NEW
Font size
WorksheetsSEARCH DAN SORT
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Teknik ini akan mencari dan meletakkan item-item daripada suatu senarai ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu sebelum item-item dalam setiap kumpulan tersebut disusun
Linear search
Binary search
Binary search
Bucket sort
Teliti maklumat berikut.
• Senarai mengandungi item yang banyak.
• Item-item dalam senarai telah diisih.
Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mencari suatu item dalam senarai tersebut?
Linear search
Binary search
Bubble sort
Bucket sort
Teliti segmen carta alir di bawah.
Apakah teknik yang menggunakan jenis gelung di atas?
Linear search
Binary search
Bubble sort
Bucket sort
Hanisah diberikan satu senarai nombor [10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24]. Nombor-nombor yang manakah menjadi nilai tengah semasa proses binary search bagi nombor 22?
19, 20, 21
21, 22, 23
17, 21, 23
17, 14, 21
Juliana telah membangunkan satu aplikasi search berdasarkan empat angka akhir nombor kad pengenalan. Antara berikut, yang manakah aplikasi yang mungkin telah dibangunkan oleh Juliana?
I Aplikasi mencari judul buku dalam perpustakaan.
II Aplikasi mencari biodata murid dalam pangkalan data.
III Aplikasi mencari markah peperiksaan murid.
IV Aplikasi mencari inventori barangan di dalam kelas
I dan II
II dan III
III dan IV
I, II dan III
Antara berikut, aktiviti yang manakah menggunakan teknik search dan sort?
I Seorang suri rumah mengasingkan pakaian mengikut warna sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
II Seorang guru merekod gred markah ujian murid.
III Seorang wanita membeli ikan di pasar.
IV Seorang posmen mengasingkan surat di pejabat pos sebelum diposkan kepada penerima
I dan II
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
Dalam industri penternakan, telurtelur ayam akan diproses mengikut gred atau saiz. Aktiviti ini menggambarkan ............
linear search
binary search
bubble sort
bucket sort
Cikgu Khor mempunyai satu senarai yang mengandungi markah ujian Asas Sains Komputer bagi 250 orang murid Tingkatan 3. Senarai markah tersebut tidak diisih. Cikgu Khor ingin mencari markah yang terendah dan tertinggi dalam senarai tersebut. Apakah teknik sort dan search yang akan digunakan oleh Cikgu Khor dalam menyelesaikan masalah ini?
Bucket sort dan binary search
Bubble sort dan linear search
Bucket sort dan linear search
Bubble sort dan binary search
Jika anda mempunyai sejumlah besar data untuk mencari melalui algoritma yang terbaik adalah dengan menggunakan
Linear search
Binary search
Dalam bidang pengkomputeran, apakah yang dimaksudkan dengan search?
Mencari benda hilang
Mencari item dalam senarai
Mencari dan mengisih item dalam senarai
Mencari suatu item dalam senarai yang diisih
Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri sort?
Mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik sahaja
Mengisih item-item dalam senarai urutan menaik dan menurun
Mengisih item-item dalam senarai yang panjang sahaja
Mengisi dan mencari item dalam senarai
Teknik isihan yang menyemak dua item bersebelahan ialah
bubble sort
bucket sort
binary search
linear search
Teknik ini mencari dan menyemak item di tengah senarai. Jika item di tengah senarai bukan item yang dikehendaki, item-item di sebelah kiri atau kanan akan diabaikan mengikut syarat yang ditetapkan
Linear search
Binary search
Bubble sort
Bucket sort
Antara berikut, yang manakah bukan ciri bucket sort?
Meletakkan item-item ke dalam beberapa kategori secara sementara
Mengisih item-item dalam setiap kategori sebelum memasukkan semula item-item ke dalam senarai
Membandingkan dua item bersebelahan
Sesuai untuk digunakan pada senarai yang mempunyai item yang banyak
