wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Tamadun Islam Pendidikan Islam SPM KSSM

Total questions: 76

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah pengasas Kerajaan Abbasiyyah?

a)

Abdullah bin Abdul Mutalib

b)

Abdullah bin Muhammad

c)

Abdullah bin Ali Al-Saffah

d)

Abu Al-Abbas bin Al-Saffah

2.

Nama Kerajaan Abbasiyyah diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu

a)

Al-Abbas bin Abdul Mutalib

b)

Abdullah bin Muhammad

c)

Abdullah bin Abu Al-Abbas

d)

Abu Al-Abbas bin Al-Saffah

3.

Di manakah pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah?

a)

Damsyik, Syria

b)

Istanbul, Turki

c)

Iraq, Baghdad

d)

Andalus, Sepanyol

4.

Sumbangan Khalifah Abu Al-Abbas

a)

Mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah

b)

Menaik taraf sistem cukai

c)

Menubuhkan Baitul Hikmah

5.

* Membina Baitul Hikmah

* Menubuhkan Majlis Al-Munazarah

Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan

a)

Abu Jaafar Al-Mansur

b)

Al-Makmun

c)

Harun Al-Rasyid

d)

Abu Al-Abbas

6.

Yang manakah antara berikut merupakan sumbangan Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur?

a)

Menghapuskan pemberontakan golongan Syiah & Khawarij

b)

Memindahkan pusat pemerintahan ke Baghdad

c)

Membina kemudahan awam seperti farmasi

d)

Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara

7.

Berikut merupakan sumbangan Khalifah Al-Makmun kecuali

a)

Mempergiatkan usaha penterjemahan karya bahasa asing kepada bahasa Arab

b)

Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu

c)

Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang

d)

Mewujudkan jawatan Ketua Hakim Negara

8.

Baitul Hikmah adalah _______________ terulung pada zaman Abbasiyyah.

a)

sekolah

b)

universiti

c)

perpustakaan

9.

Pilih pernyataan yang benar tentang faktor kegemilangan Abbasiyyah dalam bidang ekonomi

a)

Kedudukan Baghdad yang strategik sebagai pusat perdagangan

b)

Layanan yang adil daripada khalifah

c)

Orang bukan Islam diberi jawatan utama dalam pentadbiran

10.

Yang manakah bukan faktor perkembangan pendidikan Zaman Abbasiyyah?

a)

Aktiviti penterjemahan ke dalam bahasa Arab

b)

Galakan khalifah

c)

Kemudahan institusi pendidikan

d)

Sumber & pengurusan Baitulmal yang sistematik

11.

Pilih dua faktor perkembangan ketenteraan Zaman Abbasiyyah?

a)

Strategi peperangan yang mantap

b)

Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada bukan Arab

c)

Adaptasi corak pergerakan tentera Parsi

d)

Sumber & pengurusan Baitulmal yang sistematik

12.

Pilih dua faktor kemerosotan Zaman Abbasiyyah dari aspek sosial.

a)

Serangan daripada Tentera Mongol

b)

Kebajikan rakyat terabai

c)

Pertahanan ketenteraan yang lemah

d)

Pemberontakan dalam kalangan puak Syiah dan Khawarij

13.

Faktor yang mendorong kejatuhan Zaman Abbasiyyah adalah

a)

Perpecahan wilayah

b)

Sikap taksub antara qabilah Arab

c)

Sikap diskriminasi terhadap golongan Mawali

d)

Pemberontakan oleh golongan Mawali

14.

Siapakah khalifah yang telah membina hospital di Baghdad?

a)

Abu Al-Abbas

b)

Al-Makmun

c)

Harun Al-Rasyid

d)

Abu Jaafar Al-Mansur

15.

Pemerintahan 4 orang sahabat Rasulullah ini berlangsung selama lebih kurang _______________

a)

20 tahun

b)

29 tahun

c)

41 tahun

d)

11 tahun

16.

Saidina Abu Bakar meneruskan tindakan Rasulullah untuk menghantar ________________ sebagai panglima angkatan tentera Islam kepada kerajaan Ghassan kerana telah membunuh utusan Rasulullah.

a)

Usamah bin Ali

b)

Usamah bin Abdullah

c)

Usamah bin Syahid

d)

Usamah bin Zaid

17.

Saidina Umar al-Khattab menggantikan kepimpinan Khalid al-Walid sebagai panglima angkatan tentera Islam dengan Abu Ubaidah al-Jarrah semasa perang ______________

a)

Tabuk

b)

Yamamah

c)

Khaibar

d)

Badar

18.

