NEW
Font size
WorksheetsKATA MAJMUK 2
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Ketika memotong sayur, ibu terpotong ______________nya sehingga berdarah.
ibu kota
ibu jari
jari ibu
ibu negeri
Semua ___________syarikat itu diberikan ganjaran sebanyak RM10 ribu kerana syarikat itu mengaut keuntungan yang besar pada tahun tersebut.
kaki bangku
suruhanjaya
kakitangan
kaki judi
Yuan Yuan kelihatan muram apabila mengetahui dia hanya mendapat _____________ dalam pertandingan bercerita itu.
panas hati
sagu hati
puas hati
tawar hati
Budak lelaki itu ingin ______________ daripada acara lumba lari itu kerana kakinya terpijak batu sebelum pertandingan.
melarikan diri
meragut diri
menolak diri
menarik diri
Pak Abu yang ________________ sering bangkit pada waktu subuh untuk pergi menoreh getah di kebun getahnya.
ringan tangan
ringan tulang
ringan mulut
lipas kudung
Penduduk di kampung hulu sungai itu mendapat bekalan air daripada ____________ yang terdapat di kaki bukit itu.
mata air
air mata
cuci mata
sejuk mata
Pengumpul barangan antik itu menggunakan sebatang _____________ untuk melihat corak yang diukir pada pasu tembaga itu supaya jelas kelihatan.
kanta tangan
kanta lekap
kanta cembung
kanta cekung
Pemandu itu disabitkan kesalahan kerana melanggar _______________ dalam keadaan yang mabuk.
lampu jalan
lampu bersyarat
lampu suluh
lampu isyarat
Song Jie mengambil _______________ keretanya lalu bergerak ke arah keretanya.
anak tunggal
anak kunci
anak kapal
anak tangga
Beberapa orang _____________ sedang melakukan pemeriksaan bagi memastikan kapal terbang berada dalam keadaan yang baik sebelum berlepas ke destinasi yang seterusnya.
anak tunggal
anak dagang
anak kapal
anak perahu
Sebagai seorang guru, Cikgu Soh sentiasa melaksanakan _______________ dengan berdedikasi.
tanggungjawab
setiausaha
jawatankuasa
sukarela
Ibu bapa tidak pernah bersikap ____________ terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa menyayangi kesemua anak mereka.
iri hati
pilih kasih
berat hati
berat mulut
Pihak sekolah telah menjalankan sesi _______________ bagi meraikan murid tahun satu yang baru masuk ke sekolah.
janji temu
tegur sapa
soal jawab
suai kenal
Shao Zhe sering me________________ aplikasi permainan dalam talian ke dalam telefon pintarnya.
muat turun
muat naik
reka cipta
reka bentuk
___________ terbenam di sebelah barat manakala terbit di sebelah timur.
Bulan purnama
Matahari
Cahaya mata
Bulan empat belas
