wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz BM pt 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan pola ayat di bawah.


Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.

a)

FN+FN

b)

FN+FK

c)

FN+FA

d)

FN+FS

2.

Ayah membeli komputer riba. Komputer riba itu sangat ringan.

Kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan ayat di atas ialah:

a)

dan

b)

namun

c)

yang

d)

tetapi

3.

Kenal pasti subjek dan predikat ayat di bawah.


Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.

a)

S: Demi membiayai kos pelajaran anak-anak

P: ibu bapa sanggup bergolok-bergadai

b)

S: Ibu bapa sanggup bergolok-bergadai

P: demi membiayai kos pelajaran anak-anak

c)

S: Ibu bapa

P: sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anak-anak

d)

S: Sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anak-anak

P: ibu bapa

4.

Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.


Ayat ini ialah :

a)

Ayat tanya

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat penyata

5.

Pilih dua ayat yang bersusunan songsang.

a)

Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.

b)

Latihan menembak akan dijalani oleh Pasukan Kadet Polis sekolah itu pada minggu hadapan.

c)

Potensi diri perlu kita kenal pasti jika ingin mencapai kejayaan.

d)

Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.

6.

Pilih dua ayat menggunakan pola FN+FS.

a)

Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.

b)

Blok asrama baharu itu untuk murid-murid lelaki di sekitar Kuala Lumpur.

c)

Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.

d)

Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.

7.

Betulkan kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah.


Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton.

(a)  

8.

Mangsa kemalangan jalan raya itu telah (a)   ke hospital dengan menggunakan sebuah ambulans.

9.

Mesyuarat ahli (a)   sambutan Hari Koperasi Sekolah sedang membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut.

10.

Pilih ayat yang betul.

a)

Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri .

b)

Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan diri

c)

Stesen-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri .

d)

Stesen-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan diri .

11.

Pilih ayat yang betul.

a)

Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemat dan bakinya disimpan di dalam bank.

b)

Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

c)

Wang gaji yang saya perolehi setiap bulan dibelanjakan secara berhemat dan bakinya disimpan di dalam bank.

d)

Wang gaji yang saya peroleh setiap bulan dibelanjakan secara berhemat dan bakinya disimpan di dalam bank.

12.

Semua ayat di bawah betul kecuali:

a)

Pilih mana-mana jurusan yang sesuai dengan kelulusan anda dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

b)

Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk menangkap ikan di sungai.

c)

Dalam konvensyen itu telah dibentangkan kertas-kertas kerja tentang usaha-usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.

d)

Rakyat Malaysia perlulah saling membantu dalam usaha memupuk semangat perpaduan kaum.

13.

Betulkan kesalahan pada ayat di bawah.


Guru berperanan untuk membentuk generasi yang memahami inspirasi negara dan seterusnya membawa Malaysia ke mercu kegemilangan pada masa depan.

(a)  

14.

Para pengguna hendaklah mengikis sikap gopoh-gapah (a)   di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

15.

Betulkan kesalahan dalam ayat di bawah.


Kempen menggalakkan orang ramai menderma darah perlu dipergiat kerana darah amat diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.

(a)  

16.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

a)

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

b)

Tiada rotan akar pun berguna.

c)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

d)

Cubit peha kiri peha kanan terasa juga

17.

Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah bermaksud...

a)

membuat kerja bersama-sama

b)

Pembahagian yang sama rata

c)

Rajin melakukan sesuatu perkara

d)

Yang baik itu biar di mana pun tempatnya, akan tetap baik juga

18.

Pilih dua peribahasa yang hampir sama makna...

a)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

burung terbang dipipiskan lada

c)

pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

d)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama diturun

19.

Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi situasi di bawah.


"Syafik, jagalah diri baik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasihat orang tua-tua,…………..…………" pesan Cikgu Adli.

(a)  

20.

Maksud tiada rotan akar pun berguna ialah...

a)

Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya

b)

Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.

c)

Yang baik itu biar di mana pun tempatnya, akan tetap baik juga

d)

Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya