Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Mikroorganisma - Cikgu Wan

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.
Rajah 1 menunjukkan sejenis peralatan yang digunakan untuk melihat mikroorganisma. Apakah nama peralatan tersebut?
a)
Binokular
b)
Teleskop
c)
Mikroskop
d)
Stetoskop
2.
Padanan jenis-jenis mikroorganisma dan contoh yang manakah betul?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
3.
Mikroorganisma yang manakah boleh menjalankan proses fotosintesis?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
4.
Mikroorganisma adalah....
a)
Hidupan yang tidak boleh dilihat
b)
Hidupan seni yang tidak boleh dilihat
c)
Hidupan yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia
d)
Hidupan seni yang boleh dilihat dengan menggunakan alat seperti mikroskop
5.
Terdapat sejenis mikroorganisma yang hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron. Apakah jenis mikroorganisma tersebut?
a)
Alga
b)
Fungi
c)
Virus
d)
Protozoa
6.
Mengapakah mikroorganisma tidak boleh dilihat dengan mata kasar?
a)
Kerana ianya sangat kecil
b)
Kerana ianya tidak mempunyai warna
c)
Kerana ianya sentiasa bergerak-gerak
d)
Kerana ianya tidak mempunyai bentuk yang tertentu.
7.
Yis, mukor dan penicillium merupakan contoh.....
a)
Alga
b)
Fungi
c)
Virus
d)
Protozoa
8.
Paramecium dan ameoba merupakan dua contoh mikroorganisma. Di manakah mikroorganisma ini boleh ditemui?
a)
Di dalam air
b)
Di dalam tanah
c)
Berterbangan di udara
d)
Melekat pada badan haiwan, tumbuhan dan manusia.
9.
Antara mikroorganisma berikut, yang manakah termasuk dalam kumpulan bakteria?
a)
Mukor
b)
Spyrogira
c)
Salmonela
d)
Paramecium
10.
Antara berikut, apakah proses hidup yang dijalankan oleh semua mikroorganisma?
a)
Melakukan proses pernafasan
b)
Mencari ruang untuk bertumbuh
c)
Memilih pasangan untuk membiak
d)
Menjalankan proses fotosintesis untuk membuat makanan
11.
Rajah 9 menunjukkan keadaan gigi seorang kanak-kanak. Apakah mikroorganisma yang menyebabkan keadaan tersebut?
a)
Alga
b)
Virus
c)
Bakteria
d)
Protozoa
12.
Mikroorganisma boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit. Contoh penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma ialah?.
a)
Kurap
b)
Kegemukan
c)
Sakit jantung
d)
Kencing manis
13.
Rajah 8 menunjukkan pakej yang diisi dengan kari ayam. Pada pendapat kamu, apakah faktor yang membantu kari ayam ini boleh disimpan sehingga 3 bulan?
a)
Tidak terdedah kepada udara
b)
Telah dipanaskan sehingga mendidih
c)
Dimasak dengan bahan perisa tambahan
d)
Rempah kari membantu melewatkan makanan menjadi rosak.
14.
Rajah 7 menunjukkan faktor-faktor yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk bertumbuh. Apakah X?
a)
Gas karbon dioksida
b)
Keasidan yang sesuai
c)
Cahaya matahari yang terik
d)
Jumlah gula yang secukupnya
15.
Rajah 6 menunjukkan dua keping roti yang disimpan di dalam sebuah almari. Selepas seminggu didapati roti P bertukar menjadi kehitaman manakala roti Q tiada perubahan. Mengapa?
a)
Roti P nipis, roti Q lebih tebal
b)
Roti P dalam keadaan lembap, roti Q kering
c)
Roti P dalam keadaan kering, roti Q lembap
d)
Roti P adalah roti lama, roti Q adalah roti baharu
16.
Rajah 5 menunjukkan tompok-tompok hitam pada buah mangga yang disimpan di dalam kotak. Pada pendapat kamu, apakah yang menyebabkan demikian?
a)
Mikroorganisma membiak pada buah mangga tersebut
b)
Mikroorganisma di dalam kotak telah menjalani proses pernafasan
c)
Mikroorganisma bergerak dari kotak ke buah mangga tersebut
d)
Serangga telah menyebabkan buah mangga tersebut rosak.
17.
Rajah 4 menunjukkan hasil penyiasatan yang telah dijalankan oleh Anis dan rakannya. Doh ini telah dibiarkan selama 20 minit. Apakah proses hidup yang dijalankan oleh mikroorganisma yang terdapat dalam doh tersebut?
a)
Membiak
b)
Bernafas
c)
Bergerak
d)
Bertumbuh
18.

Yang manakah antara berikut BUKAN mikroorganisma?

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Berudu

d)

Protozoa

19.
Sekeping kek yang telah dibiarkan diletakkan di atas meja selama seminggu didapati berkulat. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat?
a)
Panas dan kering
b)
Panas dan lembap
c)
Sejuk dan kering
d)
Sejuk dan lembap
20.

Antara berikut, yang manakah Tidak Benar tentang ciri mikroorganisma?

a)

Boleh bernafas

b)

Boleh bertumbuh

c)

Boleh bergerak

d)

Boleh membawa bahaya kepada semua orang