NEW
Font size
WorksheetsPPP T1SI DSHS 1062 - (MCQ) HEALTH SAFETY I
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Apakah tujuan utama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ditubuhkan?
Memberi keyakinan kepada majikan dalam pengurusan organisasi.
Mengenalpasti semua faktor yang mungkin boleh mendatangkan mudarat kepada pekerja dan orang lain.
Mewujudkan peluang kepada pekerja memberikan pandangan terhadap keselamatan tempat kerja kepada majikan.
Mewujudkan satu mekanisma perhubungan dua hala antara majikan dan pekerja dalam menyebarkan infomasi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Fungsi majikan yang berkaitan dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah
membantu dalam aktiviti promosi keselamatan dan kesihatan.
mengkaji semula keberkesanan program-program keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
mengambil tindakan ke atas aduan seberapa segera dengan mengambil langkah yang perlu bagi menghapuskan atau mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Menjalankan pemeriksaan tempat kerja sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk memastikan tiada perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan pekerja serta merekodkannya.
Apakah yang akan menyebabkan Pembantu Pembedahan Pergigian mengalami work related musculoskeletal disorder?
Duduk dengan tegak.
Membengkokkan leher semasa membantu.
Memegang penyedut air liur dengan sokongan arm rest.
Terdedah kepada aerosol semasa rawatan penskaleran.
Apakah tujuan melakukan Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control (HIRAC) di tempat kerja?
Memastikan tempat kerja yang selasa dan selamat.
Meningkatkan kerjasama antara pekerja dan majikan.
Mengenalpasti semua faktor yang boleh mendatangkan mudarat kepada pekerja.
Meningkatkan minat pihak majikan dan
pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Yang manakah berikut merupakan contoh jenis kawalan pada punca hazad?
Pencairan.
Penyerapan.
Penggantian.
Penggiliran kerja.
Apakah tujuan keselamatan radiasi?
i dan ii.
i dan iv.
ii dan iii.
iii dan iv.
Antara berikut, adalah tanggungjawab pengamal pergigian dalam keselamatan radiasi di fasiliti pergigian kecuali
mewujudkan prosedur kerja selamat.
mengendalikan peralatan sinaran dengan betul.
memastikan peralatan sinaran mematuhi
keperluan peraturan.
memastikan peralatan berfungsi dengan betul dan dikekalkan secara tetap.
Yang manakah benar mengenai apron getah berplumbum yang digunakan dalam bilik X-ray?
Disimpan secara menggantung.
Dipakai oleh pesakit yang berumur 6 tahun ke atas.
Kolar tiroid perlu dipakai oleh ibu bapa yang membantu.
Mempunyai kesetaraan plumbum tidak kurang daripada 0.15 mm.
Antara pernyataan di bawah, yang manakah menerangkan maksud asfiksia yang paling tepat?
Kegagalan atau gangguan pada sistem pernafasan menyebabkan penurunan penghantaran oksigen ke otak dan boleh mengakibatkan keadaan tidak sedar atau kematian.
Kegagalan atau gangguan pada sistem pernafasan menyebabkan penurunan penghantaran oksigen ke jantung dan boleh mengakibatkan keadaan tidak sedar atau kematian.
Kegagalan atau gangguan pada sistem peredaran darah menyebabkan penurunan penghantaran oksigen ke otak dan boleh mengakibatkan keadaan tidak sedar atau kematian.
Kegagalan atau gangguan pada sistem peredaran darah menyebabkan penurunan penghantaran oksigen ke jantung dan boleh mengakibatkan keadaan tidak sedar atau kematian.
Berikut merupakan punca-punca asfiksia kecuali
terjerut.
penyakit asma.
serangan jantung.
terhidu gas beracun.
Berikut merupakan tanda-tanda asfiksia kecuali
nafas berbunyi.
pernafasan terhenti.
kadar pernafasan pendek dan cepat.
muka, bibir, kuku dan cuping telinga menjadi kemerah-merahan.
Apabila asfiksia berlaku, sel otak akan mula mati selepas ketiadaan bekalan oksigen iaitu dalam jangka masa
2 - 3 minit.
4 - 6 minit.
7 - 8 minit.
9 - 10 minit.
Antara berikut, yang manakah menerangkan hemoraj reaksi yang paling tepat?
Bermula 7 - 10 hari selepas cabutan gigi.
Bermula semasa dan sebaik sahaja selesai cabutan gigi.
Bermula 2 - 3 jam selepas cabutan gigi, apabila kesan vasodilator dalam ubat bius (LA) berkurangan.
Bermula 2 - 3 jam selepas cabutan gigi, apabila kesan vasokonstriktor dalam ubat bius (LA) berkurangan.
Salah satu kecemasan dalam surgeri pergigian ialah pengsan disebabkan penyakit diabetes mellitus. Ini disebabkan oleh pesakit dalam keadaan yang dipanggil
hipoglisemia.
hiponatremia.
hiperglisemia.
hypernatremia.
Susun kronologi rawatan awal yang boleh diberikan kepada pesakit yang pengsan disebabkan oleh pengambilan streroid secara berpanjangan.
i, iv, iii, ii.
ii, i, iii, iv.
iii, iv, i, ii.
iv, i, ii, iii.