Saidina Umar al -Khattab membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian pentadbiran di bawah kuasa seorang ______________ yang cekap.

a)

gabenor

b)

pemerintah

c)

raja

d)

menteri

19.

Saidina Usman bin Affan menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan al-Quran yang diketuai oleh ______________ demi memelihara kesucian al-Quran

a)

Zaid bin Harithah

b)

Zaid bin Rasulullah

c)

Zaid bin Muhammad

d)

Zaid bin Sabit

20.

Saidina Usman menubuhkan angkatan tentera laut Islam sehingga berjaya meluaskan empayar Islam khususnya di ___________________.

a)

Syam dan Mesir

b)

Mesir dan Turki

c)

Kufah dan Basrah

d)

Syam dan Kufah

21.

Saidina Ali memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga dilantik sebagai __________ di Yaman.

a)

pakar perubatan

b)

peguam

c)

hakim

d)

menteri

22.

Saidina Ali telah memecat beberapa gabenor yang dilantik oleh Khalifah Usman seperti _________________ dan Abu Musa al-Usyra untuk meredakan kemarahan puak pemberontak.

a)

Abu Musa al-Asyari

b)

Abu Jaafar al-Mansur

c)

Muaswiyah bin Abi Sufian

d)

Utbah bin Raba'ah

23.

Khalifah Umar berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan enggan membayar zakat.

a)

Benar

b)

Salah

24.

Khalifah Abu Bakar membuka wilayah baharu di sebahagian wilayah Iraq dan Syam.

a)

Benar

b)

Salah

25.

Khalifah Usman berjaya mematahkan pemberontakan dan penaklukan dan meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir, Afrika dan menawan Pulau Cyprus

a)

Benar

b)

Salah

26.

Siapakah yang meneruskan kutipa jizyah yang dikenakan terhadap golongan Zimmi ?

a)

Khalifah Abu Bakar

b)

Khalifah Umar

c)

Khalifah Usman

d)

Khalifah Ali

27.

Siapakah gelaran kepada khalifah yang mengasaskan takwim Islam sebagai asas permulaan pengiraan tahun hijrah ?

a)

Al- Faruq

b)

Zunnurain

c)

As-Siddiq

d)

Karamallahu wajhah

28.

Nukman bin Thabit Al Kufi ialah nama sebenar

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Ahmad

d)

Imam Syafie

29.

Imam Abu Hanifah dilahirkan di

a)

Mekah

b)

Kufah

c)

Madinah

d)

Baghdah

30.

Hamad bin Abi Sulaiman

Amru bin Dinar


Tokoh di atas merjuk kepada

a)

Murid Imam Abu Hanifah

b)

Guru Imam Abu Hanifah

c)

Murid Imam Syafie

d)

Guru Imam Syafie

31.

Berikut adalah tokoh tersohor yang menjadi guru Imam Syafie KECUALI

a)

Imam Malik bin Anas

b)

Sufian bin Uyainah

c)

Nafik Al Madani

d)

Muslim bin Khalid Al Zanji

32.

Nama penuh Imam Syafie ialah

a)

Nukman bin Thabit

b)

Muhammad bin Idris

c)

Ahmad bin Hanbal

d)

Yahya bin Said Al Ansari

33.

Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di

a)

Mekah

b)

Kufah

c)

Madinah

d)

Baghdad

34.

Imam Syafie

Abu Yusuf Al Qadhi

Hammad bin Khalid


Tokoh-tokoh diatas merupakan

a)

Murid-murid Imam Ahmad

b)

Guru-guru Imam Ahmad

c)

Guru-guru Imam Ahmad

d)

Tokoh-tokoh mazhab Hanbali

35.

Imam Ahmad pernah disiksa dan dipukul dalam penjara semasa pemerintahan Khalifah

a)

Muawiyah

b)

Al Makmum

c)

Abdul Malik bin Marwan

d)

Abu Al Abbas Al Saffah

36.

Tokoh yang berpegang kepada prinsip “murid mencari guru “ ialah

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad

37.

Kitab al Muwattok dikarang oleh

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad

38.

Al Risalah dan Al Umm ialah kitab-kitab yang dikarang oleh

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad

39.

Antara kitab karangan Imam Ahmad ialah

a)

Al Muqaddimah

b)

Qanun fi Attib

c)

Al Musnad

d)

Ihya Ulumuddin

40.

