wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN T4 BAB 3 MAKSUD VMO

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan visi dan misi?

a)

A. Visi menyokong pernyataan misi

b)

B. Visi lebih umum berbanding misi

c)

C. Visi dibuat terlebih dahulu daripada misi

d)

D. Visi dibuat oleh pengurusan atasan sementara misi dibuat oleh pengurus pertengahan

2.

Apakah maksud visi?

a)

Pembentukan maklumat yang lebih khusus

b)

Pernyataan ringkas tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan

c)

Perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang

3.

Sesebuah perniagaan yang ingin ditubuhkan perlu ada Visi, Misi dan Objektif Perniagaan.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Kurang pasti

4.

Mengapakah objektif perniagaan perlu selaras dengan visi dan misi?

a)

Objektif dibentuk sebelum visi dan misi

b)

Objektif merupakan pendokong kepada pencapain visi dan misi

c)

Objektif digunakan untuk memberi penjelasan lanjut tentang visi dan misi

5.

Pilih visi yang tepat untuk sebuah perniagaan yang mengeluarkan kereta.

a)

Menjual pelbagai jenis kereta

b)

Mengeluarkan kereta yang cantik

c)

Menjadi pengeluar kereta yang terkemuka di Malaysia

6.

Penentuan VMO untuk OBU dengan OBBU adalah ...............

a)

sama

b)

berbeza

c)

tiada kaitan

7.

Masyarakat merupakan pelanggan utama kepada .............

a)

OBU

b)

OBBU

c)

pertubuhan sukarela

8.

Organisasi bermotifkan untung didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan ................

a)
b)
c)
9.

Contoh OBBU ialah.....

a)
b)
c)
10.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah contoh ....

a)

OBU

b)

OBBU

c)

persatuan sukarela

11.

Antara berikut, yang manakah merupakah organisasi swasta?

a)
b)
c)
12.

Pernyataan manakah yang benar tentang Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?

a)

OBU terdiri daripada pelbagai pertubuhan sukarela

b)

OBU menyediakan barang dan perkhidmatan percuma

c)

OBU bermatlamat memaksimakan keuntungan pemegang saham

d)

OBU didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

13.

Organisasi manakah yang merupakan contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?

a)

Majlis Belia Malaysia

b)

Koperasi Runcit Kampung Bahagia

c)

Persatuan Kadet Koreksional SMK Saujana Impian

d)

Persatuan Sukan Kampung Bahagia

14.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan konsep perancangan strategik organisasi.


  • Boleh dihbahagikan kepada matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
  • Matlamat yang ditetapkan untuk jangka pendek kurang daripada lima tahun
  • Dibentuk oleh pihak pengurusan kedua-dua Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)


Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?

a)

Visi

b)

Polisi

c)

Objektif

d)

Prosedur

15.

Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah.

Apakah ciri objektif yang baik dan dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Boleh dicapai

d)

Jangka masa

16.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi.

a)

Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan

b)

Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi

c)

Visi seharusnya dapat dicapai dalam masa kurang lima tahun

d)

Objektif harus ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi

17.

Mengapakah penetapan visi penting untuk sesebuah organisasi?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi

b)

Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi

c)

Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja

d)

Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka pendek

18.

Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa persoalan yang diajukan semasa membuat perancangan strategik.


Apakah perniagaan yang sedang dijalankan?

Siapakah pelanggan perniagaan tersebut?

Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan pada masa akan datang?


Apakah konsep perancangan strategik berkenaan?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Strategi

19.

Rajah di atas menunjukkan sektor utama organisasi perniagaan.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan X ?

a)

Public Bank Berhad

b)

ABC Sendirian Berhad

c)

Syarikat Juara Berhad

d)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

20.

Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Kedai Runcit Rahman

b)

Syarikat Pertama Berhad

c)

Majlis Kanser Negara

d)

Persatuan Aman-Palestin Malaysia

21.

Di manakah sebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan?

a)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

c)

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

d)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

22.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang objektif?

a)

Menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

b)

Menjadi garis panduan dalam pengurusan perniagaan

c)

Matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Tujuan atau matlamat utama perniagaan itu dibentuk oleh peniaga

23.

Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan maksud visi?

a)

Ia merupakan sebab perniagaan ditubuhkan

b)

Matlamat organisasi untuk jangka masa pendek

c)

Apa yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang

d)

Dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

24.

Maklumat di atas merupakan pernyataan visi sebuah organisasi perniagaan.

Visi ini sangat penting kepada organisasi perniagaan tersebut.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar tentang visi di atas.

a)

Kerajaan memerlukan visi untuk tujuan pengutipan hasil cukai

b)

Pekerja-pekerja memerlukan visi untuk menyokong usaha mereka

c)

Pengurus menjadikan visi sebagai panduan untuk membuat keputusan

d)

Pemilik memerlukan visi untuk memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan

25.

Maklumat di atas merupakan pernyataan visi sebuah organisasi perniagaan.

Visi ini sangat penting kepada organisasi perniagaan tersebut.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar tentang visi di atas.

a)

Kerajaan memerlukan visi untuk tujuan pengutipan hasil cukai

b)

Pekerja-pekerja memerlukan visi untuk menyokong usaha mereka

c)

Pengurus menjadikan visi sebagai panduan untuk membuat keputusan

d)

Pemilik memerlukan visi untuk memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan