wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4: BAHAGIAN FUNGSIAN

Total questions: 45

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.
Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
a)
Memaksimunkan keuntungan
b)
Mengurangkan bilangan pekerja
c)
Meminimunkan kos pengeluaran
d)
Anggota organisasi perniagaan mengetahui tugas masing-masing.
2.
Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesebuah organisasi perniagaan ?
a)
Dapat meningkatkan produktiviti
b)
Memastikan keselamatan sistem ICT
c)
Memudahkan pengurusan inventori
d)
Dapat membuat perancangan kewangan
3.
Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi perniagaan ?
a)
Pemasaran produk yang terhad
b)
Mempercepatkan proses pengeluaran produk
c)
Dapat membangunkan produk baharu dan berkualiti tinggi
d)
Memastikan pengeluaran barang yang maksimun
4.
Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran dengan tepat ?
a)
Aktiviti menjual barang kepada pengguna
b)
Aktiviti mengagihkan barang daripada penjual kepada pengguna
c)
Aktiviti memperkenalkan barang kepada pengguna
d)
Aktiviti pertukaran barang yang dapat memberi nilai kepada penjual dan pengguna
5.
Wujudkan katalog dan edarkan merupakan tanggungjawab bahagian fungsian mana ?
a)
Pengeluaran
b)
Jualan dan pemasaran
c)
Kewangan dan pengeluaran
d)
Pembelian dan Pengagihan
6.
Proses aliran barang dan perkhidmatan mempunyai berapa langkah ?
a)
7
b)
6
c)
8
d)
5
7.
Interaksi yang wujud antara perniagaan melibatkan ?
a)
Perniagaan kecil dan Perniagaan Besar
b)
Perniagaan persendirian dan Perkongsian
c)
Perniagaan Sederhana dan Besar
d)
Perniagaan Sdn Bhd dan Bhd
8.
Bahagian pembelian menyenaraikan keperluan bahan mentah unutk menghasilkan produk . Manakah antara berikut merupakan langkah bagi penyataan ini ?
a)
Pesanan bahan mentah
b)
Jadual pengeluaran yang dipersetujui
c)
Penerimaan pesanan daripada pengguna
d)
Penerimaan Invois
9.
Manakah antara berikut BUKAN langkah dalam proses aliran barang da perkhidmatan ?
a)
Wujudkan katalog dan edarkan
b)
Pesanan bahan mentah
c)
Jadual pengeluaran yang dipersetujui
d)
Mewujudkan jaringan perniagaan
10.
Manakah antara berikut merupakan Perniagaan Besar ?
a)
Nasi Lemak Mak Na
b)
Ayam goreng Pak Tam
c)
Mcdonalds
d)
Air Jagung Tepi Highway
11.
Apakah yang dimaksudkan dengan aliran barang dan perkhidmatan ?
a)
Proses pemindahan barang atau perkhidmatan
b)
aktiviti unutk memaksimunkan keuntungan perniagaan
c)
Pengeluaran yang optimun
d)
Hubungan antara input dan output.
12.
Fungsian dalam organisasi mempunyai berapa bahagian ?
a)
11
b)
10
c)
8
d)
7
13.

APakah maksud bahagian fungsian?

a)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi

b)

Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi

c)

Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut

d)

Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab khusus utk bahagian tersebut.

14.

Pernyataan yang manakah merupakan aspek penting yang ditunjukkan dalam carta organisasi?

a)

Pembahagian kuasa

b)

Pengasingan kuasa

c)

Pembahagian kerja

d)

Pengkhususan pekerja

15.

Pernyataan yang manakah menunjukkan tujuan bahagain fungsian pentadbiran?

a)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

b)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

c)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

d)

Merancang mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi.

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Y.

  • Merancang program latihan dan pembangunan
  • Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan oleh pekerja


Apakah bahagian fungsian Y?

a)

Pengurusan

b)

Pentadbiran

c)

Perancangan Sumber Manusia

d)

Pengurusan Sumber Manusia

17.

Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah yang terdapat dalam organisasi perniagaan?

a)

Kewangan

b)

Pengiraan kewangan

c)

Perancangan kewangan

d)

perakaunan dan kewangan

18.

