Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TERMOKIMIA

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

_________ ialah tindak balas yang melibatkan penyerapan haba daripada persekitaran.

a)

Tindak balas endotermik

b)

Tindak balas eksotermik

2.

Semasa pembakaran bahan api fosil, tenaga kimia di dalam bahan api ditukarkan menjadi...

a)

tenaga magnetik

b)

tenaga haba

c)

tenaga aura

3.

Yang manakah merupakan tindak balas yang berlaku pada Pek Sejuk Segera (Instant Cold Pack) apabila digunakan?

a)

Tindak balas eksotermik

b)

Tindak balas endotermik

4.

Suhu awal : 27⁰C

Suhu akhir : 45⁰C


Berdasarkan data keputusan di atas, apakah jenis tindak balas yang telah berlaku?

a)

Tindak balas endotermik

b)

Tindak balas eksotermik

5.

Tindak balas eksotermik menyebabkan perkara berikut berlaku :

a)

Suhu awal sama dengan suhu akhir

b)

Suhu awal lebih tinggi dari suhu akhir

c)

Menunjukkan peningkatan suhu

d)

Menunjukkan penurunan suhu

6.

_________ ialah tindak balas yang melibatkan pembebasan haba ke persekitaran.

a)

Tindak balas endotermik

b)

Tindak balas eksotermik

7.

State the meaning of the symbol above?

Nyatakan maksud simbol diatas?

a)

Heat Change

Perubahan Haba

b)

Hydrogen Change

Perubahan Hidrogen

c)

Measurement of height

Ukuran bagi ketinggian

d)

Delta H

Delta H

8.

Termokimia ialah

a)

Kajian tentang perubahan haba semasa tindakbalas kimia berlaku.

b)

Kajian tentang perubahan suhu semasa tindakbalas kimia berlaku.

c)

Kajian tentang perubahan masa semasa tindakbalas kimia berlaku.

9.

Berdasarkan rajah, nyatakan sama ada tindak balas tersebut adalah eksotermik atau endotermik.

a)

Eksotermik

b)

Endotermik

10.

Semasa tindak balas endotermik haba akan____________ yang menyebabkan suhu _______________________.

a)

diserap, menurun

b)

dibebaskan, menurun

c)

diserap, meningkat

d)

dibebaskan, meningkat

11.

Apakah ciri-ciri tindak balas endotermik?

a)

membebaskan haba ke persekitaran

b)

menyerap haba dari persekitaran

c)

suhu tindak balas tidak berubah

d)

suhu hasil tindak balas meningkat

12.

Bikar yang berisi larutan terasa panas selepas suatu tindakbalas. Apakah tindak balas yang berlaku?

a)

eksotermik

b)

endotermik

c)

nuklear

d)

peneutralan

13.

Persamaan antara tindak balas endotermik dan eksotermik ialah

a)

Suhu sekeliling akan menurun kerana tindak balas menyerap haba dari persekitarannya

b)

Merupakan tindak balas kimia

c)

Melibatkan perubahan tenaga haba

d)

Bacaan termometer menaik selepas tindak balas.

14.

Contoh aktiviti yang melibatkan tindak balas endotermik

a)

Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya matahari semasa proses fotosintesis.

b)

Respirasi membebaskan tenaga haba.

c)

Pembakaran kertas membebaskan tenaga haba dan cahaya.

d)

Natrium hidrogen karbonat dalam serbuk penaik menyerap tenaga haba semasa pembuatan kek.

15.

Berdasarkan rajah, pilih pernyataan yang BENAR

a)

Tindak balas X adalah eksotermik

b)

Haba dibebaskan ke persekitaran di dalam tindak balas X.

c)

Suhu persekitaran akan menurun di dalam tindak balas X

d)

Haba diserap dari persekitaran di dalam tindak balas Y

e)

Suhu persekitaran akan naik di dalam tindak balas Y.

16.

Peneutralan asid dan alkali merupakan contoh bagi tindak balas...

a)

endotermik

b)

eksotermik

17.

Pengaratan besi merupakan contoh bagi tindak balas ...

a)

endotermik

b)

eksotermik

18.

Antara berikut, yang manakah suatu tindak balas eksotermik?

a)

Penguraian kalsium karbonat oleh haba

b)

Pengekstrakan logam dari bijih

c)

Pembakaran petrol

d)

Fotosintesis

19.

Alia tidak sihat. Ibunya meletakkan satu tampalan di atas dahinya seperti ditunjukkan dalam rajah.

Bagaimanakah tampalan itu berfungsi?

a)

Membekal air sejuk kepada badan.

b)

Menyerap haba dari badan.

c)

Mengurangkan kesakitan

d)

Merangsang perpeluhan.

20.

