wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN SPM 2024(PRK)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, apakah tujuan organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

Menawarkan perkhidmatan kepada orang awam

b)

Meningkatkan perkhidmatan di hospital swasta

c)

Memenuhi permintaan pengguna industri

d)

Menjual barang kepada orang ramai

2.

Pilih padanan yang tepat. Kurnia Idaman Sdn Bhd DENGAN MK Land Berhad

 

A

Saham syarikat diurusniagakan di Bursa Saham(KURNIA IDAMAN SDN BHD)

Saham syarikat tidak diurusniagakan di Bursa Saham(MK LAND BERHAD)

B

Pemegang saham menanggung liabiliti terhad(KURNIA IDAMAN SDN BHD)

Pemegang saham menanggung liabiti tidak terhad(MK LAND BERHAD)

C

Bilangan ahli antara 2 hingga 50 orang(KURNIA IDAMAN SDN BHD)

Bilangan ahli antara 2 hingga tiada had(MK LAND BERHAD)

D

Laporan kewangan perlu diumumkan kepada orang awam(KURNIA IDAMAN SDN BHD)

Laporan kewangan perlu dilaporkan kepada pemegang saham(MK LAND BERHAD)

 

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

3.

Pernyataan berikut berkaitan dengan satu bentuk perniagaan. Encik Alias telah mendapat hak kebenaran menggunakan jenama Burger Sadek milik Encik Salim Sadek. Mengapakah Encik Alias menjalankan perniagaan tersebut?

a)

Mengubah cara perniagaan mengikut trend semasa

b)

Merancang promosi dengan rakan niaga yang lain

c)

Menambahbaik pelbagai pilihan barang

d)

Mendapat keseragaman reka bentuk produk

4.

Apakah kekurangan perniagaan bersaiz kecil?

a)

Kos pengeluaran yang tinggi

b)

Mempunyai daya saing yang tinggi

c)

Mudah mendapat pekerja mahir dan pakar

d)

Cepat dan mudah menyelesaikan rungutan pelanggan

5.

Berikut merupakan maklumat berkaitan dengan skala perniagaan. De-Nas Enterprise merupakan pengeluaran produk berasaskan minyak urut. Produk keluaran perniagaannya dipasarkan di sekitar Kuala Kangsar, Taiping dan Pengkalan Hulu. Apakah skala perniagaan De-Nas Enterprise?

a)

Domestik

b)

Negeri

c)

Global

d)

Kebangsaan

6.

Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi. • Menurunkan kadar faedah • Menurunkan kadar cukai Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah ____________

a)

Subsidi

b)

Cukai

c)

Inflasi

d)

Deflasi

7.

Antara berikut, manakah langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah pengangguran kitaran?

a)

Melaksanakan dasar fiskal dan kewangan

b)

Memberi pelbagai insentif kepada perniagaan

c)

Kerajaan perlu peka dengan perubahan global

d)

Menggalakkan penggunaan mesin dalam pengeluaran

8.

Logo 1 diatas berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan. Apakah peranan agensi tersebut terhadap perkembangan aktiviti perniagaan?

a)

Mempertingkatkan latihan pembangunan keusahawanan

b)

Meneroka pasaran baharu untuk perdagangan luar negara

c)

Menyediakan khidmat nasihat perundangan kepada perniagaan

d)

Memastikan keluaran di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan

9.

Pernyataan manakah benar tentang jenis pengangguran.

 

A

penganguran berStruktur

Penggunaan    peralatan    moden    menggantikan    tenaga pekerja

B

pengangguran Bermusim

Pekerja bekerja untuk suatu tempoh dalam setahun

C

pengangguran Teknologi

Berlaku akibat kemelesetan ekonomi di seluruh dunia

D

pengangguran Kitaran

Pertambahan pekerja dalam sektor utama dan sektor kedua

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Jadual 1 berkaitan jualan perniagaan Ayam Gunting Kays.

Januari(RM10000)

Februari(RM10100)

Mac(RM9900)

Mengapakah berlaku trend jualan di atas ?

a)

Kenaikan harga barang

b)

Penurunan harga barang

c)

Pekerja yang cekap

d)

Tiada pembaharuan produk

11.

Mengapakah berlaku trend menurun dalam persekitaran perniagaan?

a)

Sumber manusia profesional

b)

Penggunaan teknologi terkini

c)

Gaya pengurusan autokratik

d)

Pemasaran tidak berkesan

12.

Apakah visi organisasi bukan bermotifkan untung?

a)

Menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti

b)

Melibatkan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan

c)

Menyediakan perkhidmatan penghantaran barang

d)

Memuaskan kehendak pemilik perniagaan

13.

Pernyataan berikut berkaitan dengan objektif perniagaan. Bagi mencapai objektif perniagaan, organisasi perlu mengurus semua sumber dengan optimum dan mencukupi. Apakah ciri-ciri objektif perniagaan yang tepat bagi penyataan tersebut?

a)

Boleh diukur

b)

Spesifik

c)

Munasabah

d)

Boleh dicapai

14.

Apabila keuntungan perniagaan tidak berkembang, apakah perubahan yang boleh dilakukan kepada visi dan misi syarikat?

a)

Menarik pelabur baharu melalui dalam pasaran

b)

Mengetatkan syarat pinjaman oleh Bank Pusat

c)

Penggunaan teknologi maklumat secara optimum

d)

Mencari pembekal yang baharu

15.

Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan?

 

A

Ekonomi(FAKTOR DALAMAN)

Undang-undang(FAKTOR LUARAN)

B

Ekologi(FAKTOR DALAMAN)

Pemasaran(FAKTOR LUARAN)

C

Kewangan(FAKTOR DALAMAN)

Gaya pengurusan(FAKTOR LUARAN)

D

Sumber manusia(FAKTOR DALAMAN)

Politik(FAKTOR LUARAN)

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

16.

Mengapakah penggunaan teknologi maklumat penting dalam urusan perniagaan?

a)

Mewujudkan hubungan dan jaringan yang luas

b)

Memudahkan pelanggan mencuba barang

c)

Meminimumkan keuntungan perniagaan

d)

Meningkatkan persaingan perniagaan

17.

Maklumat berikut berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh satu bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan. • Menentukan pilihan pembekal • Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang Apakah bahagian fungsian yang berkaitan dengan aktiviti tersebut?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pembelian

d)

Kewangan

18.

Maklumat di bawah berkaitan peranan satu bahagian fungsian.

Menghasilkan produk yang unggul dan berdaya saing.

Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam aktiviti di atas?

a)

Teknologi maklumat dan komunikasi

b)

Penyelidikan dan pembangunan

c)

Pemasaran dan jualan

d)

Pembelian

19.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan peranan bahagian fungsian sumber manusia?

I MEMANTAU AKTIVITI SETIAP BAHAGIAN FUNGSIAN

II MENYELESAIKAN PERTIKAIAN SEMASA PROSES PERUNDINGAN

III MEMBENTUK POLISI BERKAITAN PEMBANGUNAN KERJAYA PEKERJA

IV MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH PENGGUNAAN PERISIAN BAHARU

a)

I DAN II

b)

I DAN IV

c)

II DAN III

d)

III DAN IV

20.

Rajah 1 berkaitan dengan saluran agihan.

PENGELUAR - PERUNCIT - PENGGUNA

Produk yang manakah sesuai menggunakan saluran agihan tersebut?

a)

Kapal terbang

b)

Kosmetik

c)

Khidmat peguam

d)

Barang dapur

21.

          Maklumat yang berikut berkaitan dengan konsep pengurusan yang diamalkan dalam sebuah organisasi

·      Total Quality Management

·      Zero defect

  . Kaizen

Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia organisasi tersebut?

a)

Prestasi pasaran

b)

Pemberhentian pekerja

c)

Pemantapan budaya profesional

d)

Pemberian insentif yang munasabah

22.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan produk siap?

a)

Barang siap yang sedia dipasarkan

b)

Bekalan yang digunakan dalam operasi sesebuah perniagaan

c)

Bekalan yang digunakan untuk menghasilkan barang lain

d)

Barang akhir setelah siap diproses untuk dijual

23.

1.                  Maklumat berikut berkaitan dengan prosedur mengurus sumber dalam operasi perniagaan.

Hak eksklusif untuk reka cipta bagi menghasilkan barang baharu.

Apakah perlindungan yang layak diterima oleh reka bentuk tersebut?

a)

Paten

b)

Lesen perisian

c)

Cap dagangan

d)

Hak cipta terpelihara

24.

1.                  Maklumat di bawah berkaitan hubung kait antara kemahiran kebolehkerjaan dengan kejayaan sebuah perniagaan.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG SYARIKAT AIR PERLIS (SAP)

 

Pemohon terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yangberkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/Kontrak di Lembaga Air Perak (LAP) seperti berikut:

NAMA JAWATAN/GRED KELAYAKAN

Juruteknik ICT Diploma

Juruteknik Awam. Diploma

Juruteknik Operasi (HR & Kewangan) SPM

Pembantu Operasi (Teknikal) SPM

Apakah jenis kebolehkerjaan yang diperlukan oleh pekerja bagi jawatan kosong tersebut?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan yang sesuai

c)

Keberkesanan mencapai sasaran

d)

Berpengetahuan tentang produk

25.

              Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan luaran.

·      Menyewa aset dengan tujuan membeli aset tersebut.

·      Usahawan perlu membayar sewa kepada bank.

·      Hak milik barang selepas semua ansuran dijelaskan.

Apakah jenis pembiayaan luaran tersebut?

a)

Pajakan

b)

Ar-Rahnu

c)

Sewa beli

d)

Pemfaktoran

26.

Apakah struktur organisasi yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi?

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan produk

c)

Struktur organisasi berdasarkan geografi

d)

Struktur organisasi berdasarkan pelanggan

27.

