wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Total questions: 40

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Manakah pernyataan benar tentang ilmu ekonomi?

a)

Menggunakan sumber ekonomi yang terhad tanpa halangan

b)

Mendapatkan kesejahteraan dunia dan akhirat

c)

Memperuntukkan faktor pengeluaran yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad

d)

Memenuhi kehendak yang terhad dengan menggunakan sumber ekonomi yang pelbagai

2.

Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia

a)

menggunakan wang bagi meningkatkan perbelanjaan masa depan untuk membeli barang kehendak

b)

menyeimbangkan pelbagai kehendak dengan sumber ekonomi yang ada seperti modal dan buruh

c)

mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan

golongan miskin melalui zakat

d)

menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara maksimum demi memaksimumkan keuntungan

3.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada masalah kekurangan yang dihadapi oleh firma?

a)

Encik Muhammad seorang tukang masak profesional sukar

mendapatkan pisau pemotong daging yang berkualiti

b)

Puan Melor mengambil tempahan pakaian di rumah tidak dapat

menyiapkan tugasan kerana masa yang suntuk

c)

Cik Zahra yang mengajar tuisyen persendirian gagal mendapatkan pinjaman untuk menambah perabot rumahnya

d)

Encik Anuar belum menjelaskan yuran pengajian anaknya di sebuah kolej swasta terkemuka

4.

Antara yang berikut, pilihan manakah yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.

a)

Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh untuk rakyat

b)

En. Husaini dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil daripada keuntungan perniagaannya

c)

Syarikat Ali Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai sumber ekonomi yang banyak

d)

Puan Aisyah hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300

5.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu masalah ekonomi.


 Simpanan sendiri di bank Islam RM50 000

 Gaji hanya naik 5%.

 Tidak mampu memenuhi keinginan


Pihak yang mungkin menghadapi masalah ekonomi di atas?

a)

Agensi pelancongan

b)

Puan Siti Baiduri

c)

Syarikat Quo Ming Sdn. Bhd

d)

Francais makanan burger Ramli

6.

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan perbelanjaan Encik Kris Wu.


 Sewa lot kedai RM 1, 000

 Makanan & minuman RM 800

 Bil telefon RM 2, 000


Apakah matlamat Encik Kris Wu untuk membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah kekurangan?

a)

Meminimumkan kos

b)

Memaksimumkan tabungan

c)

Memaksimumkan kepuasan

d)

Meminimumkan perbelanjaan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu unit ekonomi.


Syarikat Pembinaan Jaya Mawar Sdn. Bhd. telah memberhentikan projek pembinaan empangan air di daerah Tawau bagi memberi laluan kepada projek perumahan PPR di daerah Kunak.


Mengapakah syarikat tersebut bertindak sedemikian?

a)

Cukai yang terlalu tinggi dikenakan

b)

Kesukaran mendapat buruh mahir

c)

Projek perumahan PPR di daerah Kunak lebih penting

d)

Desakan penduduk tempatan di daerah Kunak

8.

Gambar berikut menunjukkan sejenis faktor pengeluaran.


Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut?

a)

Input produktif yang dicipta oleh manusia dan memiliki mobiliti geografi yang tinggi

b)

Berperanan menyelaras dan menggabungkan faktor pengeluaran

c)

Sumber semula jadi yang mempunyai mobiliti geografi terhad

d)

Membenarkan orang lain menguruskan kedainya dengan ganjaran upah

9.

Apakah tujuan Restoran Selera Kampung membuat pilihan apabila mengeluarkan menu berasaskan ayam kampong dan sayur organik?

a)

Memenuhi kehendak pengguna

b)

Meminimumkan kos pengeluaran

c)

Mengurangkan masalah pembaziran

d)

Memaksimumkan kepuasan pengguna

10.

Rajah di berikut berkaitan dengan sumber ekonomi.

Apakah yang diwakili oleh V?

a)

Ladang kelapa sawit di Felda Sahabat Lahad Datu

b)

Bangunan usang yang diguna pakai semula di Tawau

c)

Cik Melissa Chew bekerja sebagai kerani di SMK Putatan

d)

Spa Thai di lakukan oleh Puan Zalinah di Resort Semporna

11.

Pasangan manakah yang benar tentang sumber ekonomi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

12.

