wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Kejayaan Azizi dalam perniagaan telah __________ penduduk kampung.

a)

membuka mata

b)

mata hati

2.

Amilah tidak mahu ke majlis hari lahir Alwin kerana dia hanya __________.

a)

ajak-ajak ayam

b)

nyawa-nyawa ikan

3.

Azura telah __________ untuk merantau ke luar negara.

a)

buah mulut

b)

bulat hati

4.

__________ Zuraidi berasal dari Perlis.

a)

Orang rumah

b)

Mulut murai

5.

Semenjak tinggal di Kuala Lumpur, kakak telah bersikap __________.

a)

hilang akal

b)

hidung tinggi

6.

Budak lelaki itu telah didenda oleh gurunya kerana dia __________.

a)

panjang tangan

b)

puteri lilin

7.

Kanak-kanak itu __________ apabila ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

a)

keras kepala

b)

patah kandar

8.

Rizal telah mencurahkan __________ nya kepada Rini.

a)

isi hati

b)

hancur hati

9.

Budak yang __________ itu tidak mempunyai kawan.

a)

kepala angin

b)

buku lima

10.

Para pekerja syarikat pembinaan itu mendapat __________ kerana mendapat bonus sebanyak enam bulan gaji.

a)

gelap hati

b)

durian runtuh

11.

Zunar telah menjadi __________ menyebabkan kedua-dua orang sahabat itu bergaduh.

a)

hidung tinggi

b)

mata air

c)

batu api

12.

Penduduk Kampung Seberang Takir telah mendapat __________ kerana tanah mereka dimajukan menjadi taman perumahan.

a)

gulung tikar

b)

ganti rugi

c)

hala tuju

13.

Mak Cik Sumathi __________ apabila kali pertama tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

a)

seperti hujan jatuh ke batu

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti rusa masuk ke kampung

14.

Nasib beratus-ratus pekerja kilang itu __________ apabila pihak pengurusan mengumumkan akan menghentikan operasi.

a)

seperti telur di hujung tanduk

b)

seperti kacang melupakan kulit

c)

seperti mengajar itik berenang

15.

Syafiqah akan menjadi __________ pada minggu hadapan.

a)

setengah masak

b)

berat sebelah

c)

raja sehari