Apakah peranan badan tersebut?

a)

Memberi latihan kemahiran kepada peniaga

b)

Membantu usahawan PKS untuk berdaya maju

c)

Membangunkan infrastruktur asas perniagaan

d)

Memasarkan produk bagi pihak usahawan PKS

28.

Rajah 2 berkaitan dengan rekod kewangan dalam penyata kewangan 

PENYATA KEWANGAN

Penyata Aliran Tunai X                        Kunci Kira-kira


 Apakah X?

a)

Akaun Perdagangan dan Untung Rugi

b)

Akaun Penerimaan dan Pembayaran

c)

Penyata Penyesuaian Bank

d)

Penyata Penerimaan Tunai

29.

Mengapakah promosi penting dalam proses pemasaran barang kepada pengguna?

a)

Untuk menghasilkan produk yang berkualiti

b)

Untuk menghadapi persaingan perniagaan

c)

Untuk menentukan harga yang berpatutan

d)

Untuk menjamin keuntungan yang tinggi

30.

          Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Syarikat Megah Holding Sdn. Bhd.

Butiran RM

Untung kasar 55500

Untung bersih 32600

Jualan 107800

Modal awal 100000

Berapakah peratusan pulangan atas modal bagi perniagaan tersebut?

a)

55.50%

b)

51.48%

c)

32.60%

d)

30.24%

31.

Manakah kepentingan penyata kewangan kepada pihak- pihak tertentu dalam perniagaan?

I Pengurusan Menilai kecekapan dalam pengurusan hutang sebelummemberikan pinjaman

ii Pelabur Membuat keputusan untuk pemberian ganjaran

III Pembiaya Mengetahui kemampuan perniagaan membayar kredit

IV Pemilik Mengetahui kedudukan kewangan perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Apakah kelebihan menjadi seorang usahawan kepada negara?

a)

Membuka peluang pekerjaan

b)

Membuka perniagaan baharu

c)

Memberikan pelbagai produk yang ditawarkan

d)

Memperkenalkan produk tempatan ke luar negara

33.

Antara yang berikut, manakah faktor pemilihan lokasi perniagaan yang sesuai oleh seseorang usahawan?

I TERDAPAT KESESAKAN LALU LINTAS

II JAUH DARI TEMPAT KEDIAMAN

III KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG LENGKAP

IV BERHAMPIRAN DENGAN PEMBEKAL BAHAN MENTAH

a)

I DAN II

b)

I DAN IV

c)

II DAN III

d)

III DAN IV

34.

Manakah yang benar tentang perbezaan entiti perniagaan?

 

A

Dimiliki oleh rakan kongsi(PERNIAGAAN)

Dimiliki oleh pemegang saham(SYARIKAT)

B

Menanggung liabiliti terhad(PERNIAGAAN)

Menanggung laibliti terhad(SYARIKAT)

C

Sumbangan modal daripada saham(PERNIAGAAN)

Sumbangan modal daripada pemilik perniagaan(SYARIKAT)

D

Perniagaan diurus oleh lembaga pengarah(PERNIAGAAN)

Perniagaan diurus oleh pekongsi(SYARIKAT)

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

Apakah dokumen rujukan bagi merekod aktiviti jualan secara kredit dalam urus niaga perniagaan?

a)

Memo

b)

Invois

c)

Bil tunai

d)

Resit rasmi

36.

Maklumat yang berikut merupakan suatu kaedah promosi dalam campuran pemasaran

·      Menyalurkan maklumat sesuatu produk dan perkhidmatan melalui media masa

·      Kos siaran ditanggung media masa

·      Mesej mempunyai kredibiliti yang tinggi

Apakah kaedah tersebut?

a)

Jualan langsung

b)

Promosi jualan

c)

Pengiklanan

d)

Publisiti

37.

        Maklumat yang berikut berkaitan dengan Penyata Aliran Tunai.

·      Pinjaman

·      Jualan Tunai

Di bahagian manakah maklumat tersebut dicatatkan dalam Penyata Aliran Tunai?

a)

Pembayaran

b)

Penerimaan

c)

Baki h/b

d)

Baki b/b

38.

Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga?

a)

Mencari pekerjaan yang baharu

b)

Memberi panduan untuk pinjaman

c)

Merancang keperluan sumber perniagaan

d)

Membuat pelaburan untuk sesebuah perniagaan

39.

Antara yang berikut, manakah maklumat yang perlu ada dalam ringkasan eksekutif?

I NAMA PERNIAGAAN

II MODAL PERMULAAN

III JENIS PERNIAGAAN

IV SASARAN UNTUNG

a)

I DAN II

b)

I DAN IV

c)

II DAN III

d)

III DAN IV

40.

Pernyataan manakah yang merupakan maklumat yang terkandung dalam rancangan operasi?

a)

Susun atur ruang bangunan dan kilang

b)

Carta aliran proses

c)

Senarai alatan pejabat

d)

Pembahagian tugas semua pekerja