wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fonologi Semester 1

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Bidang fonologi mengkaji

a)

cara bunyi bahasa dianalisis oleh pendengar

b)

unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu bunyi

c)

penstrukturan atau pengorganisasian bunyi dalam sesuatu bahasa

d)

penentuan daerah-daerah artikulasi dalam penyebutan sesuatu bunyi

2.

Secara khusus perkara yang berikut termasuk dalam kajian fonetik kecuali

a)

cara bunyi dilafazkan

b)

kelainan sebutan sesuatu bunyi bahasa

c)

daerah artikulasi yang terlibat dalam penghasilan bunyi

d)

pengenalpastian unit-unit bahasa yang membezakan makna

3.

Yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang

I mempunyai makna tertentu

II dapat didengar oleh telinga pendengar

III boleh ditandai oleh lambang-lambang fonetik tertentu

IV dihasilkan oleh organ pertuturan dan organ lain manusia

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

4.

Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan runtunan bunyi-bunyi bahasa disebut ....

a)

Fonetik

b)

Fonemik

c)

Fonologi

d)

Fonasi

e)

Fonemis

5.

Yang manakah definisi yang tepat tentang fonem?

a)

Unit bahasa yang membentuk perkataan.

b)

Unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna.

c)

Unit bahasa yang terkecil yang boleh membezakan makna perkataan.

d)

Unit bahasa yang terkecil yang boleh berdiri sendiri.

6.

Yang manakah cara penulisan yang betul dari segi kajian fonemik?

a)

[b]

b)

/b/

c)

{b}

d)

(b)

7.

Apakah definisi yang tepat bagi alofon?

a)

Kelainan atau variasi bagi sesuatu fonem

b)

Unsur bahasa yang terkecil yang mempunyai makna

c)

Unsur bunyi yang tidak boleh dipisahkan daripada kata

d)

Unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna kata

8.

Yang manakah pasangan minimal?

I Barang-parang

II Badam-padam

III Kebun-rabun

IV Ikan-ikut

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Pasangan yang manakah yang dengan tepat dapat menentukan bahawa /p/ dan /b/ ialah dua fonem yang berbeza?

a)

Buntu-pintu

b)

Bawang-pawang

c)

Bilang-pulang

d)

Baur-paut

10.

Yang manakah alat artikulasi yang dipanggil artikulator?


I - Lidah

II - Gigi atas

III - Lelangit keras

IV - Lelangit lembut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Yang manakah alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi [m], [b], [p] dan [w]?

a)

Bibir

b)

Lidah

c)

Gigi-gusi

d)

Lelangit keras

12.

Yang manakah alat artikulasi yang menentukan perjalanan udara sama ada ke rongga mulut atau ke rongga hidung?

a)

pita suara

b)

lelangit lembut dan anak tekak

c)

belakang lidah

d)

bibir atas dan bibir bawah

13.

Perkataan yang manakah kata dasarnya terdiri daripada tiga suku kata?

a)

Permusuhan

b)

Kebenuaan

c)

Ketaksuban

d)

Penyantunan

14.

Bunyi fonem yang manakah dalam penghasilannya bibir atas dan bibir bawah terlibat?

a)

[d]

b)

[m]

c)

[t]

d)

[f]

15.

Alat artikulasi yang manakah yang boleh digerakkan secara aktif?

a)

Hujung lidah

b)

Lelangit lembut

c)

Gusi

d)

Glotis

16.

Penghasilan bunyi [p] melibatkan

a)

Gusi

b)

Bibir

c)

Gigi

d)

Daun lidah

17.

Yang manakah alat artikulasi yang menentukan sesuatu bunyi itu bersuara atau tidak?

a)

bibir

b)

pita suara

c)

anak tekak

d)

lelangit lembut

18.

Yang manakah keterangan yang benar tentang lelangit keras?


I Boleh menjadi titik artikulasi

II Boleh menyekat laluan udara

III Berfungsi sebagai artikulator

IV Kedudukannya selepas gusi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Yang manakah alat artikulasi yang menentukan sesuatu bunyi itu bersuara atau tidak?

a)

bibir

b)

pita suara

c)

anak tekak

d)

lelangit lembut

20.

Yang manakah pasangan perkataan yang terdiri daripada empat suku kata?

a)

Menggembleng-keberuntungan

b)

Pergantungan-ketumbukan

c)

pengisytiharan-kedaulatan

d)

Persendirian-keberanian