Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu 02

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Encik Wong _________ air kopi yang masih panas itu dengan perlahan.

a)

menghirup

b)

menyedut

c)

menelan

d)

menghisap

2.

Kakak _____________ baju kotor di dalam sebuah baldi.

a)

menyiram

b)

menyimbah

c)

merendam

d)

merenjis

3.

Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.

a)

kerana

b)

agar

c)

jika

d)

atau

4.

Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ juga baik hati.

a)

walaupun

b)

tetapi

c)

manakala

d)

dan

5.

Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak

a)

supaya

b)

hingga

c)

setelah

d)

tatkala

6.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang disediakan.

Ayat : Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengahjam sahaja.

a)

Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.

b)

Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.

c)

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.

d)

Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

7.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang disediakan.

Ayat : Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

a)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

b)

Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

c)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

d)

Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.

8.

_________ orang warga asing yang tinggal di rumah itu telah ditahan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

a)

Seorang

b)

Beberapa

c)

Seratus

d)

Sebilangan

9.

__________ kemudahah awam telah disediakan oleh pihak kerajaan, namun sesetengah orang tidak pandai untuk menghargainya.

a)

Semua

b)

Kesemua

c)

Pelbagai

d)

Banyak

10.

Sikap ________ daripada masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam di negara ini.

a)

setengah

b)

sebahagian

c)

seluruh

d)

sekalian

11.

Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.

a)

sangat

b)

benar

c)

nian

d)

sekali

12.

Karangan saya telah terpilih memenangi kategori tulisan yang __________ cantik antara peserta-peserta yang bertanding.

a)

begitu

b)

sekali

c)

sungguh

d)

paling

13.

Rohana _________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain.

a)

begitu

b)

agak

c)

sekali

d)

betul

14.

Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu__________siap sebulan yang lalu.

a)

mesti

b)

masih

c)

telah

d)

akan

15.

Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.

a)

masih

b)

sudah

c)

mesti

d)

sedang

16.

“Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Azie.

a)

akan

b)

hendak

c)

sudah

d)

belum

17.

“ Mesin basuh yang baru tiba itu ___________?” tanya Fatihah kepada jurujual itu.

a)

mana

b)

apa

c)

ini

d)

siapa

18.

Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Mihad.

a)

ini

b)

itu

c)

sini

d)

situ

19.

Ulang tahun kemerdekaan negara kita pada tahun _____________ jatuh pada hari Jumaat.

a)

itu

b)

ini

c)

sana

d)

sini

20.

Adik ___________ biskut kegemarannya hingga hancur.

a)

menelan

b)

mengoyak

c)

memotong

d)

mengunyah