Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPT T5 KIMIA 2021

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh polimer semulajadi?

a)

Susu getah

b)

Selulosa

c)

Nilon

d)

Kanji

2.

Rajah menunjukkan bahagian polimer yang terbentuk melalui tindak balas pempolimeran penambahan. Apakah nama polimer tersebut?

a)

Polietilena

b)

Getah asli

c)

Polivinil klorida

d)

Nilon

3.

Antara berikut, yang manakah BETUL mengenai ciri-ciri termoplastik?


I. ringan

II. tidak kenyal dan tidak fleksibel

III. tahan haba

IV. boleh dibentuk berulang kali

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

4.

2 Cara terbaik pelupusan polimer

a)

pengenalan polimer terdegradasi

b)

pembakaran

c)

tanam di dalam tanah

d)

penambahan bahan tambah untuk membolehkan barangan plsti terurai secara semulajadi oleh bakteria

5.

Namakan monomer bagi polimer getah asli

a)

stirena

b)

kanji

c)

isoprena

d)

vinil klorida

6.

Apakah maksud haba peneutralan?

a)

Haba yang diserap apabila asid bertindak balas dengan alkali

b)

Haba yang dibebaskan apabila asid bertindak balas dengan alkali.

c)

Perubahan haba apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas antara asid dan alkali

d)

Perubahan haba apabila satu mol garam terbentuk daripada tindak balas antara asid dan alkali.

7.

Pernyataan yang manakah TIDAK BENAR tentang lateks?

a)

Diperolehi daripada pokok getah

b)

Terbina daripada monomer yang dipanggil isoprena

c)

Wujud sebagai pepejal putih apabila asid lemah ditambah

d)

Tahan terhadap suhiu yang tinggi

8.

Rajah menunjukkan taut silang sulfur dalam getah tervulkan. Mangapakah taut silang sulfur penting dalam getah tervulkan?

a)

Menambah bilangan ikatan karbon ganda dua dalam getah asli

b)

Mencegah molekul getah daripada saling menggelongsor apabila getah diregangkan

c)

Getah tervulkan tidak tahan lama

d)

Mengurangkan takat lebur getah tervulkan

9.

100cm3air dipanaskan oleh pembakaran suatu sampel etanol. Suhu air meningkat sebanyak 25 oC.

Hitungkan haba yang dibebaskan daripada pembakaran lengkap etanol tersebut.

[Muatan haba tentu air = 4.2 Jg-1oC-1]

a)

10.5 J

b)

16.8 J

c)

595.2 J

d)

10500 J

10.

Rajah menunjukkan gambar rajah aras tenaga.

Antara berikut yang manakah benar?

a)

Tindak balas adalah eksotermik

b)

Tindak balas adalah endotermik

c)

Suhu campuran menurun.

d)

Tenaga haba diserap dari persekitaran

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan haba penyesaran?

a)

Perubahan haba apabila logam disingkirkan dari larutannya oleh suatu logam yang lebih elektropositif.

b)

Perubahan haba apabila logam disingkirkan dari larutannya oleh suatu logam yang kurang elektropositif.

c)

Perubahan haba apabila 1 mol logam disingkirkan dari larutannya oleh suatu logam yang lebih elektropositif.

d)

Perubahan haba apabila1 mol logam disingkirkan dari larutannya oleh suatu logam yang kurang elektropositif.

12.

Rajah menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi suatu tindak balas.

Apakah tenaga pengaktifan bagi tindak balas ini?

a)

y kJ

b)

x kJ

c)

(y – x) kJ

d)

(x – y) kJ

13.

Alat yang digunakan untuk mengukur perubahan suhu.

(a)  

14.

Semasa tindak balas eksoterma haba akan____________ yang menyebabkan suhu _______________________.

a)

Diserap, menurun

b)

Dibebaskan, menurun

c)

Diserap, meningkat

d)

Dibebaskan, meningkat

15.

Antara yang berikut, manakah bukan merupakan ciri-ciri suatu tindak balas endotermik?

a)

Tindak balas yang menyerap tenaga haba daripada persekitaran.

b)

Suhu sekeliling meningkat.

c)

Perubahan tenaga haba adalah positif.

d)

Kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih tinggi daripada tenaga bahan tindak balas.