Manakah yang berikut merupakan andaian dalam analisis keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)?

a)

Tingkat teknologi tetap

b)

Ekonomi mencapai guna tenaga penuh

c)

Ekonomi mengeluarkan tiga jenis barang sahaja

d)

Sumber ekonomi yang dimiliki adalah pelbagai

13.

Jadual di bawah menunjukkan dua jenis bunga yang dikeluarkan oleh Garden De La Rose.


Jika pihak pengurusan Garden De La Rose tersebut mengambil keputusan untuk mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah T kepada kaedah U, apakah kos lepas yang terlibat?

a)

260 kuntum mawar putih

b)

240 kuntum mawar putih

c)

244 pasu tulip ungu

d)

136 pasu tulip ungu

14.

Rajah di bawah menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran


Pilih pernyataan yang benar menggambarkan kombinasi pengeluaran di titik H.

a)

Faktor pengeluaran tidak digunakan secara optimum

b)

Tingkat pengeluaran berlaku pada tahap guna tenaga penuh

c)

Modal digunakan secara maksimum tanpa pembaziran

d)

Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai akibat tingkat teknologi masih di takuk lama

15.

Rajah di bawah berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP).


Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas?

a)

Titik Y menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap

b)

Titik C menunjukkan berlaku kos lepas terhadap baju sebanyak 10 000 unit

c)

Titik M menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan baju dan kasut

d)

Titik ABCDE menunjukkan pengeluaran optimum

16.

Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi barang M dan barang N.


Manakah yang benar tentang titik kombinasi pengeluaran di atas?

a)

P : Kos lepas yang semakin bertambah

b)

Q : Ekonomi mencapai guna tenaga penuh

c)

R : Berlaku kekurangan input pengeluaran

d)

S : Kecekapan pengeluaran semakin berkurangan

17.

Syarikat Nur Trading mempunyai target mengeluarkan 2 000 jenis produk berasaskan buah avocado bagi golongan remaja.


Apakah masalah asas ekonomi lain yang perlu dipertimbangkan oleh syarikat tersebut?

a)

Untuk siapa dikeluarkan

b)

Berapa hendak dikeluarkan

c)

Apa yang hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana hendak dikeluarkan

18.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan Puan Christy.


Puan Christy telah berjaya mendapat tanah pusaka daripada mendiang ibunya. Beliau ingin mengusahakan tanaman strawberi dengan kerjasama tenaga pakar dari New Zealand


Antara berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah

diselesaikan oleh Puan Christy?

a)

Untuk siapa dikeluarkan

b)

Apa yang hendak dikeluarkan

c)

Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Berapa yang hendak dikeluarkan

19.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.


Negara Q : Firma memaksimumkan keuntungan manakala kerajaan memaksimumkan kebajikan

Negara R : Sistem ekonomi yang mengamalkan sistem zakat emas


Manakah antara berikut mewakili negara Q dan negara R?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

20.

Rajah di bawah menunjukkan persamaan ciri bagi dua sistem ekonomi.

Apakah K ?

a)

Memaksimumkan keuntungan

b)

Mengawal harga barang keperluan

c)

Kebebasan dalam membuat pilihan perkhidmatan

d)

Harga barangan ditentukan melalui mekanisme harga

21.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sistem ekonomi Islam?

a)

Menyediakan barang awam demi meningkatkan kebajikan masyarakat

b)

Mewujudkan persaingan yang adil dan saksama antara individu

c)

Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat

d)

Kerajaan mengenakan cukai dan subsidi

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.


Negara S : Pengeluar menjalankan sistem catuan dalam

pengagihan barang.

Negara T : Pengeluar memilih barang yang mempunyai

sasaran untung yang tinggi


Tentukan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara tersebut.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

23.

Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?

a)

Firma dapat mengupah lebih ramai buruh asing

b)

Kerajaan mengawal harga barangan yang dikeluarkan firma

c)

Tiada persaingan antara firma

d)

Keuntungan firma lebih tinggi

24.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi yang diamalkan di dua buah Negara.


HONG KONG : Persaingan bebas dalam

kalangan pengeluar .

MALAYSIA :Persaingan bebas dalam kalangan pengeluar tetapi tertakluk kepada undang-undang


Apakah persamaan sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?

a)

Kebajikan masyarakat terpelihara

b)

Penyediaan barang awam untuk rakyat

c)

Berlaku pengeluaran secara berskala besar

d)

Pengguna mempunyai banyak pilihan

25.

