Font size
Worksheetssistem bahasa pt3
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Semua murid tingkatan 3 diarahkan berhimpun dalam padang sekolah tepat pada pukul 7:30 pagi untuk senamrobik.
Pilihkan kesalahan dalam ayat di atas.
Semua murid
dalam padang sekolah
pada
untuk
Kebanyakan remaja Malaysia ........ kerana cara pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlebihan-lebihan.
penyakit
menyakiti
berpenyakit
brepenyakitan
Persekitaran dunia digital menjadikan para pengguna berasa ...... ketika menggunakannya.
leka
ghairah
girang
gilau
"Berapakah harga lima____________petai ini?" tanya Puan Mariam kepada peniaga itu.
biji
ulas
buah
papan
Encik Lim menggunakan pemutar skru untuk_____________penutup tin cat yang baru dibelinya.
menarik
menebuk
mengorek
mencungkil
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Senarai (A) barang-barang keperluan telah diedarkan oleh pihak (B) urus setia kepada peserta kursus kepimpinan (C) pengawas sebelum pendaftaran.
(D) Tiada kesalahan
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Gadis (A)manis berbaju kebaya (B)merah jambu itu kelihatan (C)anggun apabila mengenakan pakaian tradisional tersebut.
(D)Tiada kesalahan
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Penunggang motosikal dinasihatkan (A)agar tidak memecut dan berwaspada (B)bila melalui selekoh yang (C)kadangkala amat berbahaya kepada diri dan pengguna jalan yang lain.
(D)Tiada kesalahan
A
B
C
D
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan (A), (B) atau (C) dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan (D).
Azlan dan ahli keluarganya begitu (A)ceria dan bergembira ketika (B)mengacau dodol dan (C)merebus lemang untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari esok.
(D)Tiada kesalahan
A
B
C
D
Tandakan ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Setiap orang mempunyai pandangan sendiri tentang sesuatu perkara.
Pandangan di atas bukit itu sangat cantik terutama pada waktu pagi.
Pandangan wanita tua itu tertumpu kepada cucunya yang sedang bermain tingting.
Murid-murid pandangan sambil tersenyum sebelum menjawab pertanyaan guru mereka.
Para pembahas itu mempertahankan __________ mereka dengan bukti-bukti yang relevan.
pendapat
pandangan
hujah
komen
Pemandu-pemandu itu didenda dalam sekatan jalan raya kerana tidak patuh ________ peraturan lampu isyarat.
pada
terhadap
akan
oleh
Bantuan itu _________ dapat meringankan beban petani pada musim kemarau ini.
seakan-akan
semahu-mahu
seboleh-boleh
sekurang-kurang
Ketika tidak turun ke laut, Pak Cik Tawi dan rakan-rakannya _______ jala yang koyak.
menyulam
menyirat
menjahit
menampal
Silat merupakan seni pertahanan diri yang tidak _________ ditelan zaman.
lupus
luput
hapus
hangus
Layang-layang yang putus tali itu __________ di angkasa raya.
terawang-awang
terumbang-ambing
terhuyung-hayang
teralun-alun
Para pelancong terkejut apabila melihat seekor ikan paus _________ di pantai peranginan tersebut.
terlantar
terdampar
terhampar
terlentang
Ketua pasukan bola sepak itu _______ piala yang baru dimenangi itu selepas pasukannya menewaskan lawan pada peringkat akhir.
melonjak
mengangkat
menjunjung
menjulang
Beliau seorang tokoh _______ yang disegani kerana mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat dan kesenian negara.
karyawan
budayawan
usahawan
dermawan
Tiga orang _____ asing ditahan oleh pihak berkuasa maritim dan hasil tangkapan mereka dirampas kerana menceroboh perairan negara.
nakhoda
pekerja
nelayan
pengawal
bangunan lama yang bersejarah itu sedang ______ tanpa mengubah bentuk asalnya sebagai khazanah warisan negara.
dibaik pulih
diambil alih
diubah suai
dikitar semula
Pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat akan dijalankan di segala pintu masuk negara bagi mencegah aktiviti penyeludupan.
ketat
segala
mencegah
tiada kesalahan
Saya terdengar akan Hafizi memanggil lagi nama saya.
memanggilkan nama saya lagi
lagi memanggil nama saya
memanggil nama saya lagi
memanggil lagi nama saya
Harga sebungkus nasi goreng itu hanya dua setengah ringgit sahaja.
dua setengah ringgit sahaja
hanya dua ringgit setengah
hanya dua ringgit setengah sahaja
hanya dua setengah ringgit sahaja
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di
kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Cikgu Khuzaimah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajar
mengajari
mengajarkan
menunjuk ajar
Angah mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya,
menyerkupkan
menyerkapkan
menyarungkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
prasyarat
prasarana
prasejarah
prasekolah
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
bersemayam
bersiram
bertabal
beradu
Abang terpaksa___________basikal kerana tayar basikalnya bocor.
A. menolak
B. menonton
C. menuntun
D. mengheret
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Dia memerah mukanya dengan pewarna.
II Manjit sedang memerah susu lembu.
III Langit di sebelah barat sudah mulai memerah.
IV Siang malam dia memerah keringat mencari duit.
A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. III dan IV sahaja.
II, III dan IV sahaja.
Pilih peribahasa yang sesuai.
Soalan:
"Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung," kata Encik Fadli kepada anaknya.
Menangguk di air keruh
Sebelum ajal berpantang mati
Sudah terhantuk baru terngadah
Menarik rambut di dalam tepung
Kakak membantu ibu untuk _________ tauge dan ________ sup untuk menyediakan mihun soto.
mencelur ... mereneh
merebus ... mendidih
mencelur .... mendidih
menggoreng ... mereneh
Siti berasa ________ ketika mengambil keputusan peperiksaan PT3 baru-baru ini.
cuak
risau
kekok
ganjil
Sultan Kedah telah ______ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri Kedah.
menyerahkan
mengurniakan
menyampaikan
menganugerahkan
