wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA

Total questions: 25

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Seorang __________ keselamatan berjaya menggagalkan cubaan untuk merompak sebuah bank.

a)

pentadbir

b)

pengerusi

c)

pemimpin

d)

pengawal

2.

Pak Mahat mengukir kayu itu dengan menggunakan sebilah _____________

a)

kapak

b)

pahat

c)

parang

d)

gergaji

3.

Beberapa ________serai dan pandan hidup subur di tepi pagar rumah mak ngah

a)

ruas

b)

gugus

c)

rumpun

d)

lembar

4.

Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.

a)

mencalit

b)

mencoret

c)

mencelup

d)

mencalar

5.

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

a)

bersemayam

b)

bersiram

c)

bertabal

d)

beradu

6.

Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.

a)

comot ... terputus

b)

pudar ... tertatal

c)

lusuh ... meretas

d)

kusam ... mengoyak

7.

—Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk ____________ jala yang koyak.

a)

mencuci

b)

menenun

c)

menyirat

d)

menjala

8.

Pilih ayat yang betul.

a)

Hazman menyatakan yang dia sudah sihat.

b)

Hazman menyatakan bahawa dia sudah sihat.

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kamu harus mengikut nasihat doktor agar supaya cepat sembuh.

b)

Kamu harus mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh.

10.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jumpalah doktor bila sakit.

b)

Jumpalah doktor apabila sakit.

11.

Pilih ayat yang betul.

a)

Adalah dimaklumkan bahawa semua pejabat kerajaan ditutup esok.

b)

Dengan ini dimaklumkan bahawa semua pejabat kerajaan ditutup esok.

12.

—Razi ______________ keluar batu-batu kecil

yang terlekat pada kasutnya.

a)

mencolek

b)

mencucuk

c)

mencuit

d)

mencungkil

13.
Anggota - anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
makan hati
d)
makan garam
14.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
15.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
16.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
17.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
18.

RTM dan TV3 akan ____________ siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia pada pukul 8.00 malam nanti.

a)

menonton

b)

menyiarkan

c)

melaporkan

d)

memberitahu

19.

Pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan bercadang untuk ____________ jambatan yang telah rosak itu.

a)

memperbaikkan

b)

perbaikan

c)

membaiki

d)

kebaikan

20.

Nyatakan pola ayat bagi ayat berikut.


Beliau merupakan pengetua baru di sekolah itu.

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FA

d)

FN + FS

21.

Pemain pertahanan itu duduk lalu mengurut-urut bahagian betisnya yang ________________

a)

kembang

b)

ketat

c)

kecut

d)

kejang

22.

Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yang ____________ itu.

a)

suntuk

b)

sempit

c)

rapat

d)

cetek

23.

Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.

a)

bersinar-sinar

b)

berpinar-pinar

c)

berbalam-balam

d)

berpusing-pusing

24.

_______________ kerbau sedang meragut rumput di padang itu.

a)

Segerombolan

b)

Sekumpulan

c)

Sepasukan

d)

Seangkatan

25.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Liza menjemput rakan-rakannya berhari raya ke rumahnya.

b)

Juliana menjemput tetamunya menjamu selera.

c)

Tetamu menjemput masuk ke majlis makan malam itu.

d)

Nenek menjemput lidi untuk dibuat penyapu.