Bagaimanakah Sistem Ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas ekonomi ‘apa yang hendak dikeluarkan’?

a)

Permintaan yang tinggi dalam masyarakat

b)

Corak agihan pendapatan masyarakat Islam

c)

Keperluan masyarakat berlandaskan syariat Islam

d)

Sistem catuan yang berdasarkan kepada keperluan masyarakat

26.

Pernyataan manakah yang betul tentang sumber ekonomi?

a)

Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan

b)

Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan

harganya meningkat secara berterusan

c)

Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output

d)

Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental

27.

Encik Yusuf membuka sebuah kilang perabot berasaskan kayu getah di kampong Teluk Emas. Beliau mampu memberi peluang pekerjaan kepada 20 orang penduduk di kampong tersebut.


Pernyataan manakah yang betul tentang Encik Yusuf?

a)

Mendapat ganjaran dalam bentuk sewa

b)

Menggabungkan input-input pengeluaran bagi menghasilkan output

c)

Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran

d)

Merupakan sumber ekonomi yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran

28.

Maklumat berikut menunjukkan pilihan teknik pengeluaran Syarikat X.


Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat X sekiranya teknik intensif modal digunakan?

a)

40 unit baju

b)

60 unit baju

c)

100 unit seluar

d)

160 unit seluar

29.

Pilih pasangan yang betul.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

30.

Mengapakah sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Sumber diagihkan secara adil

b)

Keseimbangan agihan pendapatan

c)

Pengeluaran barang berskala besar

d)

Kecekapan dalam pengurusan sumber

31.

Pernyataan manakah yang betul tentang ekonomi Islam?

a)

Individu bebas memiliki sumber kekayaan

b)

Pengeluar mengeluarkan barangan untuk memperoleh keuntungan

c)

Wujud persaingan yang adil dalam kalangan pengeluar dalam ekonomi

d)

Merupakan gabungan pelbagai ciri kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas dan ekonomi kawalan kerajaan

32.

Antara berikut yang manakah betul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

33.

Maklumat berikut berkaitan satu faktor pengeluaran.


Encik Hamzah adalah pembekal lemang periuk kera di Ulu Bendul Negeri Sembilan. Awalnya, usaha Encik Hamzah kurang mendapat sambutan. Setelah setahun beroperasi barulah beliau menerima pulangan yang lumayan.


Antara yang berikut, yang manakah benar tentang faktor pengeluaran tersebut?

a)

Berani menanggung risiko

b)

Kreatif dan inovatif dalam pemasaran

c)

Menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran

d)

Memiliki sumber hasil hutan yang boleh diperbaharui

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi dua buah Negara.


Negara A : Harga ditentukan oleh kuasa pasaran

Negara B : ditentukan oleh kerajaan pusat


Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

35.

pilihan jawapan seperti jadual di berikut.


I Implikasi daripada sesuatu pilihan adalah kos lepas.


II Kos lepas bagi firma ialah kebajikan yang mungkin diperoleh daripada projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

36.

pilihan jawapan seperti jadual di bawah.


I Mekanisme harga ialah interaksi kuasa permintaan dan kuasa Penawaran dalam pasaran.


II Mekanisme harga merupakan cara penentuan harga dalam Sistem Perancangan Pusat.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

pilihan jawapan seperti jadual di bawah.


I Kerajaan menghadapi masalah kekurangan faktor pengeluaran untuk Menghasilkan barangan dan perkhidmatan.


II Kerajaan membuat pilihan untuk memaksimumkan kebajikan Masyarakat.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

38.

pilihan jawapan seperti jadual di berikut.


I Masalah apa yang hendak dikeluarkan merujuk kepada

penggunaan mesin dari Jerman.


II Masalah bagaimana hendak dikeluarkan boleh diselesaikan melalui corak agihan pendapatan.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

39.

pilihan jawapan seperti jadual di berikut.


I Untung maksimum merupakan motif utama surirumah.


II Tujuan firma adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

40.

pilihan jawapan seperti jadual di berikut.


I Syarikat Jenas Sdn. Bhd. Akan memilih jangkaan pulangan pelaburan yang tinggi.

II Modal dianggap sebagai input yang produktif

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D