wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ulangkaji Geografi Tingkatan 3

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan kaedah pengumpulan maklumat kecuali

a)

Kaedah pemerhatian

b)

Andaian sendiri

c)

Banci

d)

Soal selidik

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

I Bentuk muka bumi

II Saliran

III Luluhhawa

IV Geomorfologi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Berikut merupakan jenis bentuk muka bumi yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar kecuali

a)

tanah tinggi

b)

tanah pamah

c)

muara sungai

d)

pinggir laut

4.

Salah satu contoh hidupan liar di kawasan bersaliran baik ialah

a)

biawak

b)

burung shoebill

c)

harimau

d)

buaya

5.

Apakah maksud tanih aridisols?

a)

Tanih yang kering dan tandus

b)

Tanih yang berpasir, liat dan lembap

c)

Tanih yang nipis, berasid dan beku

d)

Tanih yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput

6.

Apakah jenis pokok yang tumbuh di hutan paya air tawar?

I Mengkuang

II Keladi air

III Pokok ru

IV Kandis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi?

I Kawasan habitat

II Kawasan pemburuan

III Kawasan pertanian

IV Kawasan tadahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Aktiviti yang manakah menyebabkan kepupusan tumbuhan semula jadi?

I Pembalakan haram

II Penghutanan semula

III Pemburuan haram

IV Pertanian pindah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan hidupan liar di Malaysia?

I Itik

II Ketam

III Enggang

IV Seladang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Akta Perhutanan Negara 1984 diwujudkan untuk

a)

mewartakan hutan simpan

b)

menanam semula hutan yang ditebang

c)

memberikan pendidikan konservasi hutan

d)

mengehadkan kegiatan petanian pindah

11.

Apakah maksud sumber boleh baharu?

a)

Sumber yang sangat terhad

b)

Sumber yang akan kehabisan

c)

Sumber yang tidak akan kehabisan

d)

Sumber yang diperbaharu selepas lima tahun

12.

Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai sumber boleh baharu?

I Suria

II Hutan

III Petroleum

IV Arang batu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Antara yang berikut, yang manakah sumber mineral logam?

I Kaolin

II Bauksit

III Bijih besi

IV Batu granit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Antara yang berikut, sumber mineral yang manakah yang berbentuk cecair?

a)

Laterit

b)

Bauksit

c)

Petroleum

d)

Arang batu

15.

Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam sektor tertier?

I Perikanan

II Perlombongan

III Perdagangan

IV Pelancongan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Pulau peranginan yang terletak di negeri Sabah ialah

a)

Pulau Sipadan

b)

Pulau Redang

c)

Pulau Perhentian

d)

Pulau Cahaya Bulan

17.

Faktor yang menggalakkan penanaman kelapa sawit di Malaysia ialah

I tanih laterit yang subur

II kaki bukit yang rata

III suhu sederhana, iaitu 18°C

IV hujan tahunan melebihi 2 600 mm

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Apakah kepentingan kegiatan ekonomi di Malaysia?

I Kemajuan ekonomi negara

II Membuka peluang pekerjaan

III Menggalakkan kestabilan politik

IV Harga barangan pengguna menurun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Hidupan liar yang dapat ditemui di kawasan Hutan Daun Luruh Sederhana ialah

I unta

II badger

III beaver

IV anjing laut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah jenis hidupan liar yang ditemui di kawasan Hutan Monsun Tropika?

I Penguin

II Walrus

III Harimau bengal

IV Buaya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Tumbuh-tumbuhan lantai Hutan Monsun Tropika lebih padat berbanding dengan lantai Hutan Hujan Tropika kerana

a)

kurang spesies hidupan liar

b)

menerima cahaya matahari

c)

banyak bekalan karbon dioksida

d)

hujan sampai trus ke permukaan bumi

22.

Hutan yang manakah dapat dikaitkan dengan ciri tumbuh-tumbuhan yang berikut?

  • Hutan daun bentuk tirus
  • Daun pokok banyak dan lebar

a)

Hutan Hujan Tropika

b)

Hutan Daun Luruh Sederhana

c)

Hutan Konifer

d)

Hutan Monsun Tropika

23.

Antara yang berikut, kombinasi yang manakah paling tepat tentang negara dan sumber semula jadi yang terdapat di negara tersebut?

I Amerika Syarikat – Gas asli

II Arab Saudi – Petroleum

III Rusia – Geoterma

IV India – Bijih timah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Terdapat beberapa buah negara telah menjana tenaga elektrik berasaskan sumber semula jadi. Antara yang berikut, yang manakah benar?

I Australia – Biomas

II Jepun – Suria

III Iceland – Geoterma

IV Perancis – Arang batu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Penerokaan dan ekplorasi sumber secara berleluasa akan memberikan impak negatif terhadap alam sekitar, iaitu

a)

berlaku tekanan politik

b)

harga sumber meningkat

c)

flora dan fauna terancam

d)

kadar kemiskinan meningkat

26.

Negara yang menganggotai pertubuhan ASEAN ialah

I Brunei

II China

III Australia

IV Thailand

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Kerjasama ekonomi antarabangsa memberikan manfaat kepada negara-negara anggota. Apakah manfaat tersebut?

I Peluang meluaskan pasaran

II Mendapatkan tenaga buruh asing

III Perlindungankeselamatankontena

IV Memperoleh sumber secara percuma

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Antara yang berikut, kerjasama ekonomi antarabangsa yang manakah tidak dianggotai oleh Malaysia?

a)

ASEAN

b)

APEC

c)

WTO

d)

EU

29.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan pengurusan sumber hutan?

I Keseimbangan ekosistem

II Kawasan akuakultur

III Sumber bahan bakar

IV Ekopelancongan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Pengurusan sumber perlu dilaksanakan secara berkesan untuk

I menjamin bekalan berterusan

II mengurangkan kos penyelenggaraan

III menggalakkan pertambahan industri

IV mengekalkan keseimbangan ekosistem

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan konservasi biodiversiti ialah

a)

WWF

b)

FRIM

c)

PERHILITAN

d)

Jabatan Perhutanan

32.

Pilih kenyataan yang benar mengenai konsep kitar semula

a)

Menjual semula bahan sisa pepejal

b)

Memungut sisa pepejal untuk kegunaan peribadi

c)

Menjalankan aktiviti pembakaran sisa pepejal secara terbuka

d)

Memungut dan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori

33.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan amalan kitar semula?

I Meningkatkan suhu bumi

II Memelihara sumber hutan

III Meningkatkan pendapatan

IV Pencemaran udara meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Apakah kepentingan melaksanakan amalan Hari Tanpa Beg Plastik?

a)

Menjimatkan ruang kawasan pelupusan

b)

Meningkatkan pendapatan syarikat

c)

Mengurangkan sisa sukar dihapus

d)

Mengurangkan aktiviti pembalakan

35.

Pilih kenyataan yang benar mengenai amalan kitar semula di Jerman

a)

Garment Collecting

b)

Mewujudkan tong sampah muzikal

c)

Melaksanakan program Waste 21

d)

Mengunakan konsep Duales System Deutschland GmBH