Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PM_KUIZ ULANGKAJI UNIT 17:RASUAH MUSUH NEGARA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih yang manakah antara berikut, merupakan jabatan yang bertanggungjawab menjalankan siasatan tentang rasuah.

a)
b)
c)
d)
2.

Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?

a)

Sesuatu pemberian atau penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas yang menyalahi undang-undang.

b)

Sesuatu pemberian atau penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas yang tidak menyalahi undang-undang.

c)

Sesuatu pemberian atau penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas.

3.

Berikan contoh perbuatan rasuah.

a)

Seorang pembekal menghantar 100 buah komputer ke rumah anak yatim sebagai derma.

b)

Seorang pengarah meminta wang suapan daripada seorang kontraktor sebagai dorongan memastikan syarikat kontraktor tersebut dipilih bagi melaksanakan projek pembinaan di sebuah sekolah.

c)

Seorang pengusaha gerai menawarkan cendol percuma bagi 10 pelanggan terawal yang datang ke gerainya.

4.

Apakah akta yang menjatuhkan hukuman kepada pelaku rasuah?

a)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019

b)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

c)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2021

d)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2020

5.

Kes manakah antara yang berikut merupakan jenis menawar dan memberikan rasuah.

a)

Pekerja yang meminta komisen daripada syarikat pembekal setiap kali dia membeli alatan pejabat untuk syarikatnya.

b)

Pembekal yang menghantar 20 buah pencetak tetapi membuat tuntutan pembayaran untuk 30 buah pencetak.

c)

Pegawai kerajaan yang memberikan projek kepada syarikat milik anaknya walaupun terdapat syarikat lain yang lebih berkelayakan.

d)

Seorang peniaga memberi beras percuma kepada pelanggannya agar tidak membuat laporan kepada penguatkuasa tentang kebersihan kedainya.

6.

Berikut merupakan kesalahan melibatkan rasuah KECUALI

a)

Meminta dan menerima rasuah

b)

Menawarkan dan memberikan rasuah

c)

Mengemukakan tuntutan palsu

d)

Memberikan derma

7.

Yang manakah penyataan yang benar tentang rasuah?

a)

Rasuah juga dikenali sebagai jenayah kolar biru

b)

Rasuah tidak memberi kesan kepada imej sesebuah negara

c)

Rasuah berpunca daripada sifat tamak manusia terhadap harta dan kekayaan

d)

Rasuah hanya melibatkan penyalahgunaan wang untuk memperoleh sesuatu manfaat

8.

Nyatakan kesalahan utama bagi situasi rasuah yang berikut ...


"Mohan meminta wang suapan daripada seorang pengurus jika dia mahu syarikatnya terpilih bagi melaksanakan projek pembinaan rumah kedai."

a)

meminta dan menerima rasuah

b)

menawarkan dan memberikan rasuah

c)

menyalahgunakan kedudukan

d)

mengemukakan tuntutan palsu

9.

Nyatakan kesalahan utama bagi situasi rasuah yang berikut ...


"Ramesh mengemukakan resit palsu untuk membuat tuntutan yang melebihi jumlah pembelian sepatutnya..."

a)

menyalahgunakan kedudukan

b)

meminta dan menawarkan rasuah

c)

menawarkan dan memberikan rasuah

d)

mengemukakan tuntutan palsu

10.

Nyatakan kesalahan utama rasuah

a)

Menyalahgunakan kedudukan

b)

Meminta dan menerima rasuah

c)

Menawar dan memberikan rasuah

d)

Semua jawapan di atas

11.

Berikut merupakan kesan rasuah kepada negara kecuali...

a)

dipandang rendah oleh negara lain

b)

penurunan harga barang dan perkhidmatan

c)

pentadbiran negara akan terjejas

d)

keselamatan dan ketenteraman negara & rakyat akan terancam

12.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan rasuah kepada diri?

a)

Maruah keluarga tercemar

b)

Dikenakan hukuman penjara

c)

Harga barang dan perkhidmatan naik

d)

Menjejaskan keharmonian negara

13.

Pilih dua peranan masyarakat untuk membendung rasuah.

a)

Membuat kempen pencegahan rausah.

b)

Membuat laporan kepada SPRM.

c)

Mewujudkan Mahkamah Khas Rasuah.

d)

Tidak terlibat dengan rasuah.

14.

Semua agama melarang penganutnya untuk menerima sebarang rasuah. Petikan berikut merupakan pandangan tentang perbuatan rasuah menurut perspektif agama....


" Janganlah menerima rasuah sebab membutakan mata orang untuk mengetahui apa yang benar "

a)

Islam

b)

Kristian

c)

Sikh

d)

Buddha

15.

"Kepapaan orang-orang yang berbudi lebih jauh baiknya daripada kekayaan yang dikumpulkan dengan cara-cara keji.."


Pernyataan di atas merupakan pandangan rasuah dari agama...

a)

Buddha

b)

Sikh

c)

Kristian

d)

Hindu