wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sambutan Maulidur Rasul 2021/1443H MRSM Semporna

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah usia Nabi Muhammad SAW ketika mendapat wahyu yang pertama?

a)

35 tahun

b)

38 tahun

c)

40 tahun

d)

41 tahun

2.

Gambar berikut merupakan Gua Hira'. Apakah sejarah gua berikut di dalam Islam?

a)

Tempat Nabi SAW berkahwin

b)

Tempat Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu pertama

c)

Tempat Nabi SAW beristirehat setelah penat bekerja

d)

Tempat Nabi Muhammad SAW dilahirkan

3.

Nyatakan peringkat Nabi berdakwah di Mekah?

a)

Sembunyi dan terang-terangan

b)

Sembunyi dan dari rumah ke rumah

c)

Bercakap di khalayak ramai dan pergi ke rumah jiran

d)

Memberi makan kepada keluarga dan jiran

4.

Berapakah tahun yang diambil oleh Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi sebelum berdakwah secara terang-terangan?

a)

2 tahun

b)

1 tahun

c)

4 tahun

d)

3 tahun

5.

Bagaimanakah perlakuan penduduk Tha'if kepada Rasulullah SAW semasa menyampaikan dakwah di sana?

a)

Diberikan hadiah yang berupa intan berlian.

b)

Rasulullah SAW dilempari dengan batu hingga kedua kaki baginda berdarah.

c)

Dijemput makan oleh penduduk Tha'if.

d)

Disambut dengan meriah.

6.

Peristiwa yang berlaku semasa tahun dukacita bagi Rasulullah SAW ialah ................

a)

Kewafatan Hassan dan Hussin

b)

Kewafatan Aminah dan Abdullah

c)

Kewafatan Saidatina Khadijah dan Abu Talib

d)

Kewafatan Saidina Ali dan Hussin

7.

Hijrah pertama yang berlaku di dalam Islam adalah hijrah ke.............

a)

Madinah

b)

Habsyah

c)

Quba

d)

Iraq

8.

Ketika peristiwa hijrah ke Madinah, orang Kafir Quraisy mengepung rumah Nabi SAW untuk berpakat membunuh Nabi Muhammad SAW. Akan tetapi rancangan itu telah digagalkan oleh Allah. Di antara berikut, apakah di antara sebab rancangan itu gagal?

a)

Saidina Ali berbaring di tempat tidur baginda untuk mengaburi orang-orang Quraisy

b)

Nabi SAW telah pergi terlebih dahulu sebelum rumah baginda dikepung

c)

Saidina Abu Bakar menggantikan Nabi SAW di atas tempat tidur baginda

d)

Mereka diugut akan dibunuh oleh Saidina Umar al-Khattab

9.

Nyatakan perjalanan Nabi SAW ketika peristiwa Isra' dan Mi'raj?

a)

Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa

b)

Dari Masjid Quba ke Masjidil Aqsa

c)

Dari Masjid Putrajaya ke Masjidil Aqsa

d)

Dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram

10.

Di antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hijrah ke Madinah adalah mempersaudarakan dua kaum. Nyatakan dua kaum tersebut.

a)

Kaum Ansar dan Quraisy

b)

Kaum Quraisy dan Kaum Jahsy

c)

Kaum Ansar dan Muhajirin

d)

Umat Islam dan Kaum Quraisy

11.

Berikut merupakan sebab kekalahan umat Islam semasa Perang Uhud ......

a)

Pasukan pemanah yang berada di atas bukit tergoda dengan ghanimah (harta rampasan perang)

b)

Bilangan tentera kaum Musyrikin melebihi tentera Muslimin

c)

Kaum Yahudi berpakat dengan kaum Musyrikin

d)

Disebabkan perjanjian dengan Yahudi Madinah

12.

Kelompok Yahudi Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' sering melanggar Piagam Madinah. Apakah hukuman yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW terhadap kelompok Yahudi tersebut?

a)

Memerangi mereka

b)

Penjara seumur hidup

c)

Mengusir mereka daripada Madinah

d)

Membuat perjanjian baharu dengan Yahudi Madinah

13.

