wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM4 KATA GANTI NAMA

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Pilih Kata Ganti Nama Diri yang betul.


"__________ perlu menyiapkan kerja sekolah sebelum keluar bermain," kata Puan Lina kepada anaknya.

a)

kamu

b)

dia

c)

kalian

d)

kami

2.

"_______ hendaklah menyiapkan karangan ini sebelum waktu rehat," kata Cikgu Daril kepada murid-muridnya.

a)

saya

b)

kamu

c)

dia

d)

kalian

3.

"Cikgu Azman mengingatkan _______ supaya bergotong-royong membersihkan kelas, " kata Rania kepada rakan-rakannya.

a)

mereka

b)

kita

c)

kamu

d)

kalian

4.

"Tuanku, ________ sudah menyiapkan segala persiapan untuk ke Gunung Ledang esok, " kata Hang Jebat kepada Sultan Melaka.

a)

beliau

b)

patik

c)

beta

d)

saya

5.

"_________ amat kesal dengan kejadian amuk itu," titah Sultan Melaka dengan nada sedih.

a)

patik

b)

beta

c)

beliau

d)

dia

6.

Badrul dan Amin berjalan kaki ke sekolah. _______ hendak menjalani latihan bola baling.

a)

kami

b)

mereka

c)

kita

d)

kamu

7.

"Adakah Zikri tinggal berdekatan dengan rumah kamu, Adam? Mengapakah sudah dua hari ________ tidak datang ke sekolah? tanya Cikgu Siti.

a)

saya

b)

kita

c)

kamu

d)

dia

8.

________ berasa terharu atas kepercayaan penduduk di kawasan itu kerana memilihnya sebagai Pengerusi Persatuan Taman Pagoh Jaya.

a)

saya

b)

dia

c)

beliau

d)

kita

9.

"Ibu tidak membenarkan _______ menyertai perkhemahan itu," kata Shereen kepada Alia.

a)

kita

b)

saya

c)

kamu

d)

kami

10.

"__________ berjanji tidak akan bergaduh lagi," kata Syed dan Aidil kepada guru disiplin.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Mereka

d)

saya