wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ekonomi Form 4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Ilmu Ekonomi ialah ilmu sains sosial mengkaji bagaimana manusia

a)

mengatasi masalah kos lepas

b)

memenuhi kehendak yang terhad

c)

mengagihkan sumber ekonomi

d)

mengurangkan pembaziran sumber

2.
Kekurangan wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi
a)
terhad
b)
tidak terhad
c)
bersifat boleh diperbaharui
d)
bersifat tidak boleh diperbaharui
3.
Apakah kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas dalam penentuan harga barang?
a)
Harga barang adalah tetap
b)
harga barang aadalah dikawal
c)
harga barang adalah minimum
d)
harga barang mengikut kuasa permintaan dan penawaran
4.

Kemajuan teknologi dalam pengeluaran menyebabkan

a)

penawaran bertambah

b)

permintaan bertambah

c)

permintaan berkurang

d)

penawaran berkurang

5.

Apakah penentu yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri?

a)

Peningkatan harga barang itu

b)

Penurunan kadar cukai pendapatan individu

c)

Pertambahan cita rasa barang itu

d)

Kempen pengiklanan bagi barang pengganti berjaya

6.

Maklumat berikut berkaitan ketidakseimbangan. " Apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta". Apakah yang akan berlaku?

a)

Kekurangan barang

b)

Permintaan berkurang

c)

Harga cenderung naik

d)

Harga cenderung turun

7.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar dinamakan ___________

a)

Cukai

b)

Subsidi

c)

Royalti

d)

Derma

8.

Apakah tindakan yang patut diambil oleh penjual untuk meningkatkan hasil jualan sesuatu barang yang mempunyai nilai keanjalan harga permintaaan 1.75?

a)

menurunkan harga jualan barang

b)

meningkatkan harga jualan barang

c)

tidak membuat perubahan pada harga jualan

d)

menurunkan harga jualan barang pengganti

9.

Syarikat SMAS Berhad bercadang untuk menambahkan penawaran pakaian sebanyak 25% untuk pasaran tempatan.

Peningkatan penawaran ini mungkin disebabkan oleh

a)

Penurunan kos upah

b)

peningkatan sewa kilang

c)

penurunan harga pakaian

d)

peningkatan cukai ke atas bahan

10.

Pasaran ialah suatu tempat atau situasi yang membolehkan _________ dan ________ berinteraksi sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menjalankan urus niaga pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa tertentu.

a)

guru, murid

b)

penjual, pembeli

c)

Ali, Abu

d)

anak, ibu

11.

Apakah kesan kepada pasaran perabot kayu jika permintaan berkurang tetapi penawaran tetap?

a)

Berlaku lebihan penawaran dan harga akan naik

b)

Berlaku lebihan permintaan dan harga akan naik

c)

Berlaku lebihan penawaran dan harga akan jatuh

d)

Berlaku lebihan permintaan dan harga akan jatuh

12.

Apakah persamaan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat insurans & Lembaga Tabung Haji kepada orang ramai?

a)

Memberi pinjaman

b)

Menyediakan tabungan

c)

Memberikan kemudahan pelaburan

d)

Menyediakan khidmat nasihat kewangan

13.

Antara berikut yang manakah implikasi daripada perubahan struktur ekonomi Malaysia dari sektor utama kepada sektor ketiga?

a)

Guna tenaga di dalam kegiatan perbankan menurun

b)

Wujudnya kawasan perindustrian

c)

Kemasukan pekerja asing dapat menampung kekurangan pekerjaan

d)

Kehausan sumber bahan mentah

14.

Situasi manakah yang berkaitan

dengan kemudahan membuat bayaran perintah sedia ada?

a)

Cik Wani ingin melanggan saham baru

b)

Cik Rani membayar bil astro setiap bulan

c)

Puan Yus membayar gaji pekerjanya

d)

En. Munahz membayar premium insurans nyawa setiap bulan

15.

Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga?

a)

Diterima secara meluas dalam urus niaga

b)

Tidak sesuai membeli barang yang mahal seperti kereta

c)

Menikmati harga yang murah kerana tidak melibatkan faedah

d)

Memperoleh diskaun tunai mengikut syarat yang ditentukan

16.

Bank pusat berperanan untuk

a)

Mencetak mata wang asing

b)

Jurubank kepada orang awam

c)

Menjalankan perniagaan antarabangsa

d)

mengawal kestabilan ekonomi

17.

Yang manakah bukan barang keperluan?

a)

Sepinggan nasi

b)

Rumah Banglo

c)

Pakaian sekolah

d)

Air minuman

18.

ANtara berikut yang manakah bukan faedah sampingan?

a)

Skim Insurans

b)

Cuti Tahunan

c)

Suasana tempat kerja

d)

Pakej Percutian

19.

Yang manakah antara yang berikut merupakan bayaran pindahan?

a)

Sewa tanah

b)

Wang pampasan

c)

Dividen Amanah Saham Bumiputera

d)

Faedah tabungan

20.

Encik Azam menerima bantuan akibat banjir semasa monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Pendapatan yang diterima oleh Encik Azam ialah

a)

Upah

b)

Elaun

c)

Komisen

d)

Bayaran pindahan

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma.


Output : 1 000 unit

Harga jualan seunit : RM15.00

Kos purata : RM10.00

Berapakah untung firma tersebut?


a)

RM5 000

b)

RM10 000

c)

RM15 000

d)

RM25 000

22.

Firma merujuk kepada

a)

Unit ekonomi yang menggabungkan sumber ekonomi bagi menghasilkan produk

b)

Unit ekonomi yang melaksanakan program khidmat awam

c)

Organisasi yang membekalkan faktor pengeluaran

23.

Output terdiri daripada

a)

Bahan mentah dan barang separuh siap

b)

Barang perantaraan dan barang akhir

c)

Barang akhir dan bahan mentah

d)

Barang akhir dan buruh

24.

Input berubah terdiri daripada

a)

Mesin

b)

Buruh

c)

Tanah

d)

Kilang

25.

Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada pengeluaran?

a)

Aktiviti firma menggabungkan tenaga kerja di pasaran buruh

b)

Aktiviti isi rumah dan firma bagi memaksimumkan kepuasan

c)

Aktiviti isi rumah bagi menawarkan faktor pengeluaran

d)

Aktiviti firma menggabungkan input-input pengeluaran

26.

Apakah konsep input tetap dalam ekonomi?

a)

Input yang wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang

b)

Input yang akan bertambah jika firma menambahkan tingkat output

c)

Input yang masih dikekalkan oleh firma walaupun firma tidak mengeluarkan output

d)

Input yang hanya terdapat apabila firma mengeluarkan output pada tingkat optimum

27.

Antara yang berikut, yang manakah kos tetap firma?

a)

Sewa tanah

b)

Gaji pekerja

c)

Bahan mentah

d)

Alat pengeluaran

28.

Mengapakah dalam jangka masa panjang , semua input merupakan input berubah?

a)

Firma mampu mengubah semua inputnya

b)

Jentera dan mesin mampu meningkatkan keuntungan

c)

Bahan mentah dan buruh mampu meningkatkan pengeluaran

d)

Kerajaan memberi subsidi untuk membantu mengubah input

29.

Antara yang berikut, yang manakah berubah secara langsung apabila jumlah keluaran bertambah dalam jangka masa pendek

a)

Sewa beli

b)

Kos bahan mentah

c)

Premium insurans kebakaran

d)

Kos mesin dan jentera

30.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi produktiviti?

a)

Faktor masa

b)

Keadaan ekonomi

c)

Taburan penduduk

d)

Suasana tempat kerja