NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SAINS KSSM SPM
Total questions: 25
Worksheet time: 49mins
Antara individu berikut, manakah yang mempunyai kadar nadi yang paling tinggi?
A
B
C
D
Antara tindakan berikut, yang manakah patut dilakukan oleh seorang guru jika muridnya memecahkan termometer merkuri di dalam makmal?
Lap tumpahan merkuri dengan tisu
Kutip termometer dan buang ke dalam tong sampah
Bersihkan tumpahan merkuri dengan menggunakan air yang banyak
Taburkan serbuk sulfur untuk menutup tumpahan daripada termometer
Apakah posisi yang sesuai bagi mangsa jika seseorang mahu melakukan bantuan Heimlich Manoeuvre kepadanya?
Berdiri tegak
Berbaring di atas lantai
Duduk di atas kerusi
Bersandar pada dinding
Apakah tujuan hembusan mulut ke mulut dilakukan semasa Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)?
Mengelakkan mangsa tercekik
Membolehkan jantung bergerak semula
Menghasilkan peredaran darah secara buatan
Membolehkan mangsa menerima udara beroksigen ke dalam peparu
Antara berikut, yang manakah menunjukkan bacaan tekanan darah normal bagi seorang lelaki dewasa?
Sistolik (mmHg) = 80
Diastolik (mmHg) = 80
Sistolik (mmHg) = 120
Diastolik (mmHg) = 80
Sistolik (mmHg) = 120
Diastolik (mmHg) = 120
Sistolik (mmHg) = 80
Diastolik (mmHg) = 120
Merujuk kepada Sektor Pengurusan Sisa, apakah kaedah yang paling berkesan untuk mengawal pencemaran akibat daripada bahan buangan plastik?
Kitar semula
Tanam dalam tanah
Bakar di tempat terbuka
Buang sisa ke dasar laut
Antara berikut, yang manakah langkah terbaik bagi menyokong Sektor Pengangkutan Hijau?
Kereta
Basikal
Motosikal
Bas
Maklumat berikut menunjukkan pokok tinggi dikacukkan dengan pokok kerdil baka tulen.
INDUK : Aa X aa
Apakah jangkaan nisbah bilangan pokok tinggi kepada bilangan pokok kerdil bagi anak-anak pokok itu?
1:1
1:2
2:1
1:2:1
Antara berikut, yang manakah contoh variasi yang boleh ditunjukkan dalam carta bar?
Ketinggian
Kepandaian
Berat badan
Warna anak mata
Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada sistem rangka manusia.
Y = Femur
Z= Tibia
Y = Patela
Z= Fibula
Y = Tibia
Z= Fibula
Y = Fibula
Z= Femur
Antara struktur berikut, yang manakah membantu menyokong pokok bunga orkid?
Akar banir
Akar sokong
Akar cengkam
Akar jangkang
Antara dadah berikut, yang manakah boleh menyebabkan halusinasi?
Alkohol
Kafeina
Ketamin
Barbiturat
Siti berasa sakit pada bahagian lehernya dan mendapati kelenjar tiroid membengkak. Kekurangan unsur yang manakah menyebabkan kelenjar tiroid Siti membengkak?
Besi
Iodin
Kalsium
Natrium
Apakah perubahan suhu cecair yang dapat diperhatikan apabila air suling yang sedang mendidih terus dipanaskan?
Suhu tetap
Suhu menurun
Suhu meningkat
Suhu menurun dan meningkat
Rajah 2 menunjukkan satu jadual berkala yang tidak lengkap.
Antara berikut, yang manakah benar tentang unsur P dan Q ?
Q ialah unsur logam
P mempunyai 5 elektron
Nombor proton P ialah 5
P ialah unsur separuh logam
Rajah 3 menunjukkan pembentukan bahan X melalui proses Y.
Apakah proses Y?
Pemvulkanan
Pempolimeran
Penggumpalan
Penyahpolimeran
Apakah kegunaan bakteria dalam industri makanan?
Untuk membuat kicap
Untuk membuat dadih
Untuk menghasilkan antibiotik
Untuk mencerna selulosa dalam perut herbivor
Antara aktiviti berikut, yang manakah mampu mewujudkan kesedaran dalam kalangan individu untuk memelihara dan memulihara alam sekitar?
Projek sungai angkat
Mengamalkan pembakaran terbuka
Menggalakkan penyedut minuman plastik
Menggalakkan pembuangan sisa tidak terbiodegradasi di tempat terbuka
Antara makanan berikut, yang manakah jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan pemendapan kolestrol pada saluran darah?
Gandum
Mentega
Ubi kentang
Minyak jagung
Rajah menunjukkan satu alat untuk mengukur suhu badan.
Apakah nama alat tersebut?
Termometer klinik
Termometer rektal
Termometer makmal
Termometer infra merah
Antara tindakbalas berikut, yang manakah memerlukan cahaya?
Elektrolisis
Penyaduran
Fotosintesis
Penulenan logam
Rajah 12 menunjukkan cara mengesan kebocoran paip air bawah tanah.
Antara isotop berikut, yang manakah digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah?
Iodin-131
Karbon-14
Natrium-24
Uranium-235
Gabungan aktiviti yang manakah paling baik untuk mengimbangi kesihatan mental?
P dan Q
P dan R
R dan Q
R dan S
Antara berikut yang manakah suhu badan normal bagi manusia?
32.6 Celcius
36.9 Celcius
39.6 Celcius
26.5 Celcius
Satu kebakaran kecil telah berlaku dalam sebuah makmal semasa menjalankan satu eksperimen yang melibatkan logam seperti magnesium dan natrium.
Antara jenis pemadam kebakaran berikut, manakah sesuai untuk memadam api tersebut?
Pemadam kebakaran jenis air
Pemadam kebakaran jenis buih
Pemadam kebakaran jenis serbuk kering
Pemadam kebakaran jenis karbon dioksida
