wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI T1 : PENDUDUK DI MALAYSIA

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Taburan penduduk merujuk kepada ..........................

a)

sebaran penduduk di sesuatu kawasan

b)

kepadatan penduduk di sesuatu kawasan

c)

kadar pencapaian ekonomi di sesuatu kawasan

d)

kadar kelahiran dan kematian penduduk di sesuatu kawasan

2.

Pilih dua jenis taburan penduduk yang terdapat di Malaysia

a)

padat

b)

berkelompok

c)

jarang

d)

tidak terancang

3.

Apakah pola taburan penduduk di Malaysia?

a)

Stabil

b)

Sekata

c)

Berjajar

d)

Tidak sekata

4.

Pilih dua ciri-ciri kawasan berpenduduk padat?

a)

Kemudahan asas lengkap

b)

Tanah pamah beralun-alun

c)

Terletak di kawasan pedalaman

d)

Kepadatan penduduk melebihi 200 orang bagi setiap kilometer persegi

5.

* Tumpat (Kelantan)

* Dungun (Terengganu)

* Felda Tunku (Sabah)


Apakah persamaan bagi ketiga-tiga kawasan yang berikut?

a)

Kawasan bandar

b)

Berpenduduk sederhana

c)

Terletak di kawasan tanah tinggi

d)

Kawasan pedalaman berpenduduk jarang

6.

Pilih dua kawasan yang berpenduduk jarang?

a)

Dungun

b)

Putrajaya

c)

Kuala tahan

d)

Tasik Banding

7.

Antara berikut manakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk dari aspek ekonomi?

a)

Pewartaan taman negara

b)

Pembukaan bandar baharu

c)

Pembukaan tanah rancangan

d)

Aktiviti perlombongan petroleum

8.

Aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan kawasan berpenduduk sederhana ialah ..........................

a)

Perikanan

b)

Pembalakan

c)

Perdagangan

d)

Perindustrian

9.

* Kapit, Sarawak

* Tasik Bera, Pahang


Apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk jarang di kedua-kedua lokasi berikut?

a)

Peluang pekerjaan yang banyak

b)

Darjah ketersampaian yang sangat rendah

c)

Menjalankan kegiatan perikanan

d)

Kemudahan infrastruktur yang lengkap

10.

Pilih dua cara untuk memastikan kawasan pedalaman menerima kemajuan seiring dengan kawasan bandar bagi mengatasi masalah kemiskinan

a)

Memindahkan semua penduduk ke kawasan lain

b)

Mewartakan kawasan pedalaman sebagai hutan simpan

c)

Membangunkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut

d)

Membuka tanah rancangan bagi membangunkan sektor ekonomi tertentu