wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIDALAN TAHUN 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ada gula ada semut

a)

Orang yang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah

b)

Ada sesuatu maksud tersembunyi di balik sesuatu perbuatan atau perkataan

2.

Ada udang di balik batu

a)

Orang yang diam jangan disangka pengecut

b)

Ada sesuatu maksud tersembunyi di balik sesuatu perbuatan atau perkataan

3.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

a)

Orang yang diam jangan disangka pengecut

b)

Perkerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan

4.

Alah bisa tegal biasa

a)

Pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan

b)

Memperoleh sesuatu yang diinginkan

5.

Hilang dimata, di hati jangan

a)

Sudah terlanjur, tidak boleh diubah lagi

b)

Walaupun berjauhan, tetapi ingat di hati

6.

Indah khabar daripada rupa

a)

Sudah terlanjur, tidak boleh diubah lagi

b)

Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya

7.

Orang mengantuk disorongkan bantal

a)

Memperoleh sesuatu yang diinginkan

b)

Sesuatu kejadian tidak mungkin akan berlaku daripada satu pihak sahaja

8.

Nasi sudah menjadi bubur

a)

Nasi yang tidak masak

b)

Sudah terlanjur, tidak boleh diubah lagi

9.

Sudah terantuk baru tengadah

a)

Sudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat

b)

Melihat ke atas

10.

Takut akan bayang-bayang sendiri

a)

Rasa takut kerana bersalah

b)

Mencuri

11.

Ukur baju di badan sendiri

a)

Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri

b)

Agar tidak tersalah saiz

12.

Melentur buluh biarlah ketika rebung

a)

Mendidik anak-anak hendaklah semasa kecil

b)

Orang yang mementingkan diri

13.

Burung terbang dipipiskan lada

a)

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

b)

Sombong

14.

Dapat durian runtuh

a)

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah

b)

Kerugian yang terlalu banyak

15.

Lunak gigi daripada lidah

a)

Bersikap lemah lembut

b)

Suara yang merdu

16.

Usah terburu-buru semasa memandu di jalan raya, ______________________ . Jangan biarkan orang yang kita sayang menyambut kepulangan kita dengan tangisan.

a)

Buang yang keruh ambil yang jernih

b)

Biar putih tulang jangan putih mata

c)

Biar lambat asal selamat

d)

Direndam tidak basah

17.

Lupakan sahaja perkara yang sudah berlaku, kita mulakan hidup baharu. Marilah kita bermaaf-maafan, bak kata bidalan __________________________.

a)

Diam-diam lepu

b)

Diberi betis hendak paha

c)

Biar lambat asal selamat

d)

Buang yang keruh ambil yang jernih

18.

Ke mana-mana sahaja Encik Johan pergi, dia dihormati dan disayangi.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

malas menggerit, perut perit

b)

hari tidak selamanya panas

c)

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

d)

indah khabar daripada rupa

19.

Penduduk kampung Sri Aman saling membantu antara satu sama lain, bagi mereka ___________________ .

a)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

b)

berani kerana benar, takut kerana salah

c)

musang berbulu ayam

d)

nasi sudah menjadi bubur

20.

Pada kami, ________________ daripada melihat negara tercinta jatuh ke tangan penjajah.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

biar putih tulang jangan putih mata

c)

biar lambat asal selamat

d)

diberi betis hendak paha