wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______
a)
ia
b)
dia
c)
mereka
d)
beliau
2.
"Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
a)
mereka
b)
engkau
c)
kalian
d)
dia
3.

Setiap orang______________pendapat yang berbeza-beza tentang pelantikan Aizat sebagai ketua murid.

a)

menerima

b)

memberikan

c)

mengambil

d)

menyediakan

4.

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

a)

bersemayam

b)

bersiram

c)

bertabal

d)

beradu

5.

Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.

a)

comot ... terputus

b)

pudar ... tertatal

c)

lusuh ... meretas

d)

kusam ... mengoyak

6.

—Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.

a)

menyeberang

b)

menongkah

c)

menyusur

d)

meredah

7.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

8.

Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.

a)

nian

b)

betul

c)

benar

d)

paling

9.

Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

10.

Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

biar lambat asal selamat

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

nasi sudah menjadi bubur

11.

Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Fatin telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.

a)

mekar

b)

rimbun

c)

kuncup

d)

kembang

12.

Keindahan sawah yang luas terbentang itu __________ sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ.

a)

memukau

b)

menghijau

c)

merisaukan

d)

membosankan

13.

Mak Minah _______ kuih pau di dalam sebuah periuk.

a)

menanak

b)

merebus

c)

mengukus

d)

menggoreng

14.

“Daging ini hendaklah...............................sehingga lumat, “ kata ibu kepada Suzana.

a)

ditetak

b)

dihiris

c)

dikerat

d)

dicencang

15.

______________yang dilakukan oleh pemain bola sepak itu sungguh menarik.

a)

Jaring

b)

Jaringan

c)

Penjaring

d)

Menjaringkan

16.

Dahan pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun.

a)

ditebang

b)

dicantas

c)

dipicit

d)

dipetik

17.

Adik menangis apabila layang-layangnya ____________ pada sebatang pokok.

a)

terjerat

b)

terjebak

c)

tergantung

d)

tersangkut

18.

Ibu menyuruh adik ______________ bawang besar itu nipis-nipis.

a)

menghiris

b)

mengupas

c)

menumbuk

d)

mencencang

19.

Nenek sedang ____________________

a)

menjahit pakaian

b)

menenun songket

c)

melukis gambar

d)

menganyam tikar

20.

Puan Kamalia ____________ubat herba untuk anaknya yang sakit.

a)

memasak

b)

mereneh

c)

menanak

d)

menjerang