Gambar menunjukkan suatu bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi perniagaan.


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Operasi

b)

Pengagihan

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan sumber manusia

19.

Maklumat di bawah berkaitan dengan dokumen yang digunakan oleh sebuah bahagian fungsian.

  • invois belian
  • Nota kredit
  • Keratan cek
  • Resit diterima

Apakah bahagian fungsian yang menggunakan dokumen di atas?

a)

Perakaunan

b)

Kewangan

c)

Pembelian

d)

Pembiayaan

20.

Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi?

a)

Mendedahkan maklumat penting organisasi kepada pihak luar

b)

Memudahkan komunikasi dalam (intranet) dan luaran (internet)

c)

mempromosikan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman sosial

d)

menyelesaikan hutang perniagaan dengan membuat bayaran secara dalam talian

21.

Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi?

a)

Mendedahkan maklumat penting organisasi kepada pihak luar

b)

Memudahkan komunikasi dalam (intranet) dan luaran (internet)

c)

mempromosikan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman sosial

d)

menyelesaikan hutang perniagaan dengan membuat bayaran secara dalam talian

22.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kawalan selepas?

a)

memastikan bahan mentah yang dipesan mempunyai kuantiti yang betul

b)

Mmemastiakn pekerja mempunyai kemahiran dalam mengoperasikan mesin

c)

memastikan perlalatan yang digunakan dalan proses pengeluaran dapat berfungsi yang baik

d)

memastikan produk yang siap dihasilkan diperiksa terdahulu sebelum dihantar ke pasaran untuk dijual

23.

Staf dalam bahagian fungsian ini akan menandatangani kontrak dengan pembekal agar pembekal janji membekal bahan mentah yang berkualiti.


Apakah bahagian fungsian di atas?

a)

Pentadbiran

b)

kewangan

c)

pemasaran

d)

pembelian

24.

Rajah di atas menunjukkan bahagian fungsian utama bagi Kedai Runcit Hajah Minah.

Mengapakah bahagian-bahagian fungsian tersebut penting kepada Kedai Runcit Hajah Minah?

a)

Sebagai hala tuju perniagaan

b)

Untuk meminimumkan kos operasi

c)

Sebagai garis panduan kepada pekerja

d)

Untuk memaksimumkan untung perniagaan

25.

Pernyataan yang manakah merupakan peranan pengurusan pertengahan?

a)

Merangka polisi organisasi

b)

Menyelaraskan aktiviti bahagian masing-masing

c)

Memastikan tugas operasi dijalankan dengan lancar

d)

Merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi

26.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengurusan.


Encik Ahmad merupakan seorang penyelia akaun di sebuah syarikat. Beliau bertanggungjawab memasukkan data akaun.


Apakah tahap pengurusan Encik Ahmad?

a)

Pengurusan atasan

b)

Pengurusan pasukan

c)

Pengurusan bawahan

d)

Pengurusan pertengahan

27.

Gambar di atas menunjukkan suatu bahagian fungsian bagi Butik Alisa.

Apakah bahagian fungsian yang terlibat?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan sumber manusia

28.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan pemasaran kepada organisasi perniagaan?

a)

Menjimatkan kos

b)

Meningkatkan kecekapan

c)

Meluaskan pasaran produk

d)

Meningkatkan kualiti produk

29.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian.


Mengawal kecekapan penggunaan sumber

Mengawal kualiti produk dan perkhidmatan

Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Pemasaran

b)

Pengeluaran

c)

Pentadbiran

d)

Khidmat pelanggan

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh suatu bahagian fungsian.

X mungkin sekali ialah bahagian fungsian ...

a)

pembelian

b)

pemasaran

c)

pengagihan

d)

pengeluaran

31.

Gambar di atas menunjukkan tugas-tugas yang dilaksanakan di suatu bahagian fungsian.

Mengapakah bahagian fungsian ini penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Melancarkan operasi perniagaan

b)

Menukarkan input kepada output

c)

Memberikan nasihat teknikal kepada pengguna

d)

Mengawal kualiti barangan yang dikeluarkan

32.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan bahagian fungsian.


Encik Izzuddin adalah pemilik XYZ Trading. Baru-baru ini XYZ Trading telah menerima pesanan sebanyak 500 unit Produk A.


Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah perlu digerakkan bagi memastikan produk sampai ke tangan pelanggan?

a)

Pemasaran

b)

Pentadbiran

c)

Pengagihan

d)

Pengeluaran

33.

Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi bahagian penyelidikan dan pembangunan?

a)

Menetapkan harga produk

b)

Memasarkan produk di pasaran

c)

Menambah baik produk yang sedia ada

d)

Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan

34.

Apakah peranan utama bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan?

a)

Menyimpan dan melindungi semua maklumat organisasi

b)

Mengubah dan memindahkan data dengan cepat dan selamat

c)

Menyimpan dan memproses data dengan mudah dan serta merta

d)

Membolehkan maklumat digunakan untuk memaksimumkan produktiviti

35.

Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?

a)

Internet

b)

Intranet

c)

e-dagang

d)

e-banking

36.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada tujuan utama bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Sentiasa menghasilkan produk baharu

b)

Mengubah suai produk sedia ada supaya lebih bermutu

c)

Menghasilkan produk yang mampu memuaskan keperluan masyarakat

d)

Membolehkan perniagaan menghasilkan produk yang sentiasa berdaya saing

37.

Bagaimanakah kawalan selepas dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan yang menghasilkan barang industri?

a)

Menjamin permintaan untuk barang keluaran

b)

Dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan

c)

Mengelakkan barang yang rosak sampai ke tangan pengguna

d)

Dapat membantu meningkatkan kepakaran pasukan pemasaran

38.

Rajah di atas berkaitan dengan proses pengeluaran.

Apakah X ?

a)

Proses kawalan

b)

Proses penilaian

c)

Proses transformasi

d)

Proses perancangan

39.

Mengapakah aktiviti pemasaran penting bagi sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Dapat mengagihkan barang ke pasaran

b)

Dapat memuaskan keperluan pengguna

c)

Dapat mencipta permintaan untuk keluaran

d)

Dapat memujuk pengguna membeli barang

40.

Produk adalah salah satu unsur penting dalam sesuatu campuran pemasaran.

Manakah yang merupakan ciri sesuatu produk?

a)

Kos

b)

Diskaun

c)

Publisiti

d)

Jaminan

41.

Gambar di atas menunjukkan sejenis keluaran.

Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan keluaran di atas?

a)

Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna

b)

Pengeluar -> Pemborong -> Pengguna

c)

Pengeluar -> Ejen -> Pengguna

d)

Pengeluar -> Peruncit -> Pengguna

42.

Maklumat di bawah ini berkaitan Encik Azman.


Encik Azman mengusahakan labu sayong. Pesanan yang diterima adalah daripada pengguna dari seluruh dunia yang mengunjungi laman web beliau.


Apakah saluran agihan yang digunakan oleh Encik Azman untuk mengedarkan keluarannya?

a)

Pengeluar -> Pengguna

b)

Pengeluar -> Ejen -> Pengguna

c)

Pengeluar -> Ejen -> Peruncit -> Pengguna

d)

Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna

43.

Apakah peranan utama bahagian fungsian jualan?

a)

Menjawab pertanyaan pelanggan

b)

Mencipta permintaan untuk barang jualan

c)

Menentukan dan mencapai sasaran jualan

d)

Melaksanakan publisiti untuk menarik pelanggan

44.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan bahagian fungsian jualan?

a)

Menyediakan sebut harga untuk pelanggan

b)

Mengenal pasti sasaran pelanggan perniagaan

c)

Menjalankan penyelidikan untuk mengetahui cita rasa pelanggan

d)

Melakukan rundingan dengan pelanggan tentang harga dan diskaun

45.

Maklumat berikut berkaitan dengan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi:

  • menyediakan dokumen syarikat
  • menguruskan, menyimpan dan menerima rekod
  • mengendalikan mesyuarat syarikat.

Apakah bahagian fungsian berkenaan?

a)

kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Sumber Manusia

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi