Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

percubaan semester 2

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah merupakan kata majmuk rangkai kata bebas?

I Kapal terbang

II tindak balas

III Tengah hari

IV Susu lemak manis

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

2.

Yang manakah bukan kata ganda berentak pengulangan vokal?

a)

A. Cerai-berai

b)

B. Lekak-lekuk

c)

C. Hingar-bingar

d)

D. Gotong-royong

3.

Yang manakah pasangan kata yang terdiri daripada kata nama terbitan bersisipan?

a)

A. Gelegak,gemilang

b)

B. Jelajah, tingkah

c)

C. Keruping, gerigi

d)

D. Gelembung, semerbak

4.

Yang manakah ayat yang mempunyai kata kerja berpenerang?

I Bapanya berniaga ayam di pasar borong setiap pagi.

II Lelaki yang lumpuh sebelah kaki itu bertongkat rotan.

III Model cilik itu berbajukan kertas yang kalis air.

IV Mereka bertolak ke pusat peranginan itu dua hari yang lalu.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

5.

Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja pasif?

I Kami berdua terlihat budak itu di bandar kelmarin.

II Fikirannya sering terganggu oleh kenangan lampau.

III Mereka bertolak ke pusat peranginan itu dua hari yang lalu.

IV Makanan tengah hari sudah terhidang di atas meja ketika dia pulang.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

6.

P - Imbuhan beR- yang membentuk kata kerja pasif

Q - Imbuhan beR- yang membawa maksud refleksif

I Baju itu berjahit dengan benang sutera.

II Badariah sedang berdandan di dalam bilik.

III Abang bersandar di batang pokok kelapa itu.

IV Kereta baharu ayah masih belum berbasuh lagi.

Padanan yang manakah yang betul bagi ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan P dan Q?

a)

A. P- I dan III

Q- II dan IV

b)

B. P-II dan IV

Q- I dan III

c)

C. P-III dan IV

Q-I dan II

d)

D. P- I dan IV

Q-II dan III

7.

yang manakah ayat yang mengandungi kata pascafrasa?

I Rafeah pandai benar membuat kuih.

II Muhaimin tertidur di atas sofa.

III Orang itu juga membeli buah durian.

IV Encik Umar pernah bekerja di Sabah.

a)

A. I dan III

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. II dan IV

8.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata adjektif ganda yang menunjukkan kesangatan?

a)

A. Pembahas dari sekolah itu hebat-hebat belaka.

b)

B . Pokok di halaman rumah itu renek-renek.

c)

C. Tudung yang kebiru-biruan itu sangat cantik.

d)

D. Pemuda yang kurus-kering itu berbaju lusuh.

9.

I Hati terasa amat kerdil.

II Air deras melonjak-lonjak di bawah.

III Perut dan dada tercalar apabila bergesel batang kelapa kerutu.

IV Sebutir air mata Mek Jarah jatuh di atas tapak tangan kanan hampir kena cincin.

Antologi : Kelapa Nan Sebatang

Jenis kata adjektif yang bergaris dalam ayat di atas ialah

a)

A. I - Ukuran

II- cara

III-pancaindera

IV-jarak

b)

B. I-bentuk

II-sifatan

III-ukuran

IV-cara

c)

C. I-sifatan

II-ukuran

III-pancaindera

IV-ukuran

d)

D. I-pancaindera

II-bentuk

III-ukuran

IV-jarak

10.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata bantu ragam?

I Fatimah baru sahaja menjemur kain.

II Adik masih belajar menunggang basikal.

III Raisha enggan menerima lamaran Yusuf.

IV Kita mesti menghormati kedua-dua ibu bapa.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

11.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa eksosentrik?

a)

A. Tembakan Aizzat mengenai sasaran.

b)

B. Kucing peliharaan Hamiza sungguh comel.

c)

C. Hasrol telah menyiapkan semua kerja kursus sejarah.

d)

D. Perbincangan isu pandemik dilakukan melalui sidang video.

12.

Ayat : Klausa tak bebas+klausa bebas

Ayat yang manakah yang menepati binaan di atas?

I Yang sudah berlalu biarkanlah sahaja.

II Kerana berasa malu Iffah tidak mahu datang ke sekolah.

III Puan Khairunisa sangat malu oleh sebab perbuatan anaknya.

IV Che Yasmeen menjelaskan bahawa dia tidak mahu bertanding.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

13.

Yang manakah bukan ayat dasar?

a)

A. Pelajar itu pernah gagal dalam peperiksaan.

b)

B. Adnan tidak pernah ke sana sejak bersara.

c)

C. Ceramah kesihatan itu tentang jangkitan Covid-19.

d)

D. Kami akan berangkat ke sana pada sebelah petang.

14.

Ayat yang manakah yang boleh menjadi ayat dasar dan ayat tunggal?

a)

A. Mereka belum buat kerja itu.

b)

B. Kemalangan itu sungguh ngeri.

c)

C. Alif pinjam buku itu daripada Adib.

d)

D. Kamalin duduk memerhatikan orang ramai.

15.

Yang manakah bukan kata akronim?

a)

A. AIM

b)

B. YUM

c)

.C KBAT

d)

.D UPSI