16.

Alia tidak sihat. Ibunya meletakkan satu tampalan di atas dahinya seperti ditunjukkan dalam rajah.

Bagaimanakah tampalan itu berfungsi?

a)

Membekal air sejuk kepada badan.

b)

Menyerap haba dari badan.

c)

Mengurangkan kesakitan

d)

Merangsang perpeluhan.

17.

HCl(ak) + NaOH(ak) → NaCl(ak) + H2O(ce) ∆H = -57 kJ mol−1

jika Asid hidroklorik digantikan dengan asid sulfurik, berapakah nilai haba peneutralan yang akan diperolehi?

a)

∆H = -57 kJ mol−1

b)

∆H = -114 kJ mol−1

18.

60 cm3 larutan argentum nitrat 0.25 mol dm-3 bertindak balas dengan 60 cm3 larutan kalium bromida 0.25 mol dm-3 dengan suhu purata 290C. Mendakan kuning terbentuk dan suhu tertinggi dicapai ialah 320C. Tentukan haba tindak balas, ΔH.

a)

1512 J mol-1

b)

100.8 J mol -1

c)

100.8 kJ mol-1

19.

Apabila 50 cm3 argentum nitrat 1.5 mol dm–3 ditambahkan kepada 50 cm3 natrium klorida 1.5 mol dm–3, haba pemendakan ialah –80 kJ mol–1. Apakah perubahan suhu?

[Muatan haba tentu larutan = 4 J g–1 °C]

a)

7 °C

b)

14 °C

c)

21 °C

d)

28 °C

20.

Apabila bilangan atom karbon per molekul

alkohol bertambah maka pembakaran alkohol

menghasilkan lebih banyak molekul

a)

oksigen dan air

b)

karbon dan air

c)

karbon dioksida dan air.

d)

karbon monoksida dan air

21.

Antara berikut, yang manakah ialah sejenis sebatian organik?

a)

Kalsium karbonat

b)

Karbon monoksida

c)

Kapas

d)

Kapur

22.

Propana dan propena boleh dibezakan menggunakan...

a)

kertas litmus merah

b)

air bromin

c)

larutan kalium bromida

d)

larutan kalium dikromat (VI) berasid

23.

Propena boleh ditukarkan kepada propana melalui proses...

a)

Penghidratan

b)

Penghidrogenan

c)

Pengoksidaan

d)

Pendehidratan

24.

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi bahan tambah makanan?

a)

memperbaiki tekstur makanan

b)

mengurangkan kadar pengoksidaan makanan

c)

meningkatkan perisa makanan

d)

meningkatkan kadar pencemaran makanan

25.

Apakah bahan tambah makanan yang digunakan untuk mencegah keropok daripada menjadi tengik dan berubah rasanya?

a)

penstabil

b)

perisa

c)

pengantioksida

d)

pengawet

26.

Rajah tersebut menunjukkan satu bahan tambah makanan yang digunakan dalam memaniskan makanan.Apakah bahan tambah makanan tersebut?

a)

Aspartam

b)

Butil Butanoat

c)

MSG

d)

Gam Akasia

27.

Ubat manakah digunakan untuk merawat sakit kepala?

a)

Transkuiliser

b)

Streptomisin

c)

Aspirin

d)

Amfetamina

28.

Pernyataan manakah yang betul tentang ubat tradisional?

a)

Ubat tradisional dibuat oleh ahli sains di dalam makmal

b)

Semua ubat tradisional adalah selamat

c)

Ubat tradisional diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan

d)

Ubat tradisional telah diproses sebelum dijual

29.

Apakah siri homolog bagi lemak?

a)

Alkena

b)

Ester

c)

Alkohol

d)

Asid karboksilik

30.

Semasa proses penyediaan sabun, garam biasa ditambah selepas campuran dididihkan. Mengapa langkah ini penting?

a)

Untuk mengeringkan sabun

b)

Untuk menyingkirkan alkali berlebihan

c)

Untuk menambahkan keberkesanan sabun

d)

Untuk mengurangkan keterlarutan sabun dalam air