Kebanyakan negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia berpegang kepada Mazhab yang diasaskan oleh

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad

41.

Berpendapat ilmu feqah memerlukan kemahiran dan pertimbangan akal yang mendalam dalam menguasai sesuatu hukum dengan baik.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada pendapat

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam as-Syafie

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

42.

* Sangat memuliakan ilmu pengetahuan

* Kuat beribadat dan selalu khatam al-Quran

* Tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat dan kedudukan


Pernyataan di atas merujuk kepada keperibadian...

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

43.

Mencintai Rasulullah SAW sehingga tidak sanggup menunggang kuda dalam kota Madinah kerana menghormati jasad Rasulullah SAW yang dimakamkan di sana


Pernyataan di atas merujuk kepada keperibadian

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad

44.

* Banyak membaca dan menghafaz al-Quran sejak berusia 9 tahun

* Sanggup dipenjara kerana mempertahankan akidah


Pernyataan di atas merujuk kepada keperibadian ....

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad

45.

Berikut adalah pernyataan yang menerangkan tentang Imam Malik kecuali

a)

Lahir di Madinah

b)

Bapanya bernama Anas al-Madani

c)

Pengarang kitab al-Muwatta'

d)

Terkenal sebagai tokoh falsafah

46.

Berikut ialah kitab karangan Imam Syafie kecuali

a)

al-Risalah

b)

al-Musnad

c)

al-Faraid

d)

Al-Umm

47.

* Hasil karya yang tersohor ialah kitab al-Muwatta'

* Guru kepada Imam Syafie


Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan...

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad

48.

i. Sanggup tinggal dengan kaum arab badwi untuk menguasai bahasa dan kebudayaan arab

ii. Sanggup bermusafir jauh demi cinta kepada ilmu pengetahuan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam as-Syafie

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

49.

i. Memuliakan majlis pengajian hadis Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang bersih dan wangi

ii. Berpegang kepada prinsip murid mencari ilmu


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam as-Syafie

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

50.

i. Kuat beribadat nawafil

ii. Sanggup dipenjara kerana mempertahankan akidah


Pernyataan di atas meruuk kepada

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam as-Syafie

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

51.

Beliau sanggup dipukul dan diseksa dalam penjara semasa pemerintahan khalifah al-Makmun kerana bertegas dengan prinsipnya tentang "al-Quran bukan makhluk".


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Imam Abu Hanifah

b)

Imam Malik

c)

Imam as-Syafie

d)

Imam Ahmad bin Hanbal

52.

Menghasilkan kitab al Musnad dan al Tarikh

Mazhabnya tersebar di Baghdad, Mesir dan Najd

Pernyataan di atas merujuk kepada tokoh al Imam

a)

Malik bin Anas rahimahullah

b)

al Ghazali rahimahullah

c)

Abu Hanifah rahimahullah

d)

Ahmad bin Hanbal rahimahullah

53.

10. - Sentiasa menuntut ilmu walaupun mendapat gelaran Imam

- Banyak membaca dan menghafaz Al-Quran

- Kuat beribadat nawafil


Pernyataan berikut merupakan keperibadian tokoh

a)

Malik Bin Anas Al Madani

b)

Nukman Bin Thabit Al Kufi

c)

Muhammad Idris As Syafie

d)

Ahmad Bin Muhammad

54.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti__________

a)

Al-Quran dan Sunnah

b)

Pengajian Al-Quran dan pembukuan hadis

c)

Sejarah dan tamadun

d)

Sirah dan ilmu falak

55.

Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik telah menaiktaraf dan membina institusi masjid seperti ___________ untuk merancakkan aktiviti keagamaan.

a)

Masjid Nabawi

b)

Masjidil Haram

c)

Masjidil Aqsa

d)

Masjid Negara

56.

Pemilihan _____________ yang strategik sebagai pusat pemerintahan oleh Khalifah Muawiyah telah berjaya mengukuhkan pentadbiran negara.

a)

Mekah

b)

Madinah

c)

Baghdad

d)

Damsyik

57.

Pengurusan __________ yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi keperluan adalah faktor kegemilangan Kerajaan Umayyah.

a)

mahkamah

b)

politik

c)

pentadbiran

d)

baitul mal

58.

Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil _________ dan ________ untuk membangunkan negara.

a)

pertanian, perdagangan

b)

pertanian, pembuatan

c)

pertanian, industri

d)

pertanian, tekstil

59.