Pada 6 hijriah, terdapat dua diplomasi penting yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Pilih dua jawapan di bawah:

a)

Membuat perjanjian Hudaibiyah

b)

Melaksanakan pembukaan kota Mekah

c)

Melakukan surat menyurat dengan para penguasa di luar Jazirah Arab, mengajak mereka memeluk Islam

d)

Berperang dengan kaum Quraisy

14.

Nabi Muhammad SAW wafat pada ................ , ...................

a)

10 Rabiul Akhir, 50 Tahun

b)

12 Rabiul Awwal, 63 Tahun

c)

13 Rabiul Awwal, 60 Tahun

d)

11 Syawal, 59 Tahun

15.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada ........................... di ........................

a)

Selasa 12 Safar Tahun Gajah, Quba

b)

Rabu 12 Rabiul Awwal Tahun Monyet, Madinah

c)

Isnin 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah, Mekah

d)

Isnin 24 Rabiul Akhir Tahun Gajah, Mekah

16.

Perang Badar Kubra merupakan perang pertama yang berlaku dalam sejarah Islam. Nyatakan sebab perang itu berlaku?

a)

Kaum Yahudi menyerang orang Islam

b)

Piagam Madinah kerap dilanggar oleh kaum Musyrikin

c)

Perjanjian bersama dikhianati

d)

Balas dendam terhadap kaum Quraisy

17.

Rasulullah SAW memiliki kekuasaan mutlak semasa berada di Madinah. Fokus yang dilakukan oleh Baginda SAW ketika itu ialah ...

a)

Fokus membangunkan masjid sebagai tempat menyebarkan ilmu dan pusat pemerintahan

b)

Fokus dalam berniaga

c)

Fokus dalam membersihkan kaum Yahudi di Madinah yang terus melemahkan pemerintahan Islam

d)

Fokus dalam membela kaum Aus dan Muhajirin

18.

Penggubalan piagam Madinah merupakan perjanjian dengan (a)   .

19.

Pada 8 Hijrah, kota Mekah berjaya dibebaskan tanpa titisan darah. Apakah nama peristiwa tersebut?

(a)  

20.

Rasulullah SAW melaksanakan haji perpisahan bersama 100 ribu kaum. Apakah nama haji tersebut?

a)

Badal Haji

b)

Haji Kubra

c)

Haji Sughra

d)

Haji Wida'

21.

Nabi Muhammad SAW memiliki 7 orang anak, _______________ & ___________________.

a)

2 lelaki & 5 perempuan

b)

3 lelaki & 4 perempuan

c)

4 lelaki & 3 perempuan

d)

5 lelaki & 2 perempuan

22.

Siapakah nama isteri yang pertama dinikahi oleh Rasulullah SAW?

a)

Saidatina Khadijah binti Khuwaild

b)

Saidatina Mariyah al-Qibthiyyah

c)

Saidatina Aisyah binti Abu Bakar

d)

Saidatina Juwairiyah binti al-Harits

23.

Di antara senarai berikut, siapakah yang BUKAN isteri Rasulullah SAW?

a)

Saidatina Shafiyyah binti Huyai

b)

Saidatina Ummu Habibah Ramlah

c)

Saidatina Asma binti Abu Bakar

d)

Saidatina Hafsah binti Umar al-Khattab

24.

Siapakah nama anak-anak perempuan Nabi Muhammad SAW ?

a)

Zainab, Fatimah, Ruqayyah & Hafsah

b)

Khadijah, Fatimah, Aisyah & Hafsah

c)

Zainab, Fatimah, Ruqayyah & Ummu Kalsum

d)

Zainah, Khadijah, Ruqayyah & Ummu Kalsum

25.

Anak-anak lelaki Nabi Muhammad SAW meninggal saat masih kecil.


Adakah pernyataan di atas benar?

a)

Betul

b)

Salah