NEW
Font size
WorksheetsBUSINESS PAPER 1
Total questions: 40
Worksheet time: 45mins
Antara yang berikut,yang manakah merupakan tujuan utama perniagaan ditubuhkan?
Mengembangkan ekonomi negara
Menjalankan aktiviti import dan eksport
Membekalkan barang dan perkhidmatan
Memenuhi keperluan dan kehendak pemilik
Mengapakah Encik Mazlan lebih cenderung untuk memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
Menanggung liabiliti terhad
Mudah memindah milik syer
Berhak memilih ahli lembaga pengarah
Dapat menghadiri mesyuarat agung tahunan
Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?
I Dapat menjamin keuntungan
II Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
I dan II
II dan III
I dan IV
II dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan kategori perkilangan.
· Jualan tahunan perniagaan ialah RM 500 000
. Bilangan pekerjanya seramai 21 orang
Pilih kelebihan perniagaan tersebut.
I Perniagaan mudah diuruskan
II Menikmati ekonomi bidangan
III Wujud pengkhususan kerja
IV Proses pembuatan keputusan yang cepat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 1 di atas berkaitan dengan skala perniagaan.
Pernyataan manakah yang benar tentang X?
Peniaga dapat mencapai sasaran pasaran global
Urus niaga jual beli melibatkan mata wang tempatan
Perniagaan terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana
Peniaga menanggung kos rendah kerana tidak melibatkan operasi besar
Gambar 1 di atas berkaitan dengan seorang pengguna.
Akta manakah yang dapat membantu pengguna tersebut?
Akta Kontrak 1950
Akta Timbang dan Sukat 1972
Akta Kawalan Harga 1946
Akta Perihal Dagangan 1972
Antara yang berikut,manakah yang merupakan usaha kerajaan negeri untuk membantu perkembangan perniagaan?
I Membentuk syarikat kepentingan kerajaan negeri
II Menyediakan infrustruktur seperti tapak kilang dan jalan raya
III Menggalakkan kegiatan ekonomi berasaskan sumber tempatan
IV Menubuhkan institusi pengajian tinggi untuk melatih modal insan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Maklumat berikut menunjukkan kadar pengangguran Negara X untuk tahun 2016 dan 2017.
Kadar Pengangguran :
Tahun 2016 = 4.6
Tahun 2017 = 5.1
Bagaimanakah kerajaan dapat mengatasi masalah di atas dengan menggunakan dasar fiskal?
Menaikkan kadar cukai
Menaikkan kadar faedah
Menurunkan kadar faedah
Menurunkan kadar cukai
Antara yang berikut, manakah pelaksanaan dasar fiskal oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi?
I Kerajaan mengurangkan kadar cukai
II Kerajaan melaksanakan projek pembangunan
III Bank Negara Malaysia meningkatkan kadar faedah semasa
IV Kerajaan mengurangkan penawaran barang dan perkhidmatan di pasaran.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat CCK Sendirian Berhad.
Syarikat CCK Sendirian Berhad mengamalkan dasar mengisi kekosongan dalam organisasi dengan sumber manusia dalaman.
Mengapakah Syarikat CCK Sendirian Berhad bertindak demikian?
I Pekerja dapat membawa idea baharu
II Tidak perlu melaksanakan program induksi
III Tidak akan wujud kekosongan jawatan lain
IV Pekerja akan lebih bermotivasi untuk bekerja
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara yang berikut, manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?
I Permintaan untuk barang meningkat
II Pendapatan kerajaan akan menurun
III Kadar pengangguran akan meningkat
IV Operasi pengeluaran perniagaan meningkat
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan pernyataan visi Nirmala Enterprise.
Nirmala Enterprise menjadi pembekal utama pakaian sekolah di Melaka.
Pilih pernyataan yang benar tentang pernyataan visi Nirmala Enterprise
Menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Merupakan perancangan jangka panjang perniagaan
Merupakan perancangan jangka pendek perniagaan
Dibentuk secara khusus dan boleh dicapai oleh perniagaan
Berdasarkan rajah tersebut, apakah peranan pihak di peringkat X dalam organisasi?
Apakah peranan pihak di peringkat X dalam organisasi?
Mengawal pekerja di bahagian operasi
Mengagihkan sumber-sumber organisasi
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti khusus
Menentukan hala tuju jangka panjang organisasi
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi?
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baharu
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Apakah yang dapat digambarkan melalui suatu carta organisasi yang dibentuk?
I Kekananan
II Agihan tugas
III Hubungan antara pekerja
IV Aktiviti yang sedang dijalankan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan strategi pembangunan produk?
Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada
Mempelbagai produk syarikat untuk meningkatkan jualan
Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada
Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu
Pernyataan yang manakah benar tentang interaksi antara perniagaan kecil dengan perniagaan fungsian jualan?
Perniagaan besar membantu perniagaan kecil menjualkan produk
Perniagaan besar menghasilkan barang yang didingini oleh perniagaan kecil
Perniagaan kecil akan menghubungi perniagaan besar bagi meluaskan pasaran
Perniagaan kecil akan menghubungi perniagaan besar untuk mempelajari cara mengurus kewangan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan pengurusan sumber manusia kepada sesebuah organisasi perniagaan?
I Menjaga kebajikan pekerja
II Memastikan bahan mentah mencukupi
III Menjaga peralatan telekomunikasi agar berfungsi
IV Memastikan pekerja organisasi mendapat latihan secukupnya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah syarikat pengeluaran sarung tangan harus menguruskan sumber fizikal dengan cekap?