Menjadikan _________ dan ________ sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

a)

masjid, surau

b)

masjid, perpustakaan

c)

masjid, istana

d)

masjid, bilik agama

60.

Apakah faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi agama?

a)

menyemarakkan aktiviti keilmuan

b)

menaik taraf dan membina institusi masjid

c)

mewujudkan ilmu fardhu kifayah

61.

apakah faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi ekonomi?

a)

memanfaatkan hasil pertanian dan perdagangan untuk negara

b)

membina universiti untuk ekonomi

c)

pengurusan baitul mal yang cekap

62.

Pilih pernyataan yang benar tentang faktor kegemilangan Kerajaan Bani Umayyah dari aspek ketenteraan.

a)

Pasukan tentera yang bersemangat jihad disebabkan gaji yang lumayan

b)

Kapal perang yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih

c)

Adaptasi strategi peperangan dengan meniru corak gerakan daripada Rom

63.

Berikut merupakan faktor kegemilangan kerajaan Umayyah kecuali

a)

Menjadikan masjid dan istana sebagi pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

b)

Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin

c)

Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat

d)

Sistem lantikan khalifah secara monarki

64.

Zaman kegemilangan Kerajaan Bani Umaiyah merujuk kepada zaman pemerintahan Khalifah

a)

Khalifah Muawiyah bin Yazid

b)

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

c)

Khalifah Marwan bin Al-Hakim

d)

Khalifah Hisyam bin Abdul Malik

65.

Maksud al-Muntaqim ialah.............

a)

Allah Maha Pembalas

b)

Allah Maha Mendengar

c)

Allah Maha Perkasa

d)

Allah Maha Melihat

66.

Membuka kota Istanbul pada tahun 837 hijrah

a)

Sultan Uthman bin Ertughrul

b)

Sultan Muhammad Al-Fateh

c)

Sultan Murad I

d)

Sultan Sulaiman Al-Qanuni

67.

Asal nama kerajaan Uthmaniyyah bersempena nama pengasasnya iaitu ______________________.

a)

Uthman bin Affan

b)

Uthman bin Ertughrul

c)

Muhammad Al-Fateh

d)

Sulaiman Al-Qanuni bin Salim

68.

Tempoh pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah adalah selama ________________.

a)

325 tahub

b)

425 tahun

c)

525 tahun

d)

625 tahun

69.

Bilangan khalifah yang memerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah ialah seramai ___________________ orang.

a)

35

b)

36

c)

37

d)

38

70.

Pilih TIGA bandar yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

a)

Sogut

b)

Bursa

c)

Urdun

d)

Istanbul

71.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada sumbangan Sultan Uthman bin Ertughrul?

a)

Mengasaskan kerajaan Turki Uthmaniyyah

b)

Mengisytiharkan kemerdekaan Anatolia daripada kerajaan Seljuk

c)

Memodenkan angkatan tentera laut

d)

Membuka Belgrade

72.

Pilih TIGA sumbangan yang tepat diberikan oleh Sultan Murad I selama pemerintahannya.

a)

Membuka Tunisia

b)

Membentuk pasukan Janissary

c)

Memodenkan angkatan tentera laut

d)

Menjadikan Edirne sebagai ibu negara

73.

Pernyataan berikut merujuk kepada sumbangan sultan _________________?


- Membuka Kota Konstantinople

- Mewakafkan Aya Sofea sebagai Masjid

- Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary

a)

Sultan Uthman bin Ertughrul

b)

Sultan Murad I bin Urkhan

c)

Sultan Muhammad Al-Fateh

d)

Sultan Sulaiman Al-Kanuni

74.

Antara berikut yang manakah bukan sumbangan Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I ?

a)

membuka Belgrade

b)

Membuka Algeria dan Tunisia

c)

memodenkan tentera laut

d)

menyusun undang2 yang dikenali sebagai Kanunname

75.

* Membuka Belgrade, Algeria dan Tunisia

* Menyusun undang-undang yang dikenali sebagai Kanunname


Kenyataan ini merujuk kepada jasa....

a)

Sultan Murad 1 Bin Urkan

b)

Sultan Uthman Bin Ertughrul

c)

Sultan Muhammad al Fateh

d)

Sultan Sulaiman al Qanuni

76.
Apakah yang menjadi titik tolak penyebaran Islam ke kawasan Balkan?
a)
Pembinaan masjid biru
b)
Penghijrahan orang Turki
c)
Perjanjian dengan Orhan I
d)
Penaklukan Constantinople