Rajah menunjukkan penambahan ammonium klorida ke dalam air. Apakah jenis tindak balas kimia tersebut dan perubahan haba yang berlaku?

a)

Tindak balas kimia:Endotermik

Perubahan haba:Haba diserap dari persekitaran

b)

Tindak balas kimia:Endotermik

Perubahan haba:Haba dibebaskan ke persekitaran

c)

Tindak balas kimia:Eksotermik

Perubahan haba:Haba diserap dari persekitaran

d)

Tindak balas kimia:Eksotermik

Perubahan haba:Haba dibebaskan ke persekitaran

21.

Rajah menunjukkan satu tindak balas antara natrium dengan air. Apakah pemerhatian bagi tindak balas ini?

a)

haba diserap daripada persekitaran

b)

suhu air meningkat

c)

suhu air menurun

d)

bikar menjadi sejuk

22.

Diagram above shows an experimental set-up to investigate heat changes in chemical reaction.Which of the following statements is not true about the reaction?

Rajah diatas menunjukkan satu susunan eksperimen untuk menyiasat perubahan haba dalam tindak balas kimia.Antara pernyataan yang berikut, manakah tidak betul tentang tindak balas tersebut?

a)

This is an endothermic reaction.

Ini adalah satu tindak balas endotermik.

b)

Energy is released when bonds are formed.

Tenaga dibebaskan semasa ikatan terbentuk

c)

The heat energy changes (ΔH) is negative.

Perubahan tenaga haba adalah negatif.

d)

Heat is released into the surrounding.

Haba dibebaskan ke sekeliling.

23.

The diagram above shows what .....

Rajah diatas menunjukkan maksud.....

a)

Δ H: Negative/Negatif

b)

Δ H Positive/Positif

24.

Rajah menunjukkan satu gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas antara zink dan ion kuprum(II). Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang gambar rajah aras tenaga itu?

a)

Semasa tindak balas haba dibebaskan ke persekitaran

b)

Tindak balas yang berlaku adalah tindak balas ensotermik

c)

Sebanyak ykJ tenaga haba diperlukan untuk memulakan tindak balas

d)

Jumlah kandungan tenaga zink dan ion kuprum(II) lebih rendah daripada jumlah kandungan tenaga ion zink dan kuprum

25.

5g Serbuk zink di masukkan ke dalam 100cm3 larutan plumbum (II)nitrat 0.5moldm-3 . Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ditunjukkan di bawah.

Zn + Pb2+ → Zn2+ + Pb ∆H = -110kJmol-1

Hitung bilangan mol plumbum yang termendak

a)

0.05

b)

0.5

c)

0.01

d)

1.0

26.

5 g Serbuk zink di masukkan ke dalam 100cm3 larutan plumbum (II)nitrat 0.5moldm-3 . Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ditunjukkan di bawah.

Zn + Pb2+ → Zn2+ + Pb ∆H = -110kJmol-1

Hitung jisim zink yang tertinggal selepas tindak balas

[JAR Zn : 65]

a)

5g

b)

1.75g

c)

3.25g

d)

4.5g

27.

Apabila 50cm3 larutan argentum nitrat, 2.0 mol dm-3 ditambahkan ke dalam 50cm3 larutan kalium bromida, 2.0 mol dm-3, suhu campuran meningkat daripada 30.0 oC ke 42.5 oC. hitung haba pemendakan bagi tindak balas ini.

[muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 C-1, ketumpatan larutan = 1.0 g cm-3]

a)

-26.25 kJ mol-1

b)

-52.5 kJ mol-1

c)

+26.25 kJ mol-1

d)

+52.5 kJ mol-1

28.

5 g serbuk zink di masukkan ke dalam 100 cm3 larutan plumbum(II) nitrat 0.5 mol dm-3. Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ditunjukkan di bawah.

Zn + Pb2+ → Zn2+ + Pb ∆H = -110kJ mol-1

Hitung peningkatan suhu campuran tindak balas

[Muatan haba tentu larutan :4.2 Jg-1 C-1]

a)

3 oC

b)

13 oC

c)

10 oC

d)

14 oC

29.

Apabila 100 cm3 asid hidroklorik, HCl, dineutralkan oleh 100 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH dalam cawan polistirena, suhu bertambah sebanyak 6 oC. Berapakah haba yang dibebaskan semasa tindak balas ini?

a)

1470 J

b)

2520 J

c)

4410 J

d)

5040 J

30.

Apabila 40.0 cm3 asid hidroklorik, HCl 2.0 mol dm-3 ditambah kepada 100 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH 1.0 mol dm-3, x kJ tenaga haba dibebaskan.


Apakah isipadu asid sulfurik, H2SO4 2.0 mol dm-3 diperlukan untuk ditambah kepada 100 cm3 larutan natrium hidroksida NaOH 1.0 mol dm-3 untuk membebaskan tenaga haba yang sama?

a)

20.0 cm3

b)

40.0 cm3

c)

100 cm3

d)

125 cm3