wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 2 - BAHAGIAN A (KERTAS 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Klinik Doktor Mikhael banyak ____________ oleh pesakit kerana jururawatnya peramah dan bersikap mesra pelanggan.

a)

A. dilawati

b)

B. diterokai

c)

C. diziarahi

d)

D. dikunjungi

2.

Harga barang tiruan lebih murah kerana ___________ tidak perlu membiayai kos mempromosikan barangan tersebut.

a)

A. pengeluar

b)

B. pengguna

c)

C. pembeli

d)

D. pemilik

3.

Produk kraf tangan hasil ____________ desa mampu bersaing di pasaran dunia jika para pengusaha tempatan berusaha meningkatkan kualiti produk mereka.

a)

A. penduduk

b)

B. penghuni

c)

C. rakyat

d)

D. warga

4.

Para penonton berpendapat ______________ stesen televisyen swasta terlalu kerap memaparkan iklan sehingga menimbulkan perasaan bosan.

a)

A. yang

b)

B. iaitu

c)

C. ianya

d)

D. bahawa

5.

Pilih jawapan yang betul.

a)

A . ditubuhkan

b)

B. sambutan

c)

C. komuniti

d)

D. Tiada kesalahan

6.

Pilih jawapan yang betul.

a)

A. air mata

b)

B. kematian

c)

C. jalan raya

d)

D. Tiada kesalahan

7.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan huruf condong dengan betul.


I - Mata saya menjadi segar setelah minum secawan kopi panas di perhentian rehat dan rawat.

II - Walaupun telah separuh abad, peristiwa saya tergelincir di bendang masih segar dalam ingatan.

III - Setelah menggunakan ubat gigi yang dicadangkan, nafas pemuda itu berbau segar.

IV - Tanaman yang diusahakan oleh Persatuan Penduduk Desa Aman semuanya segar.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. II dan III sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II, III dan IV sahaja

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan huruf condong dengan betul.


I - Saya berasa tidak sedap hati meninggalkan dia seorang diri di perhentian bas.

II - Masakan arwah nenek saya sangat sedap dan tiada sesiapapun yang mampu menandinginya.

III - Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyebabkan mata saya berasa sedap untuk tidur.

IV - Juruacara yang bertugas semasa majlis makan malam itu sangat sedap didengar.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. II dan III sahaja

c)

C. III dan IV sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

9.

Gambar permandangan Pulau Perhentian yang tergantung pada dinding rumah Alia dilukis oleh pelukis terkenal.

a)

A. dilakar oleh pelukis terkenal

b)

B. dilukis oleh pelukis terhebat

c)

C. dilakar oleh pelukis yang ternama

d)

D. dilukis oleh pelukis terkenal

10.

Para murid diberi pelepasan menggunakan komputer di Makmal Komputer oleh pihak sekolah pada waktu petang.

a)

A. dibenarkan menggunakan kemudahan komputer

b)

B. diluluskan untuk menggunakan kemudahan komputer

c)

C. diberi kelonggaran untuk menggunakan komputer

d)

D. diberi pelepasan menggunakan komputer

11.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Dengan tergesa-gesa pemuda itu meluru ke dalam bilik setelah mendengar bunyi letupan.

II - Dengan bapa saudaranya remaja belasan tahun itu merantau ke selatan tanah air.

III - Sampai manakah Ahmad Ridzwan boleh memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Alam Sekitar?

IV - Mahasiswa universiti itu membaca buku pada perpustakaan bersama dengan teman-teman baiknya.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. II dan III sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II dan IV sahaja

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Cikgu Norhaliza menerangkan bahawa murid itu sakit gara-gara memain hujan pada petang semalam.


II - Tetamu yang baru datang dari jauh itu membawa buah tangan.

III Mereka menunggu hujan reda sejak tengah hari tadi di bilik yang telah dibersihkan.

IV - Kaunselor sekolah memuji murid-murid yang berjaya dalam pertandingan syarahan itu.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

13.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Encik Haikal sedang berbincang dengan isterinya tentang pengurusan kewangan agar keluarga mereka tidak menghadapi masalah di kemudian hari.


Peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas ialah

a)

A. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

b)

B. harapkan pagar, pagar makan padi.

c)

C. sudah jatuh ditimpa tangga.

d)

D. menanam tebu di tepi bibir.

14.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Encik Tan dan isterinya mahu perkahwinan anaknya dibuat mengikut adat istiadat perkahwinan Baba dan Nyonya. Bagi mereka ____________________________________.

a)

A. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

b)

B. biar putih tulang, jangan putih mata

c)

C. biar mati anak, jangan mati adat.

d)

D. alang-alang mandi biar basah

15.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


"Kamu perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan kamu itu sebagai persediaan untuk menghadapi kecemasan," kata Fuad kepada rakan karibnya.


Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa . . .

a)

A. sediakan payung sebelum hujan.

b)

B bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

c)

C. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

d)

D. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

16.

Susun semula perkataan atau frasa dibawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis.


seni / Melayu / budaya / cabang / Seni tulisan Jawi / .


Pola Ayat : FN + FK

(a)  

17.

Susun semula perkataan atau frasa dibawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis.


anyaman / buluh / daripada / itu / rumah tradisional / Dinding / .


Pola Ayat : FN + FK

(a)  

18.

Susun semula perkataan atau frasa dibawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis.


demonstrasi / permainan tradisional / Kerajaan / sekolah / mempopularkan / perlu / mengadakan / bagi / di / .


Pola Ayat : FN + FK

(a)  

19.

Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.


untuk orang yang paling disayang cenderahati istimewa dari Istanbul ini

(a)  

20.

Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.


soalan nombor sembilan itu tadi siapa yang menjawabnya?

(a)