhad untuk mengeluarkan barang ICT dalam tempoh tiga tahun
Apakah bentuk perniagaan tersebut?
Francais
Syarikat
Koperasi
Usaha sama
Antara berikut, kriteria manakah yang menentukan saiz perniagaan?
Bilangan pekerja tetape
Jumlah jualan bulanan
Jumlah bahan mentah
Jumlah aset dan pembangunan
Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan.
Perniagaan P dan Q mempunyai jualan tahunan yang sama. Perniagaan P mempunyai bilangan pekerja yang ramai kerana berintensifkan buruh,manakala perniagaan Q berintensifkan mesin. Maka perniagaan P dianggap sebagai perniagaan yang bersaiz besar
Apakah jenis kriteria yang menunjukkan perkara di atas?
Syer pasaran
Jumlah modal
bilangan pekerja
jumlah jualan tahunan
Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?
Berdaya saing
Kos pengeluaran rendah
kos upah yang tinggi
lebih mudah mengubah strategi perniagaan jika perlu
Puan Mariah mempunyai sebuah kedai runcit yang mempunyai 10 orang pekerja di Melaka. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh perniagaan Puan Mariah?
lebih berdaya saing
pengambilann pekerja
aliran tunai yang negetif
kos overhead rendah
Pernyataan di bawah menunjukkan suatu sektor perniagaan.
- mengekstrak sumber semula jadi
- mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua
Apakah sektor diatas?
Sektor Mikro
Sektor Utama
Sektor Kedua
Sektor Ketiga
Maklumat berikut berkaitan dengan suatu sektor perniagaan.
- pembuatan dan pengilang
- kejuruteraan
- pembekalan tenaga
Apakah sektor perniagaan tersebut?
Sektor Mikro
Sektor Utama
Sektor Kedua
Sektor Ketiga
Apakah tujuan perniagaan?
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Meningkatkan pendapatan negara
Mewujudkan peluang pekerjaan
Ciri-ciri koperasi adalah seperti berikut KECUALI .....
diuruskan berdasarkan akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi
liabiliti anggota terhad kepada sumbangan modal sahaja
modal perniagaan dipinjam melalui bank
setiap anggota berhak membuat keputusan
Prinsip prinsip Koperasi yang betul ialah
Kebebasan autonomi
Prihatin terhadap komuniti
Kawalan secara demokratik oleh pengerusi
Keanggotaan sukarela dan terbuka.
Kawalan secara demokratik bermaksud ....
pengerusi yang membuat keputusan.
mempunyai hak untuk bersuara.
dikawal oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dipilih.
dilakukan secara autokratik.
Ciri-ciri perniagaan francais ialah
francaisi mengenakan kawalan berterusan kepada francaisor.
francaisor tidak bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi.
francaisi bebas membuat sistem sendiri.
francaisi membayar dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain yang dipersetujui oleh francaisor.
Kelebihan francais kepada francaisi adalah seperti berikut kecuali
Tidak perlu banyak pengalaman.
Tiada inovatif dan inisiatif sendiri
Risiko kegagalan yang rendah.
Reka bentuk yang seragam.
Usaha sama ialah ......
francaisor membantu francaisi dalam meneroka pasaran baharu.
perkongsian yang tidak lebih daripada 50 orang ahli.
satu perkongsian antara dua atau lebih syarikat dan bekerjasama untuk mengeluarkan sesuatu barang.
kerjasama antara syarikat dan kerajaan untuk menghasilkan tanggungjawab sosial.
Pilih pernyataan yang tepat untuk sektor pengilangan berklasifikasi saiz kecil.
Jumlah pekerja 5 hingga kurang daripada 30 orang.
Jumlah pekerja 75 hingga 200 orang.
Jumlah jualan tahunan RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta.
Jumlah jualan tahunan RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta.
Sektor primer merupakan .....
Akviti membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna.
Aktiviti pemprosesan untuk menghasilkan barang separuh siap.
Membekalkan sumber tenaga elektrik kepada isi rumah.
Aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi.
Pernyataan manakah yang betul tentang sektor sekunder
Melibatkan penggunaan jentera, mesin dan peralatan dalam proses pengeluaran
Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK negara
Merupakan aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi
Melibatkan aktiviti penghasilan bahan mentah
Gambar mewakili salah satu sektor perniagaan.
Gambar menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?
Sektor Primer
Sektor Sekunder
Sektor Tertier
Sektor Awam
Apakah tujuan penubuhan organisasi bermotifkan untung ditubuhkan?
Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat
Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
• Hal ehwal syarikat dirahsiakan
• Tidak bebas pindah milik syer
- Liabiliti terhad
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?.
Usaha sama
Koperasi
Syarikat Sendirian Berhad
Syarikat Perkongsian
Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu bentuk perniagaan.
-Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja
-Sumber pembiayaan seperti simpanan pemilik, pinjaman dan saudara –mara
-Dikenakan cukai pendapatan perseorangan.
Apakah bentuk milikan perniagaan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Syarikat Berhad
Milikan Tunggal
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan OBBU?
Mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Memaksimumkan keuntungan
Menjaga kebajikan ahli
Mendaftar dengan SSM
Maklumat di bawah berkaitan rakan kongsi, Encik Malik.
Encik Malik ialah rakan kongsi kepada sebuah restoran bersama Encik Halim. Beliau tiada masa untuk terlibat dalam hal ehwal perniagaan restoran, memandangkan beliau sibuk dengan tugas sebagai pengurus di sebuah syarikat pembinaan.
Apakah jenis rakan kongsi tersebut?
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Apakah kelebihan memiliki syer dalam Syarikat Awam Berhad berbanding dengan Syarikat Sendirian Berhad?
Pemilik syer dapat memindahkan milik syer dengan mudah
Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad
Perniagaan yang manakah merupakan milikan tunggal?
Restoran Sayyid dan Shah
Kedai Runcit Rahmah
Koperasi Berkat
Maju Bumi Sdn Bhd
Apakah contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?
Kelab Belia dan Sukan
Syarikat Fabrik Sdn. Bhd.
Pertubuhan Peladang Pahang
Persekutuan Pengakap Malaysia
1. Syarikat Cari Gali Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan petroleum di Malaysia. Apakah jenis sektor yang terlibat?
Sektor tertier
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor sekunder
