wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tahun 4 Ahad 17.10.2021

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Perajurit sanggup berjuang matian-matian untuk mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta. Pengorbanan mereka amat besar kepada agama, bangsa dan negara.


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah ________

a)

biar lambat, asal selamat

b)

biar mati anak, jangan mati adat

c)

biar putih tulang, jangan putih mata

d)

biar pecah diperut, jangan pecah dimulut

2.

Puan Salwa melarang anaknya melayari laman sosial terlalu lama.


Pilih perkataan sinonim bagi melarang.

a)

menegah

b)

menangkis

c)

mengawal

d)

mengadang

3.

"Ayah, izinkan ________ menyertai aktiviti perkhemahan di sekolah pada hujung minggu ini," kata Shafiq kepada ayahnya.

a)

aku

b)

saya

c)

kami

d)

mereka

4.

Tiang rumah kosong di hujung kampung itu reput dimakan ________.

a)

biri-biri

b)

anai-anai

c)

kura-kura

d)

labah-labah

5.

Azri ________ membuktikan kemampuannya dalam bidang nyanyian dengan menyertai program pencarian bakat baharu itu.

a)

masih

b)

belum

c)

sedang

d)

mahu

6.

Cik Ayu menyusun barang-barang jualannya dengan kemas di ________ di tepi tingkap.

a)

kisi-kisi

b)

siku-siku

c)

para-para

d)

balang-balang

7.

En Razali sering membawa anak-anaknya ________ di pusat beli-belah.

a)

tidur-tidur

b)

jalan-jalan

c)

main-main

d)

baring-baring

8.

Kehidupan Mak Cik Aini ________ akibat sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

a)

gelap-gelita

b)

hingar-bingar

c)

porak-peranda

d)

compang-camping

9.

"Kita ________ bantu-membantu untuk menjayakan projek ini," kata Aidil kepada kawan-kawannya.

a)

mesti

b)

masih

c)

sedang

d)

hendak

10.

Para pembesar negeri mengiringi ________ Sultan Kedah ke majlis yang penuh istiadat itu.

a)

pemergian

b)

pemasyhuran

c)

persemayaman

d)

keberangkatan

11.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Pasar raya itu akan dicat menjelang Tahun Baru Cina.

a)

Bilakah pasar raya itu akan dicat?

b)

Apakah warna pasar raya itu?

c)

Mengapakah pasar raya itu dicat?

d)

Siapakah yang mengecat pasar raya itu?

12.

Pilih ayat yang betul.


I Kusut masai rambut Zamri kerana dia baru bangun daripada tidur.


II Puan Juriah berjanji akan menghantar kami ke Batu Pahat pada malam nanti.


III Kim Seng telah kemenangan tempat pertama dalam acara baling tukul besi.


IV Abang tersandar kepada kerusi akibat kepenatan setelah bekerja sehari-harian.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Akmal mempunyai tiga buah buku akaun simpanan bank.


II Buku almari itu dibalut dengan kain.


III Banyak buku yang hangus apabila perpustakaan sekolah itu terbakar.


IV Jam itu digantung pada buku dinding.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Semua jawapan yang diberikan oleh Saiful salah kerana dia ________ sahaja.

a)

cepat tangan

b)

tin kosong

c)

telinga lintah

d)

serkap jarang

15.

" ________ akan berangkat ke Eropah pada minggu hadapan," titah Sultan Kelantan kepada para menteri.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Tuanku

16.

Ikan yang berbau ________ itu hendaklah direndam di dalam perahan limau nipis selama beberapa jam.

a)

hamis

b)

hapak

c)

hanyir

d)

tengik

17.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Yuen akan ke padang sekiranya hari tidak hujan.

a)

Hari tidak akan hujan sekiranya Yuen ke padang.

b)

Sekiranya hari tidak hujan, Yuen pasti akan ke padang.

c)

Sekiranya Yuen ke padang pasti hari tidak akan hujan.

d)

Yuen tidak akan ke padang sekiranya hari tidak hujan.

18.

Irfan merupakan ________ pasukan Harimau Malaya. Maka,tidak hairanlah segala kehendaknya dituruti.

a)

tulang atas

b)

kaki ayam

c)

kaki bangku

d)

tulang belakang

19.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah yang dilakukan oleh Kamaruddin?

a)

Datuk memanggil Kamaruddin untuk mencabut uban pada rambutnya.

b)

Kamaruddin sedang mencabut uban pada rambut datuknya di anjung rumah.

c)

Kamaruddin akan diberikan upah kerana telah mencabut uban datuknya.

d)

Rambut datuk Kamaruddin sudah banyak yang berwarna putih.

20.

Sakinah tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana dia seorang yang kedekut dan digelar ________.

a)

hati batu

b)

keras kepala

c)

tangkai jering

d)

buruk siku