wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPP T1SI DSOP 1093 - (MCQ) ORAL HEALTH PRACTICE

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah alat yang digunakan untuk menguji kevitalan gigi?

a)

Prob figure No.9.

b)

Prob periodontium.

c)

Termometer klinikal

d)

Alat uji pulpa elektrik.

2.

Kegunaan prob no.11 ialah untuk

a)

memeriksa pit dan fisur.

b)

memeriksa proksimal gigi.

c)

menguji titik tinggi tampalan.

d)

mengukur kedalaman poket gingiva.

3.

Di antara berikut yang manakah berkaitan set ceper pemeriksaan klinikal?

a)

Kain kasa diletakkan dalam mangkuk ginjal.

b)

Air diisi dalam galipot untuk pesakit berkumur.

c)

Cermin mulut diletakkan di sebelah ceper alat perkakas.

d)

Tumbler diletakkan berhampiran spittoon di unit pergigian.

4.

Pilih pernyataan yang betul mengenai penggunaan fluorida secara sistemik.

a)

Sapuan fluorida fosfat berasid (APF).

b)

Penggunaan pes profilaksis berfluorida.

c)

Pemfluoridaan bekalan air minum awam

d)

Penggunaan ubat gigi dan ubat kumur berfluorida.

5.

Di antara berikut, pilih kenyataan yang betul tentang

penggunaan fluorida?

a)

Kepekatan fluorida dalam bekalan air di Malaysia ialah 1.23 p.p.m.

b)

Ubat kumuran berfluorida biasanya mengandungi Natrium Fluorida (NaF).

c)

Penyapuan Durafat merupakan kaedah penggunan fluorida secara sistemik.

d)

Pengambilan fluorida melalui makanan dan minuman merupakan penggunaan fluorida secara lokal.

6.

Apakah sumber utama flourida?

a)

Air.

b)

Ikan.

c)

Susu.

d)

Sayur.

7.

Di antara berikut, yang manakah adalah benar mengenai soket kering?

a)

Punca utama fraktur tulang patologikal.

b)

Nama lain adalah osteomyelitis sekunder.

c)

Biasanya berlaku 2 minggu selepas cabutan.

d)

Kerap berlaku pada soket gigi mandibel berbanding maksila.

8.

Di antara berikut, yang manakah bukan petunjuk untuk cabutan?

a)

Gigi supernumerari.

b)

Gigi yang sangat longgar.

c)

Gigi molar ketiga yang tiada simptom.

d)

Gigi berkaries yang tidak dapat ditampalkan lagi.

9.

Pilih pernyataan yang betul berkenaan cabutan transalveolus.

a)

Gigi mesiodens yang telah erupt dicabut mengikut cara ini.

b)

Selepas cabutan ini, pesakit dinasihatkan untuk meminum air panas.

c)

Selepas cabutan, flap gingiva tidak perlu disutur untuk mengelakkan pendarahan.

d)

Cabutan jenis ini melibatkan pemotongan tulang alveolus di

sekeliling gigi.

10.

Apakah langkah di dalam prosedur rawatan kanal akar yang melibatkan penggunaan lentulospiral?

a)

Irigasi kanal akar.

b)

Penyediaan kaviti.

c)

Penyediaan kanal akar.

d)

Pengeringan kanal akar.

11.

Apakah komponen jambatan gigi yang bertanda X?

a)

Pontik.

b)

Pemegang.

c)

Gigi tupang.

d)

Penghubung.

12.

Di antara berikut yang manakah bukan mengenai dentur kobalt kromium?

a)

Mempunyai klasp.

b)

Aplians boleh tanggal.

c)

Diperbuat logam kobalt kromium.

d)

Menggantikan beberapa/kesemua gigi yang hilang.

13.

Antara yang berikut, yang manakah bukan jenis mesin sinar-X intra-oral yang digunakan dalam bidang pergigian?

a)

Mobile X-ray machine.

b)

Ortopantomogram machine.

c)

Wall mounted X-ray machine.

d)

Ceiling mounted X-ray machine.

14.

Komponen manakah di dalam tiub sinar-X yang bertindak sebagai punca elektron dalam proses penghasilan sinar-X?

a)

Diafragma.

b)

Bekas kaca.

c)

Batang kuprum.

d)

Filamen wolfram.

15.

Pernyataan manakah yang benar mengenai Kesan Stokastik iaitu salah satu kesan akibat pendedahan kepada radiasi?

a)

Nilai ambang wujud / ada had dos.

b)

Nilai ambang tidak wujud / tiada had dos.

c)

Keterukan mungkin berkadaran dengan dos.

d)

Kesan dapat dilihat apabila sel mati

atau tidak dapat membahagi.