Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Ulang kaji Set 2

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1 Mei Fung menangis dengan kuat apabila disengat oleh seekor____________.

a)

A lebah

b)

B lembu

c)

C burung

d)

D angsa

2.

_______________ yang lapar itu mengiau apabila ternampak tuannya sedang menyediakan makanan.

a)

A Sang Kancil

b)

B Si Gebu

c)

C Sang Rangkak

d)

D Si Jalak

3.

Bapa Aidil ialah doktor gigi. _______________ mempunyai sebuah klinik gigi di bandar.

a)

A Saya

b)

B Kamu

c)

C Beliau

d)

D Kalian

4.

“Siapakah lelaki yang berdiri di _______?” tanya nenek sambil menunjuk ke arah lelaki yang berdiri di tepi pagar.

a)

A itu

b)

B ini

c)

C situ

d)

D sini

5.

“Ampun, __________. Segala persiapan telah patik lakukan,” ujar laksamana kepada Sultan Mansur.

a)

A patik

b)

B tuanku

c)

C beta

d)

D sini

6.

“Jangan panjat pokok kelapa yang ___________ itu,” nasihat nenek kepada cucunya.

a)

A rendah

b)

B panjang

c)

C besar

d)

D tinggi

7.

Siti tidak suka senyum kerana giginya tumbuh dengan ____________ dan tidak kemas.

a)

A rapat

b)

B jauh

c)

C dekat

d)

D jarang

8.

Ming Jun ______________ di taman rekreasi berhampiran rumahnya.

a)

A ambil angin

b)

B ambil berat

c)

C ambil masa

d)

D ambil hati

9.

Dinesh ____________ cermin tingkap dengan sehelai kain basah.

a)

A menyusun

b)

B memasang

c)

C memadam

d)

D mengelap

10.

Murid-murid dilarang berlari sewaktu ___________ tangga.

a)

A menuruni

b)

B memegang

c)

C memanjat

d)

D mendaki

11.

Ai Ling memulakan ucapan dengan se____________ pantun.

a)

A baris

b)

B rangkap

c)

C buah

d)

D bidang

12.

Kakak Wen Wen memandu kereta dengan agak ____________ kerana jalan yang dilaluinya bengkang-bengkok.

a)

A deras

b)

B gopoh

c)

C perlahan

d)

D pantas

13.

Nora sentiasa berwaspada semasa melakukan sesuatu aktiviti kerana dia amat mementingkan keselamatan dirinya.

Pilih perkataan sinonim bagi berwaspada.

a)

A berhati-hati

b)

B bermain-main

c)

C bersuka-suka

d)

D berlambat-lambat

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Tahniah, Adam! Kamu telah berjaya mengharumkan nama sekolah,”kata Cikgu Tan.

a)

A Cikgu Tan dan Adam dipuji kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

b)

B Cikgu Tan memuji Adam kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

c)

C Adam memuji Cikgu Tan kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

d)

D Nama sekolah dipuji oleh Cikgu Tan kerana berjaya diharumkan oleh Adam.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

A Semua penduduk-penduduk sedang bergotong-royong.

b)

B Meja itu diperbuat daripada kayu jati.

c)

C Marina membeli sebiji kereta yang berwarna putih.

d)

D Ali berjalan dengan deras kerana sudah terlambat.

16.

Pilih ayat yang betul

a)

I Ali menyertai persembahan teater di sekolahnya.

b)

II Pertandingan mewarna akan bermula di pukul 8:00 pagi.

c)

III Mei Mei dan Najwa berkawan baik semenjak kecil.

d)

IV Cikgu Lim membaca murid-murid cerita binatang.