Font size
WorksheetsKuiz PK Tahun 4 (Terseliuh)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud TERSELIUH?
Keadaan regangan pada otot yang melebihi had pergerakan
Keadaan regangan pada sendi yang melebihi had pergerakan sendi tersebut
Keadaan regangan pada tulang yang melebihi had pergerakan
Kecederaan terseliuh boleh berlaku pada ___________ setiap anggota tubuh badan.
tulang
otot
sendi
lemak
Pilih pernyataan PUNCA kecederaan terseliuh.
Terpijak permukaan yang tidak rata.
Duduk sambil menonton televisyen di kerusi.
Mendarat dengan teknik yang tidak betul, contohnya ketika melompat.
Tergelincir akibat lantai licin atau berpasir.
Apakah GEJALA kecederaan terseliuh?
Bengkak di kawasan jari-jemari.
Berdarah di kawasan yang terluka.
Patah dan tidak boleh melakukan pergerakan.
Bengkak, dan berasa sakit dan lenguh.
Apakah warna kawasan anggota yang cedera akibat terseliuh?
Hijau
Oren
Ungu
Coklat
Berapa harikah tempoh masa untuk sembuh bagi kecederaan terseliuh?
1 - 2 hari
5 - 7 hari
8 hari
Tiada kesembuhan
Nyatakan 2 CARA RAWATAN bagi kecederaan terseliuh.
Tuam menggunakan air sungai yang sejuk.
Tuam sejuk menggunakan ais selama lebih kurang 10 minit setiap dua jam, selama dua hari.
Letakkan minyak panas di kawasan tercedera.
Tuam panas dan sejuk selang seli selama lebih kurang 10 minit, tiga kali sehari selepas tiga hari kecederaan.
Apakah perkara yang perlu DIELAKKAN supaya kecederaan terseliuh tidak berlarutan?
Menyapu minyak urut atau losyen panas.
Menggunakan pek panas.
Tuam dengan ais di kawasan yang tercedera.
Bergerak secara aktif.
Pilih pernyataan CARA BANTU MULA yang betul bagi kecederaan terseliuh.
Bawa pesakit berjumpa dengan bomoh.
Tuam sejuk selama lebih kurang 10 minit selang dua jam
Balut kawasan yang tercedera dengan kain balutan yang
bersih, bertujuan untuk mengenakan tekanan pada anggota yang tercedera
Tinggikan anggota yang tercedera melebihi aras jantung
Sekirannya rakan anda menghadapi situasi kecederaan terseliuh di sekolah, apa tindakan pertama yang akan anda bantu?
Menyentuh kawasan terseliuh dengan kuat.
Memujuk rakan supaya bersabar dan jangan terus menangis.
Membiarkan rakan berjalan terus ke bilik rawatan pesakit di sekolah.
Melaporkan segera kepada guru yang berdekatan dengan situasi tersebut.
