wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1B1 RASUAH MUSUH NEGARA

Total questions: 16

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?

a)

Sesuatu pemberian atau penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas yang menyalahi undang-undang.

b)

Sesuatu pemberian atau penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas yang tidak menyalahi undang-undang.

c)

Sesuatu pemberian atau penerimaan suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas.

2.

Apakah akta yang menjatuhkan hukuman kepada pelaku rasuah?

a)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019

b)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

c)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2021

d)

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2020

3.

Berikut merupakan contoh-contoh kesalahan rasuah, KECUALI..

a)

hadiah

b)

bonus

c)

upah

d)

gaji

4.

Apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu terlibat dalam kesalahan jenayah rasuah?

a)

mengamalkan nilai-nilai murni

b)

menjauhi perbuatan rasuah

c)

ingin mengejar jawatan dan kedudukan

d)

tamak mengejar kemewahan

5.

Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai.......

a)

duit kopi

b)

duit tepi

c)

duit derma

d)

duit sewa

6.

Rasuah merupakan musuh negara kerana ...

a)

harga barang semakin naik

b)

menjejaskan kepercayaan rakyat

c)

mengancam keselematan rakyat dan negara

d)

melahirkan ramai jutawan dalam masa yang singkat

7.

Semua agama __________ perbuatan rasuah.

a)

melarang

b)

menyukai

c)

menyokong

d)

menggalakkan

8.

Berikut merupakan bentuk suapan kecuali ...

a)

wang

b)

diskaun

c)

jawatan

d)

masa lapang

9.

Seorang pemandu kereta memberikan Rm100 kepada pegawai polis trafik bagi menutup kesalahannya semasa memandu.


Situasi di atas menggambarkan contoh perbuatan ...

a)

meminta dan menerima rasuah

b)

menawar dan memberi rasuah

c)

mengemukakan tuntutan palsu

d)

menyalahgunakan kedudukan

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan rasuah kepada diri?

a)

Maruah keluarga tercemar

b)

Dikenakan hukuman penjara

c)

Harga barang dan perkhidmatan naik

d)

Menjejaskan keharmonian negara

11.

Nyatakan sama ada penyataan di bawah BETUL atau SALAH.


Rasuah akan melumpuhkan melumpuhkan fungsi perjalanan sesebuah syarikat.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Nyatakan sama ada penyataan di bawah BETUL atau SALAH.


Perbuatan rasuah perlu diterap sejak kecil agar semua murid dapat mengembangkan potensi diri masing-masing.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Nyatakan sama ada penyataan di bawah BETUL atau SALAH.


Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dapat membanteras gejala rasuah dengan lebih proaktif.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Nyatakan sama ada penyataan di bawah BETUL atau SALAH.


Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi tidak akan menyebabkan rasuah.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Nyatakan sama ada penyataan di bawah BETUL atau SALAH.


Pegangan agama dan jati diri yang kuat mampu menghindari diri daripada terjebak dalam rasuah.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Nyatakan sama ada penyataan di bawah BETUL atau SALAH.


Rasuah akan menjamin kehidupan seseuah keluarga.

a)

BETUL

b)

SALAH