Worksheetsayat tunggal dan ayat songsang
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pilih ayat majmuk dalam senarai ayat di bawah. (Pilih 2)
Lily ingin membeli ayam dan daging di kedai itu.
Dato' Lee Chong Wei adalah seorang atlet badmintn negara dan bekas pemain nombor satu dunia.
Perompak itu berjaya melepaskan diri.
Dia pergi ke Shah Alam menaiki kereta.
Manakah antara berikut merupakan ayat tunggal? (Pilih 2)
Kakak saya amat meminati tarian Zapin.
Zack gemar makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awak hendak ke pasar atau klinik?
Ayah sedang membasuh kereta.
Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.
-Pelakon itu sedang berucap gembira.
-Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.
-Pelakon itu sedang berucap di hadapan.
-Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.
-Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.
-Pelakon itu tersenyum gembira.
Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Soloz gemar membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik di laman web Youtube.
-Soloz gemar membuat kerja.
-Soloz mendengar muzik Youtube.
-Soloz gemar membuat kerja di sekolah.
-Soloz mendengar muzik di laman web.
-Soloz gemar membuat kerja sekolah.
-Soloz mendengar muzik di laman web Youtube.
Tukarkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol atau Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John boleh memilih Persatuan Bahasa sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kourikulumnya.
John memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John boleh memilih Persatuan Bahasa Sepanyol sebagai aktiviti kokurikulumnya.
John boleh memilih Persatuan Bahasa Jepun sebagai aktiviti kokurikulumnya.
Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
-Orang itu abang saya.
-Orang itu memakai cermin mata hitam.
Orang itu abang saya serta memakai cermin mata hitam.
Orang itu abang saya dan memakai cermin mata hitam.
Orang yang memakai cermin mata hitam itu abang saya.
Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
-Balqis sangat pintar.
-Firas sangat pintar.
-Mereka lulus dengan cemerlang
Balqis dan Firas sangat pintar untuk lulus dengan cemerlang.
Balqis dan Firas sangat pintar kerana mereka lulus dengan cemerlang.
Balqis dan Firas sangat pintar walaupun mereka lulus dengan cemerlang.
Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.
-Encik Hanif ialah guru Bahasa Melayu.
-Encik Hanif ialah guru Pendidikan Moral.
-Encik Hanif ialah guru berpengalaman luas.
Encik Hanif ialah guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral serta berpengalaman luas.
Encik Hanif ialah guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral yang berpengalaman luas.
Encik Hanif ialah guru Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan berpengalaman luas.
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan. Apakah susunan tersebut?
Susunan kebelakang dan kedepan
susunan yang diterangkan dan menerangkan
Susunan biasa dan susunan songsang
Gabungan dan pancangan
Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Sebanyak 15 hingga 25 bungkus beras dapat dimuatkan di dalam sebatang buluh.
Sebatang buluh boleh memuatkan sebanyak 15 hingga 25 bungkus beras.
Dalam sebatang buluh, sebanyak 15 hingga 25 bungkus beras dapat dimuatkan.
