WorksheetsKATA ADJEKTIF TINGKATAN 2
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
1. Fikiran Haziq ___________ memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah keluarganya.
keliru
runsing
curiga
bosan
2. Ombak yang bergelora dan angin yang bertiup ________ menyebabkan para nelayan tidak berani turun ke laut.
laju
deras
pantas
kencang
3. ___________ sungguh bunyi salakan anjing-anjing liar pada malam yang sunyi itu.
kuat
riuh
bising
nyaring
4. Hang Tuah dan Hang Jebat menunjukkan gerak langkah yang sangat _________ dalam pertarungan itu.
kukuh
cepat
tangkas
kukuh
ARAHAN BAGI SOALAN 5,6,7
Ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang sesuai.
5. Dia berasa lemah ( A ) ketika memakai baju dan kot yang
tebal ( B ) kerana cuaca pada hari ini agak panas ( C ) sementara alat pendingin hawa tidak berfungsi dengan sempurnanya. Tiada kesalahan (D)
A- lemah
B- tebal
C- panas
D- tiada kesalahan.
6. Sampah sarap yang kerap (A) dibuang ke dalam longkang itu menyebabkan aliran airnya tersekat, menjadi keruh (B), dan berbau busuk (C).
Tiada kesalahan (D)
A- kerap
B- keruh
C- busuk
D- tiada kesalahan
7. "Saya berasa kecewa (A) akan sika anak-anak Mak Munah yang sanggup membiarkan wanita yang sudah tua (B) dan uzur (C) itu tinggal bersendirian di rumah," kata Sofea kepada Aisyah.
Tiada kesalahan (D).
A- kecewa
B- tua
C-uzur
D- tiada kesalahan.
8. Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat ___________ selepas hari hujan.
laju
rata
licin
lekuk
9. Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________meleleh di kakinya.
cair
merah
putih
pekat
10. Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu ___________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
sedih
hairan
terkejut
gembira
