wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 4 - Tumbuhan

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Kenal pasti jenis rangsangan yang menyebabkan gerak balas pada gambar ini.

a)

cahaya

b)

sentuhan

c)

graviti

d)

air

2.

Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah tidak akan bergerak balas terhadap cahaya?

a)

Pucuk

b)

Daun

c)

Akar

d)

Bunga

3.

Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan yang diletakkan di tepi tingkap di dalam sebuah bilik yang kelam.

Apakah yang perlu dilakukan kepada tumbuhan itu supaya ia tumbuh tegak?

a)

Menambahkan kuantiti baja

b)

Menyiram air dengan kuantiti yang lebih

c)

Letak di tempat terbuka di luar bilik itu

d)

Alih ke tempat yang lebih jauh daripada tingkap

4.

Bahagian tumbuhan manakah yang bergerak balas terhadap air?

a)

Akar

b)

Pucuk

c)

Batang

d)

Daun

5.

Akar akan bergerak balas terhadap ...

a)

cahaya

b)

graviti

c)

air

d)

sentuhan

6.

Gambar menunjukkan satu pemerhatian yang dibuat pada sebatang anak pokok yang ditutup dengan kotak hitam yang berlubang selama satu minggu.

Apakah kesimpulan yang ingin dibuktikan?

a)

Pucuk bergerak ke arah lubang

b)

Pucuk bergerak balas terhadap udara

c)

Pucuk bergerak balas terhadap air

d)

Pucuk bergerak balas terhadap cahaya

7.

Apakah rangsangan yang menyebabkan daun semalu menguncup?

a)

Graviti

b)

Cahaya

c)

Sentuhan

d)

Air

8.

Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan gambar ini?

a)

Tumbuhan hidup subur

b)

Akar bergerak ke arah air

c)

Akar bergerak balas terhadap air

d)

Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

9.

Graviti adalah salah satu jenis rangsangan pada tumbuhan.

Graviti ialah daya yang menarik objek ke arah Bumi.

Penyataan di atas betul atau salah.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Nyatakan inferens yang dapat dibuat berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

a)

kerana akar bergerak balas terhadap graviti

b)

kerana akar bergerak balas terhadap air

c)

kerana akar bergerak balas terhadap cahaya

d)

kerana akar bergerak balas terhadap sentuhan

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses fotosintesis?

a)

Proses tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap air

b)

Proses membuat klorofil oleh tumbuhan hijau

c)

Proses menyingkirkan karbon dioksida oleh tumbuhan hijau

d)

Proses tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri

12.

Gambar menunjukkan satu proses hidup tumbuhan.

Apakah nama proses ini?

a)

Respirasi

b)

Kondensasi

c)

Fotosintesis

d)

Penyejatan

13.

Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan. Apakah bahan yang berwarna hijau pada tumbuhan tersebut?

a)

Kanji

b)

Glukosa

c)

Klorofil

d)

Gula

14.

Gambar menunjukkan haiwan dan manusia membebaskan karbon dioksida sepanjang masa.

Antara proses berikut, yang manakah dapat mengurangkan jumlah karbon dioksida di atmosfera?

a)

Pernafasan

b)

Tumbesaran

c)

Fotosintesis

d)

Gerakbalas terhadap rangsangan

15.

Gambar menunjukkan penyiasatan tentang proses fotosintesis. Pokok M dan N telah dibekalkan dengan air yang sama banyak dan diletakkan di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari.

Apakah keperluan proses fotosintesis dalam penyiasatan ini?

a)

Cahaya matahari

b)

Klorofil

c)

Karbon dioksida

d)

Air

16.

Antara berikut yang manakah bukan keperluan proses fotosintesis?

a)

Cahaya matahari

b)

Klorofil

c)

Karbon dioksida

d)

Oksigen

17.

Antara berikut yang manakah hasil fotosintesis?

a)

Klorofil

b)

Oksigen

c)

Karbon dioksida

d)

Air

18.

Antara berikut yang manakah bukan kepentingan fotosintesis kepada hidupan?

a)

Untuk membekalkan karbon dioksida

b)

Untuk membekalkan oksigen

c)

Untuk membekalkan sumber makanan

d)

Untuk mengekalkan keseimbangan udara di alam ini

19.

Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan mendapatkan keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.

Pernyataan di atas benar atau salah.

a)

Benar

b)

Salah

20.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pergerakan tumbuhan?

a)

Pucuk tumbuhan sentiasa bergerak ke arah graviti

b)

Tumbuhan tidak perlu bergerak kerana tidak memerlukan makanan untuk hidup.

c)

Tumbuhan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari garam mineral.

d)

Tumbuhan tidak perlu bergerak kerana boleh membuat makanan sendiri

21.

Apakah gerak balas yang berlaku ke atas badan kita apabila menghadapi situasi rangsangan persekitaran yang sejuk ?

a)

Menutup telinga

b)

Hidung menjadi tersumbat

c)

Badan menggigil

d)

Menutup mata dengan segera

22.

Bahagian X pada tumbuhan bergerak balas terhadap tarikan graviti. Antara berikut yang manakah ialah X?

a)

Akar

b)

Daun

c)

Pucuk

d)

Batang

23.

Apakah yang akan berlaku jika daun-daun pokok itu disentuh dengan jari?

a)

Daun-daun pokok ini akan gugur

b)

Daun-daun pokok ini akan menjadi kering

c)

Daun-daun pokok ini akan menguncup

d)

Daun-daun pokok ini akan mengeluarkan bau busuk

24.

Apakah nama pigmen hijau pada daun tumbuhan yang diperlukan untuk proses fotosintesis?

a)

Osmosis

b)

Georofil

c)

Klorofil

d)

Brosifil

25.

Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah bergerak balas terhadap cahaya matahari?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

26.

Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?

a)

Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.

b)

Tumbuhan tidak mempunyai kaki.

c)

Tumbuhan tidak membiak.

d)

Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.

27.

Tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan. Pilih rangsangan yang betul.

a)

air, cahaya

b)

air, cahaya, graviti

c)

air

d)

air, cahaya, graviti, sentuhan

28.

Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah__________

a)

Akar, batang, daun

b)

Akar, daun, buah

c)

Akar, bunga, pucuk

d)

Akar, pucuk, daun

29.

Perhatikan akar tumbuhan.

Jawab soalan berikut.

Akar bergerak balas terhadap_________ dan _________.

a)

cahaya dan air

b)

air dan graviti

c)

air dan tanah

d)

air dan sentuhan

30.

Daun bergerak balas terhadap rangsangan sentuhan. Berikan contoh daun tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan sentuhan.

a)

daun semalu dan daun perangkap lalat Venus

b)

daun kelapa dan daun pisang

c)

daun bunga raya dan daun bunga ros

d)

daun kunyit dan daun kari

31.

Nyatakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas terhadap cahaya.

a)

batang

b)

akar

c)

daun

d)

pucuk

32.

Perhatikan gambar tumbuhan.


Tumbuhan ini bergerak balas terhadap rangsangan sentuhan. Namakan tumbuhan tersebut.

a)

Semambu

b)

Kemuncup

c)

Semalu

d)

Lalang

33.

Perhatikan gambar tumbuhan.


Pokok perangkap lalat itu bergerak balas terhadap rangsangan______________.

a)

graviti

b)

sentuhan

c)

air

d)

cahaya

34.

Apakah maksud fotosintesis?

a)

Proses tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri

b)

Proses tumbuh-tumbuhan makan makanannya

c)

Proses tumbuh-tumbuhan bernafas

d)

Proses tumbuh-tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan

35.

Tumbuhan ini diletakkan di dalam kotak hitam yang di lubangkan di sebelah atas kanan. Selepas 5 hari keadaan tumbuhan itu adalah seperti di dalam gambar.


Apakah kesimpulan yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

a)

Akar bergerak balas terhadap air dan graviti

b)

Pucuk bergerak balas terhadap lubang

c)

Daun bergerak balas terhadap sentuhan

d)

Pucuk bergerak balas terhadap cahaya

36.

Apakah yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk menjalankan proses fotosistesis?

a)

Cahaya Matahari, Karbon Dioksida

b)

Oksigen, Glukosa

c)

Cahaya Matahari, Karbon Dioksida, Air, Klorofil

d)

Karbon Dioksida, Oksigen

37.

Semasa proses fotosintesis, klorofil menyerap cahaya matahari lalu menukarkan air dan karbon dioksida kepada ___________ dan _____________.

a)

glukosa(kanji) dan oksigen

b)

air dan oksigen

c)

karbon dioksida dan klorofil

d)

air dan karbon dioksida

38.

Apakah kepentingan proses fotosintesis kepada manusia dan haiwan?

a)

Sumber makanan dan bekalkan gas karbon dioksida

b)

Bekalkan oksigen

c)

Sumber makanan dan gas bekalkan oksigen

d)

Sumber makanan

39.

Tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan. Antara berikut yang manakah merupakan sebabnya?

a)

Tumbuhan tidak mempunyai nyawa.

b)

Tumbuhan tidak mempunyai kaki.

c)

Tumbuhan tidak membiak.

d)

Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.

40.

Gambar menunjukkan sejenis tumbuhan yang diletakkan di tepi tingkap di dalam sebuah bilik yang kelam.

Apakah yang perlu dilakukan kepada tumbuhan itu supaya ia tumbuh tegak?

a)

Menambahkan kuantiti baja

b)

Menyiram air dengan kuantiti yang lebih

c)

Letak di tempat terbuka di luar bilik itu

d)

Alih ke tempat yang lebih jauh daripada tingkap

41.

Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan gambar ini?

a)

Tumbuhan hidup subur

b)

Akar bergerak ke arah air

c)

Akar bergerak balas terhadap air

d)

Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

42.

Berikut merupakan gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan KECUALI..

a)

Cahaya

b)

Oksigen

c)

Air

d)

Graviti

43.

Fototropisme merupakan gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan...........................

a)

Air

b)

Graviti

c)

Cahaya

d)

Udara

44.

Kenapa pentingnya tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan cahaya?

a)

Untuk bertumbuh besar

b)

Untuk bernafas

c)

Untuk membiak

d)

Untuk menjalankan proses fotosintesis

45.

Apakah yang akan berlaku jika tumbuhan tidak bergerak balas terhadap rangsangan?

a)

Tumbuhan akan tumbuh subur

b)

Tumbuhan akan layu dan mati

c)

Tumbuhan tidak berubah

d)

Tumbuhan akan membiak

46.

Manakah antara berikut di pasangkan dengan betul?

a)

Pucuk bergerak balas dengan cahaya

b)

Daun bergerak balas dengan sentuhan

c)

Akar bergerak balas dengan air

d)

Akar bergerak balas dengan graviti

47.

Tumbuhan membekalkan sumber makanan serta oksigen kepada manusia dan haiwan.

a)

Betul

b)

Salah

48.

Gas karbon dioksida adalah hasil buangan yang dikeluarkan oleh......

a)

Manusia

b)

Haiwan

c)

Tumbuhan

d)

Kenderaan

49.

Karbon dioksida dari udara disedut oleh tumbuhan melalui .....................................

a)

liang stoma di bawah permukaan daun

b)

liang yang terdapat pada batang pokok

c)

liang-liang pada daun pokok

50.

Wap air adalah salah satu hasil fotosintesis.

a)

Betul

b)

Salah