Dapat memastikan sumber sentiasa cukup
Dapat mewujudkan perniagaan yang mampan
Dapat mengelakkan berlaku kerosakan sumber
Dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran pekerja
Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai harta intelek?
I Video
II Muzik
III Komputer
IV Perisian komputer
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang sumber pembiayaan?
Terdiri daripada wang tunai sahaja
Alat yang digunakan untuk memulakan perniagaan
Dana yang diperlukan untuk memulakan perniagaan
Instrumen yang diperlukan untuk menghasilkan barang
Encik Rahman bercadang membuka sebuah Restoran Makanan Laut di Taman Bukit Katil Kenari. Dia mempunyai baki akaun semasa berjumlah RM 50 000. Bagi tujuan memulakan perniagaan, Encik Rahman telah mengeluarkan wang sejumlah RM 70 000 daripada akaun semasanya.
Apakah bentuk pembiayaan yang diberikan oleh bank kepada Encik Rahman?
Overdraf
Pinjaman peribadi
Pinjaman bercagaran
Pinjaman jangka panjang
Pada pendapat anda, mengapakah usahawan memilih pajakan sebagai sumber pembiayaan perniagaan?
I Dapat mengelakkan masalah hutang lapuk
II Dapat mengatasi masalah aliran tunai perniagaan
III Dapat mengurangkan pembiayaan cukai pendapatan
IV Dapat mengelakkan masalah aset tetap menjadi using
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah tujuan penyata kewangan disediakan?
I Mengukur prestasi perniagaan
II Mengukur keupayaan perniagaan
III Menilai kekuatan sesebuah perniagaan
IV Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan maklumat kewangan Syarikat SGP Bhd. Pada akhir tahun 2017.
Untung kasar RM 60 000
Untung bersih RM 25 000
Modal awal RM 300 000
Modal akhir RM 325 000
Kirakan peratusan pulangan atas modal bagi Syarikat SGP Bhd.
7.7%
8.3%
18.5%
20.0%
Maklumat berikut berkaitan dengan margin untung kasar bagi tahun 2017 dan tahun 2018.
Peratusan Margin Untung Kasar
Tahun 2017 = 40%
Tahun 2018 = 25%
Apakah kesimpulan anda?
I Kos belian syarikat menurun pada tahun 2018
II Syarikat tidak mengawal kos jualan dengan cekap
III Syarikat kurang cekap dalam menetapkan harga jualan
IV Syarikat tidak cekap menguruskan penghutang syarikat
I dan II
II dan III
II dan IV
III dan IV
Maklumat berikut diambil daripada buku perakuan Perniagaan Fauzee.
Jualan RM 120 000
untung kasar RM 30 000
Untung bersih RM 18 500
Berapakah peratusan margin untung bersih Perniagaan Fauzee?
15.42%
25.00%
40.42%
50.00%
Apakah bidang kuasa kerajaan Pusat dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan?
I Kewangan
II Kemudahan infrastruktur
III Kadar pertukaran mata wang
IV Perkembangan aktiviti perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan sejenis penggangguran.
Encik Amir bekerja sebagai seorang nelayan. Beliau terpaksa berhenti bekerja pada musim tengkujuh
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran bermusim
Pengangguran musim sementara
Maklumat berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi persekitaran perniagaan.
Permintaan terhadap buah naga meningkat sebanyak 20% di Malaysia. Ini adalah kerana kesedaran tentang kebaikan khasiat buah naga yang baik untuk kesihatan.
Apakah faktor tersebut?
Politik
Ekologi
Ekonomi
Sosiobudaya
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.
Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.
Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik (specific)
Munasabah (realistic)
Boleh dicapai (attainable)
Jangka masa (time frame)
Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi.
Menyediakan dokumen syarikat
Menguruskan, menyimpan, dan menerima rekod
Mengendalikan mesyuarat syarikat
Apakah bahagian fungsian tersebut?
Kewangan
Pentadbiran
Sumber manusia
Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT)
Antara yang berikut, fungsi manakah yang berkaitan dengan pengagihan sumber kewangan dalam menguruskan kewangan organisasi?
I Setiap bahagian menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai
II Setiap bahagian akan dipantau untuk mengelakkan penyelewengan dana
III Pengagihan kewangan adalah mengikut jenis perbelanjaan yang ditetapkan
IV Setiap bahagiann akan mendapat peruntukan kewangan seperti yang diluluskan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?
Internet
Intranet
e-dagang
e-banking
Antara yang berikut, yang manakah merupakan modal sesebuah perniagaan?
I Jentera
II Inventori
III Pengurus syarikat
IV Wang tunai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman?
I Bantuan modal dari agensi kerajaan
II Simpanan peribadi
III Modal daripada keuntungan
IV Bank dan institusi kewangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pembiayaan hutang oleh institusi kewangan terhadap invois dikenal sebagai
Pajakan
Sewa beli
Pemfaktoran
Pinjaman
Pn. Azila bercadang untuk memohon pembiayaan perniagaan dengan agensi keerajaan.
Apakah yang perlu disediakan dalam Rancangan Perniagaan untuk menunjukkan kemampuan membayar balik pinjaman?
I Penyata Aliran Tunai
II Akaun Perdagangan
III Akaun bersama
IV Akaun aset semasa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Butiran manakah yang diklasifikasikan sebagai aset semasa?
Perabot
Inventori
Akauan belum bayar
Kelengkapan
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang aset perniagaan?
I Terdiri daripada aset semasa dan aset bukan semasa
II Merupakan harta yang dimiliki oleh perniagaan
III Merupakan hutang yang perlu ditanggung oleh perniagaan
IV Merujuk kepada harta mudah alih sesebuah perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
