wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ EKONOMI TINGKATAN 5 ULANGKAJI

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

1. Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2000 orang pelajar baharu walaupun pelajar yang layak ialah 7 000 orang.

Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah

a)

Pilihan

b)

Kekurangan

c)

Kehendak yang terhad

d)

Sumber ekonomi yang tidak terhad

2.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah asas ekonomi.

Pada tahun kewangan yang akan datang, syarikat akan mengeluarkan satu siri minyak wangi ‘Charming’ untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada golongan wanita korporat yang berpendapatan tinggi di kawasan bandar


Pilih masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Davia Enterprise.

a)

Apa yang hendak dikeluarkan/Berapa yang hendak dikeluarkan

b)

Apa yang hendak dikeluarkan/Untuk siapa dikeluarkan

c)

Berapa yang hendak dikeluarkan/Bagaimana hendak dikeluarkan

d)

Bagaimana hendak dikeluarkan/Untuk siapa dikeluarkan

3.

1. Apakah penentu yang menyebabkan perubahan dalam kuantiit diminta?

a)

Perubahan citarasa

b)

Perubahan harga barang itu

c)

Perubahan pendapatan individu

d)

Perubahan harga barang penggenap

4.

1. Maksud kuantiti keseimbangan ialah

a)

Jualan purata firma untuk satu tahun

b)

Keluaran purata firma untuk satu tahun

c)

Satu keadaan dimana firma memperoleh keuntungan maksimum

d)

Tingkat pengeluaran di mana keluk permintaan dan keluk penawaran bersilang antara satu sama lain

5.

1. Apakah kepada pasaran sesuatu barang jika permintaannya bertambah tetapi penawarannya adalah tetap.

I Harga keseimbangan menurun

II Kuantiti keseimbangan menurun

III Harga keseimbangan meningkat

IV Kuantiti keseimbangan meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

1. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.


Apakah kesan dalam pasaran pada tingkat harga RM6?

a)

Kuantiti diminta dan harga naik hingga tercapai keseimbangan

b)

Kuantiti ditawar jatuh dan harga naik hingga tercapai keseimbangan

c)

Kuantiti ditawar dan kuantiti diminta jatuh hingga tercapai keseimbangan

d)

Kuantiti ditawar jatuh sementara kuantiti diminta naik hingga tercapai keseimbangan

7.

1. Jadual di bawah ini menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.


harga kuantiti diminta

5 35

8 14

a)

1.0

b)

1.6

c)

2.5

d)

4.0

8.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah institusi kewangan di Malaysia.

· Ditubuhkan oleh pihak swasta

· Bertujuan mendapat keuntungan

· Memberikan perkhidmatan kepada orang ramai

Apakah fungsi institusi kewangan tersebut?

a)

Menstabilkan nilai mata wang negara

b)

Menjual sijil pelaburan

c)

Mengeluarkan wang kertas dan duit syiling

d)

Menerima deposit daripada orang ramai

9.

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu.


En. Mohsin memberikan isterinya RM1000 setiap bulan untuk tujuan perbelanjaan keluarga


Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh isteri En Mohsin?

a)

Upah

b)

Faedah

c)

Bayaran pindahan

d)

Faedah sampingan

10.

1. Antara yang berikut, yang manakah dapat dilakukan oleh sebuah firma percetakan dalam pengeluaran jangka pendek?

I Menambah saiz kilang

II Menambah mesin percetakan

III Menambah jumlah stok kertas

IV Menambah bilangan buku yang dicetak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

1. Jadual dibawah menunjukkan butiran perbelanjaan Firma A.

Butiran RM

Kos bahan mentah 6 000

Kos buruh 2 000

Kos bahan api1 750

Bayaran sewa tapak tanah 3 000


Jika Firma A menghasilkan 20 000 unit barang dan dijual pada harga RM0.80 seunit, berapakah jumlah untung yang akan diperoleh oleh Firma A?

a)

RM3 250

b)

RM5 600

c)

RM8 260

d)

RM8 890

12.

Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat.


I Penjimatan masa dan tenaga

II Pencemaran alam sekitar

III Masalah kesesakan lalu lintas

IV Pembinaan kemudahan prasarana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat.


I Penjimatan masa dan tenaga

II Pencemaran alam sekitar

III Masalah kesesakan lalu lintas

IV Pembinaan kemudahan prasarana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Faktor yang mempengaruhi peningkatan dalam

a)

Inventori diuruskan secara santai

b)

Gaya kepimpinan pengurusan yang autokratik

c)

Pekerja ditempatkan mengikut keperluan firma

d)

Penyelenggaraan kelengkapan modal secara berjadua

15.

Antara berikut, manakah yang betul berkaitan kos?

a)

Kos berubah wujud pada output sifar

b)

Jumlah kos sama dengan kos tetap pada output sifar

c)

Kos tetap wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang

d)

Kos marginal diperoleh dengan membahagikan jumlah kos dengan output

16.

Antara berikut, manakah yang betul tentang firma?

I Membayar ganjaran kepada pemilik faktor

II Mengoptimumkan penggunaan sumber ekonomi

III Bermatlamat memaksimumkan kepuasan pengguna

IV Mengutamakan pembangunan masyarakat dan ekonomi negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Apakah ciri barang tersebut?

a)

dikenakan bayaran

b)

mempunyai persaingan

c)

tiada pengecualian penggunaan

d)

keluaran bersama oleh kerajaan dan pihak swasta

18.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri barang sosial?

a)

memberi manfaat kepada golongan masyarakat yang tertentu

b)

ada pengecualian penggunaan

c)

kos pengeluaran ditanggung oleh kerajaan

d)

dikeluarkan oleh pihak swasta.

19.

Apakah kesan pelaksanaan monopoli semulajadi kerajaan terhadap ekonomi negara?

a)

harga barang naik

b)

kuantiti keluaran berkurang

c)

kebajikan masyarakat berkurang

d)

kecekapan dalam penggunaan sumber

20.

Situasi manakah yang betul tentang deflasi?

a)

tingkat harga umum naik berterusan

b)

pendapatan negara bertambah

c)

keuntungan firma bertambah

d)

peluang pekerjaan berkurang

21.

Apakah kesan subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan?

a)

meningkatkan kos pengeluaran

b)

menambahkan tingkat keluaran

c)

mengurangkankan daya saing

d)

menaikkan harga barang di pasaran

22.

Pernyataan manakah yang benar tentang pengenaan cukai oleh kerajaan ?

a)

menurunkan kos pengeluaran

b)

menambahkan jumlah penawaran barang

c)

menaikkan harga barang di pasaran

d)

peningkatan eksternaliti negatif

23.

Mengapakah kerajaan bukan sahaja menyediakan barang awam di bandar malah juga di luar bandar?

a)

kos pengeluaran yang murah

b)

meningkatkan tingkat kebajikan rakyat

c)

meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar

d)

mewujudkan persaingan antara penduduk bandar dengan luar bandar.

24.

Antara yang berikut, indikator makroekonomi yang manakah digunakan untuk mengukur pencapaian kegiatan ekonomi sebuah negara?

a)

faedah sosial

b)

kos pengeluaran

c)

pendapatan negara

d)

guna tenaga penuh

25.

Antara yang berikut, yang manakah kesan imbangan pembayaran defisit?

a)

nilai mata wang tempatan semakin meningkat

b)

kegiatan ekonomi dalam negara semakin pesat

c)

rizab pertukaran asing di bank pusat berkurang

d)

nilai eksport barang tempatan semakin bertambah

26.

Bilakah sesebuah negara boleh dikatakan mencapai guna tenaga penuh ?

a)

imbangan pembayaran yang positif

b)

kadar pengangguran kurang daripada 4%

c)

eksport meningkat sebanyak RM100 juta setahun

d)

kadar pertumbuhan ekonomi negara meningkat sebanyak 3%

27.

