NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Azreen mengambil kain basah itu ........ mengelap tingkap.
kerana
sambil
lalu
tatkala
Ah Chong makan tiga ....... roti kerana dia terlalu lapar.
helai
batang
buah
keping
Antonin perkataan longgar ialah .......
ketat
kecil
besar
lebar
John meluahkan ......... kepada bapanya untuk membeli sebuah basikal.
besar hati
ada hati
bulat hati
isi hati
Program Gotong-royong Taman Sentosa akan diadakan pada hari Sabtu ini.
Pilihkan ayat tanya yang sesuai.
Siapakah mengadakan Program Gotong-royong Taman Sentosa?
Berapakah Program Gotong-royong Taman Sentosa akan diadakan?
Bilakah Program Gotong-royong Taman Sentosa akan diadakan?
Bagaimanakah Program Gotong-royong Taman Sentosa akan diadakan?
Ibu sedang berbual-bual dengan jiran yang baru berpindah ke kawasan perumahan kami.
Sinonim perkataan berbual-bual ialah .....
berkumpul
berwaspada
bermain
bersembang
Cikgu Leong guru kelas saya. ........ seorang guru yang prihatin.
Dia
Beliau
Kalian
Aku
"......... perlu berada di padang sebelum pukul 8 pagi esok, kata Cikgu Sharifah kepada murid-murid.
Kami
Kamu
Kalian
Mereka
Ibu membeli se.............. pisang di pasar.
sikat
papan
deret
buah
Menjaga kebersihan sekolah ialah .......... bersama.
kerjasama
tanggungjawab
sukarela
.......... jalan raya perlu sentiasa diutamakan.
Selamat
Penyelamat
Keselamatan
Menyelamat
Azura dipilih oleh Cikgu Siva untuk menyertai pertandingan bernyanyi kerana suaranya yang sangat ........
nipis
merdu
laju
pantas
Penduduk Kampung Aman berkerjasama untuk membersihkan kawasan perumahan mereka.
Pilih peribahasa yang sesuai.
Bagai isi dengan kuku.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Melentur buluh biar dari rebungnya.
Pn Suriati menyimpan ........... pisau ke dalam laci.
sepasang
sebatang
sebuah
sebilah
Meng Hock membeli .............. majalah di kedai buku.
sekeping
sehelai
senaskhah
sebilah
......... datang ke rumah saya hari Ahad ini kerana ada majlis hari terbuka Hari Raya Aidilfitri.
Minta
Jemput
Sila
Tolong
Ali dan Muthu ialah kawan baik sejak tahun satu. Mereka bagai ....
aur dengan tebing
isi dengan kuku
kacang lupakan kulit
menunggu bulan jatuh ke riba
Hidangan makan malam telah disiapkan dalam setengah jam kerana ibu memasak seperti .....
lipas kudung
ambil berat
ringan tulang
baik hati
Cikgu Khoo sangat.......... terhadap pelajaran murid-muridnya.
ada hati
anak sulung
ambil berat
lipas kudung
Encik Sim seorang yang ........ kerana sentiasa menghulurkan derma kepada rumah anak yatim.
ada hati
baik hati
ringan tulang
lipas kudung
