NEW
Font size
WorksheetsPPP T2SII DSPR 3153 - (MCQ) PREVENTIVE DENTISTRY II
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
“Pencegahan ini dilakukan pada awal tahap klinikal keadaan penyakit atau juga dipanggil tahap permulaan patogenik.”
Antara berikut, peringkat pencegahan yang manakah menerangkan kenyataan seperti di atas?
Tertier.
Primer.
Sekunder.
Primordial.
Antara berikut, yang manakah merupakan pencegahan primer?
Pemeriksaan gigi.
Rawatan prostetik.
Rawatan endodotik.
Rawatan restorasi resin pencegahan.
Antara berikut, yang manakah merupakan pencegahan tertier?
Pemeriksaan gigi.
Rawatan sealan fisur.
Melakukan rawatan endodontik.
Melakukan rawatan restorasi gigi berkaries.
Restorasi Resin Pencegahan (PRR) merupakan
peringkat pencegahan
Tertier.
Primer.
Sekunder.
Primordial.
“Peringkat ini meliputi usaha-usaha ke arah pemulihan kembali untuk mengembalikan fungsi anggota yang terlibat dengan usaha menggantikan anggota yang hilang.”
Antara rawatan berikut, yang manakah menepati kenyataan seperti di atas?
Prostetik.
Endodontik.
Sealan fisur.
Restorasi resin pencegahan.
Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi dalam perkembangan penyakit karies?
Fluorida.
Keturunan.
Gangguan emosi
Status sosioekonomi.
Apakah faktor sekunder terjadinya penyakit kanser
oral?
Latarbelakang sosioekonomi yang rendah.
Perempuan yang mengandung pada lewat usia 40 an.
Pengambilan makanan yang tinggi zat besi dan beta karotene.
Pengambilan secara berlebihan makanan berasaskan daging merah.
Antara berikut, yang manakah benar mengenai faktor risiko penyakit karies gigi?
Karies pada akar gigi lebih banyak dijumpai pada wanita.
Tidak mengira usia, jantina, kasta, kepercayaan atau lokasi geografi.
Penyakit berpunca daripada kombinasi kesan perumah, mikroorganisma dalam plak gigi, substrat dan masa.
Elemen subtrat lebih cenderung terjadinya karies terutama sewaktu pertumbuhan gigi kekal awal dan perubahan hormon puberti.
Apakah faktor risiko tingkahlaku bagi masalah maloklusi?
Menongkat lidah.
Ketidakseimbangan otot.
Mengetap gigi dan bruksisma.
Tidak memakai peranti penyenggara selepas maloklusi dirawat.
Bagaimakah tabiat mengunyah sirih beserta pinang boleh menyumbang kepada terjadinya kanser oral?
Pembentukan karbon monoksida dalam darah.
Kandungan alkaloid yang menyebabkan ketagihan.
Meningkatkan paras nikotin yang tinggi dalam darah.
Merencat pertumbuhan normal tisu-tisu pembaikan sel.
Apakah kepentingan Unit Pergigian Pencegahan yang dijalankan oleh personel pergigian?
Mengeratkan silaturahim antara pesakit.
Menyampaikan nasihat kesihatan pergigian kepada pesakit.
Platform untuk menjalankan rawatan pergigian secara intensif.
Menjalankan saringan awal karies gigi dan masalah periodontitis.
Apakah cara yang terbaik bagi menyediakan satu persiapan pameran yang teratur, jelas dan menarik?
Menjalankan raptai sebelum pameran.
Gunakan pembesar suara di tapak pameran.
Pertimbangkan pencahayaan dan kedudukan bahan pameran.
Halang laluan dihadapan pameran untuk meramaikan pengunjung.
Apakah peranan Pembantu Pembedahan Pergigian semasa hari sesi ceramah diadakan?
Memastikan bilik tersusun sepertimana yang diperlukan.
Mendapatkan topik ceramah tujuan dan objektif daripada pegawai.
Menyemak dan dapatkan alat bantuan visual serta sumber bantuan lain.
Menyediakan borang penilaian yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
Apakah ciri-ciri Unit Pergigian Pencegahan yang ideal?
Lantai yang keras dan licin agar nampak lebih kemas dan cantik.
Akses yang mudah kepada orang ramai terutama warga tua dan kurang upaya
Kawasan atau bilik yang tertutup agar mudah menyampaikan maklumat tanpa gangguan.
Menggunakan perabot dan perkakas pakai buang agar mudah untuk berpindah ke lokasi yang lain.
Apakah ciri-ciri pameran poster yang baik untuk menyampaikan nasihat kesihatan pergigian?
Poster diletakkan di tempat yang paling tinggi agar mudah dilihat oleh semua orang.
Menggunakan bentuk dan saiz yang sama pada latar belakang agar seragam dan cantik.
Mempunyai tulisan yang kecil dan pelbagai untuk memuatkan banyak informasi yang berguna.
Menggunakan pelbagai warna dan saiz huruf
pada tulisan untuk menunjukkan penegasan.