Bilakah sesebuah negara boleh dikatakan mencapai guna tenaga penuh ?

a)

imbangan pembayaran yang positif

b)

kadar pengangguran kurang daripada 4%

c)

eksport meningkat sebanyak RM100 juta setahun

d)

kadar pertumbuhan ekonomi negara meningkat sebanyak 3%

28.

Mengapakah kerajaan memberi subsidi kepada petani ?

a)

untuk menampung kenaikan kos dalam pengeluaran

b)

untuk meningkatkan permintaan beras di pasaran

c)

untuk menguatkuasa undang-undang

d)

untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat

29.

# Dasar yang menetapkan harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangannya.


Apakah tujuan pelaksanaan dasar tersebut ?

a)

mengawal harga pasaran

b)

meningkatkan penawaran pengeluar

c)

memaksimumkan pendapatan kerajaan

d)

memastikan semua rakyat mendapat barang keperluan

30.

Mengapakah pihak swasta kurang memainkan peranan dalam menyediakan barang awam dan barang sosial ?

a)

melibatkan ramai orang pekerja

b)

mengurangkan permintaan barang di pasaran

c)

melibatkan kos penyediaan yang tinggi

d)

dikenakan cukai pendapatan syarikat yang tinggi,

31.
Bilangan penduduk berumur antara 15 hingga 64 tahun di sebuah negara adalah 8.45 juta orang. Jumlah tenaga buruh adalah 7.05 juta orang dan jumlah guna tenaga adalah 6.55 juta orang. Kadar pengangguran adalah
a)
5.9%
b)
7.1%
c)
16.6%
d)
22.5%
32.

Sekiranya kadar inflasi telah meningkat, apakah kesannya terhadap aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara?

a)

Jumlah tabungan meningkat

b)

Jumlah dan nilai eksport bertambah

c)

Kadar penggangguran menurun

d)

Pendapatan boleh guna semakin bertambah

33.

Apakah punca berlakunya inflasi tolakan kos dalam ekonomi?

i. Kenaikkan harga saham

ii. Tuntutan kesatuan sekerja

iii. Kenaikkan harga bahan mentah

iv. Kenaikkan pendapatan boleh guna pengguna

a)

I dan ii

b)

I dan iv

c)

Ii dan iv

d)

Iii da iv

34.

Tindakan bank pusat manakah yang dapat meningkatkan kuasa beli masyarakat?


A. Menaikkan kadar rizab berkanun

B. Menjual surat jaminan kerajaan

C. Menurunkan kadar faedah

D. Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman

a)

Menaikkan kadar rizab berkanun

b)

Menjual surat jaminan kerajaan

c)

Menurunkan kadar faedah

d)

Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman

35.

Manakah yang merupakan langkah kerajaan untuk mengatasi inflasi?

a)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menambah kadar cukai

b)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai

c)

Menambahkan perbelanjaan kerajaan dan menambahkan kadar cukai

d)

Menambahkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kadar cukai

36.
Di antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi ?
a)
Mengelakkan kenaikan harga barang (inflasi)
b)
Menurunkan harga barang
c)
Membantu pengguna membeli barang
d)
Membantu pengguna mendapatkan pekerjaan
37.
Apakah kelebihan membeli secara tunai?
a)
Hutang lapuk tidak berlaku
b)
Melindungi diri daripada inflasi
38.
Fungsi pengeluaran ialah......
a)
Tempoh apabila semua input yg digunakan adalah input berubah.
b)
Hubungan antara jumlah input dengan output.
c)
Berada dlm jangka masa pendek.
d)
Penghasilan barang dan perkhidmatan.
39.
Manakah antara berikut input tetap ?
a)
Mesin dan Loji
b)
Bahan Mentah
c)
Buruh
d)
Barang Siap
40.
Manakah antara berikut input tetap ?
a)
Mesin dan Loji
b)
Bahan Mentah
c)
Buruh
d)
Barang Siap