wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 9 : SISTEM PEMERINTAHAN : PENGAJIAN AM SEM 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan setelah

a)

diluluskan oleh Kabinet

b)

diluluskan oleh Parlimen

c)

diwartakan sebagai Warta Kerajaan

d)

ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara

2.

Diperingkat manakah sesuatu pindaan boleh dibuat kepada Rang Undang-undang?

a)

Bacaan kali pertama

b)

Bacaan kali kedua

c)

Peringkat jawatankuasa

d)

Bacaan kali ketiga

3.

#Kelulusan ahli dewan

#Bacaan lengkap


Penyataan di atas merujuk kepada rang undang-undang yang akan dibentangkan pada

a)

Bacaan Pertama

b)

Bacaan Kedua

c)

Bacaan Ketiga

d)

Peringkat Jawatankuasa

4.

Proses yang manakah menunjukkan kajian jawatankuasa secara terperinci akan dilakukan

a)

Jabatan Peguam Negara

b)

Kabinet

c)

Bacaan kedua

d)

Peringkat Jawatankuasa

5.

Yang manakah benar tentang tahap Bacaan Pertama dalam prosedur penggubalan undang-undang?


I Rang undang-undang itu tidak perlu dibahaskan

II Menteri yang berkenaan hanya menyebut tajuk rang undang-undang tersebut

III Undi perlu dijalankan pada tahap ini

IV Rang undang-undang perlu diserah kepada jawatankuasa khas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Yang manakah tidak benar tentang prosedur perundangan di DUN?

a)

Rang undang-undang DUN diluluskan oleh Dewan Sekamar

b)

Semua rang undang-undang DUN diperkenankan oleh Sultan atau Yang diPertua Negeri

c)

Semua rang undang-undang DUN tidak perlu diwartakan sebelum dikuatkuasa

d)

Semua rang undang-undang DUN tidak perlu diperkenankan oleh YDPA

7.

Yang manakah benar mengenai rang undang-undang DUN?

I Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Sekamar

II Rang undang-undang itu tidak perlu melalui tiga tahap bacaan

III Rang undang-undang itu boleh dikuatkuasakan sebelum diwartakan

IV Rang undang-undang itu adalah dokumen usul yang dikemukakan kepada DUN untuk diluluskan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Yang manakah antara yang berikut benar tentang proses penggubalan undang-undang?


I Pejabat Peguam Negara menyediakan rang undang-undang untuk Kabinet

II Rang undang-undang Ahli Persendirian hendaklsah terlebih dahulu dipersetujui oleh Kabinet

III Kabinet boleh membuat pindaan kepada rang undang-undang yang dicadangkan oleh mana-mana Kementerian

IV Menteri berkenaan hendaklah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum membentangkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Rang undang-undang akan dibahaskan secara menyeluruh

Menteri berkenaan bertanggungjawab untuk memberikan jawapan secara lisan atau bertulis terhadap segala pertanyaan


Proses penggubalan undang-undang di Parlimen berikut merujuk kepada peringkat

a)

Bacaan Pertama

b)

Bacaan Kedua

c)

Bacaan Ketiga

d)

Peringkat Jawatankuasa

10.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang peringkat bacaan pertama dalam proses penggubalan undang-undang.


I Rang undang-undang akan dibahaskan di Dewan Rakyat sahaja

II Jawatankuasa khas Parlimen harus meneliti rang undang-undang berkenaan dahulu

III Setiausaha Parlimen harus mengedarkan rang undang-undang dalam bentuk cetakan

IV Menteri yang bertanggungjawab akan membaca tajuk utama rang undang-undang berkenaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV