NEW
Font size
WorksheetsSoalan tatabahasa tahun 6
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Beberapa orang _________________ sedang menggayakan fesyen rekaan yang terkini di atas pentas.
Bantal yang lama tersimpan di dalam almari tu berbau_____________.
hancing
hapak
tengik
hanyir
Mak Timah _______________ beras menggunakan nyiru untuk mengasingkan padi yang hampa.
menapis
menampi
melantun
menimbang
Chin Yee berasa ______________________ apabila melihat ke bawah dari atas menara itu.
gayat
seram
hairan
kusut
Bapa bekerja ________________ mencari rezeki untuk menyara hidup kami sekeluarga.
tungkus-lumus
lintang-pukang
pontang-panting
hingar-bingar
Raja Ahmad dan ayahanda _________________ akan pergi memburu di hutan pada pagi esok.
beta
patik
baginda
tuanku
"_____________ perlu berangkat ke Pasai," titah Sultan Mahmud kepada Bendahara.
Tuanku
Baginda
Beta
Hamba
Encik Teo sedang _________________ roti canai di warungnya.
menebar
menebal
menampi
menggoreng
_____________________ itu memberikan layanan yang mesra kepada penumpang.
Jurujual
Pragawati
Pramugari
Pramugara
Pak Saad menggunakan ______________ jala untuk menangkap ikan di sungai.
sekaki
sebuah
sehelai
serawan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan BURUK secara betul.
I Cuaca BURUK menyebabkan permainan ini terpaksa dibatalkan.
II Rumah yang BURUK itu kelihatan baharu setelah dicat semula.
III Menjual besi BURUK juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.
IV Salman tidak mempunyai banyak kawan kerana sikunya BURUK.
I dan III
III dan IV
I, II dan III
I, II, III dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkataan MENAHAN secara betul.
I Pihak polis telah berjaya MENAHAN penjenayah yang kejam itu.
II Kamilah berjalan tergesa-gesa lalu MENAHAN sebuah teksi.
III Bekalan makanan untuk mangsa banjir itu MENAHAN untuk seminggu.
IV Ayah MENAHAN pagar yang condong itu dengan sebatang kayu.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam?
Saya gemar mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan.
Saya lebih tenang mengulang kaji pelajaran pada waktu itu.
Saya lebih suka mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
Saya mengulang kaji semua mata pelajaran penting pada masa itu.
Cikgu tetap mengajarkan Matematik ________________ ramai murid tidak hadir ke kelas tambahan itu.
sementara
jangankan
manakala
biarpun
_____________ beberapa kali mencuba, dia gagal menjawab soalan itu dengan betul.
Namun
Walaupun
Sedangkan
Bagaimanapun
Tandas yang berbau ______________ itu tidak dicuci oleh pekerja sejak dua hari yang lepas.
hanyir
kusam
hancing
kelat
"__________ kerja masing-masing dan __________ mengganggu pelajar lain." kata Cikgu Ghazali.
Bina.......entah
Latih.....tiada
Buat......jangan
Cuba......enggan
Jurang perbezaan yang terlalu besar
Bagai tikus jatuh ke beras
Bagai bulan jatuh ke riba
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai langit dengan bumi
Orang yang selalu bertengkar
Bagai aur dengan tebing
Air dicincang tidak akan putus
Seperti anjing dengan kucing
Bagai dihiris sembilu
Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan
Seperti rumput di tepi jalan
Bagai tikus jatuh ke beras
Berpantang maut sebelum ajal
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
